Cinta Aku Habis Untuk R

Hi nama aku Tulip, bukan nama sebenar. Umur aku dalam lingkungan 25 tahun.

Tujuan aku menulis dekat sini, sebab nak mintak pandangan dan aku tiada tempat meluah. Aku banyak simpan sendiri. Disclaimer, confession ni sedikit panjang..

Orang cakap keluarga akan bahagia kalau isteri bahagia. Automatically rumah akan berseri dan anak anak pun happy. Maybe benda tu tak ditakdirkan dalam hidup aku.

Aku datang dari broken family. Ayah aku kahwin dua. Aku anak sulung. Perempuan pula tu. Boleh bayang macam mana kehidupan aku? Sangat disaster.

Dari kecik hidup aku selalu nampak parents aku bergaduh, aku pun pernah nampak ayah aku pukul mak aku. Pasal duit? Dari aku kecik sampai kebesar issue duit tak pernah selesai.

Dari kecik aku dibesarkan, parents aku tak tunjuk kasih sayang diaorang dekat aku. Boleh kira dengan jari dari aku dah boleh faham sampai kebesar berapa kali parents aku cium dan peluk aku.

Dari aku kecik, mak aku sangat kasar dengan aku. Sumpah seranah apa ja aku tak pernah dengar?

Aku kurang perhatian, jadi apa aku buat? Dari sekolah rendah aku dah mula bercinta hanya disebabkan aku nak perhatian. Sebab aku tak dapat benda tu semua dekat rumah.

Bila aku bercinta aku rasa disayangi, ada orang nak layan aku punya luahan hati. Perempuan kan banyak benda yang nak diceritakan. Ada orang yang boleh layan manja aku.

Fast forward, aku habis sekolah. Macam macam jenis lelaki aku dah jumpa. Lepas putus, mesti aku akan cari pasangan baru sebab aku takut sunyi, sebab aku risau takda orang nak dengar apa aku nak cerita/luah.

There is something missing inside me yang aku rasa kalau aku ada partner, diaorang boleh fill in benda yang hilang tu.

Lepas habis sekolah aku bercinta dengan seorang lelaki, hampir 4tahun jugak. Tapi putus cara baik, atas sebab sebab tertentu. Takda jodoh.

Sampai sekarang aku masih berkawan baik dengan ex aku tu. Masa start pkp, aku jadi makin teruk. Lepas putus aku perlu cari someone lagi, dengan cara apa? Kan pkp… aku mula download dating app.

Aku jenis cepat sayang orang. Aku ikhlas sayang partner aku, dan memang niat nak kahwin. Tapi sayang, mungkin nasib aku tak baik sebab aku tak jumpa yang berkualiti dalam dating app tu.

Aku jenis tak pilih rupa dan pekerjaan. Janji orang tu ikhlas sayang aku. Ada yang aku kenal janji bulan bintang, tup tup tu semua sandiwara.

Ada sorang mamat aku kenal, aku sayang dia.. sanggup tipu parents aku macam macam, hanya sebab nak spend time masa dengan dia. Aku ni ada attachment issue. Tup tup kantoi curang.

Masalahnya aku ni tak serik tau sebab aku percaya masih ada lelaki yang baik untuk aku.

Pkp aku main satu app yang boleh berbual secara virtual ramai ramai. Dari situ, aku upgrade jenis lelaki yang aku kenal, aku banyak kenal lelaki yang ada stable job.

Sebab lelaki sebelum ni aku kenal semua kerja biasa biasa, but i got nothing. Yang aku dapat cuma sakit hati kene betray. So aku try lelaki yang kerja stable pulak.

Owh ya kebanyakan lelaki aku kenal umur 30+, sebab expectation aku adalah diaorang ni dah matang and boleh carry aku yang memang jenis emotional perangai budak budak, so aku assume diaorang boleh bentuk aku jadi matang.

Ditakdirkan pulak, waktu pkp tu. Booom! Family aku kacau bilau tahap sampai aku stress nak bunuh diri. Time tu aku rasa jalan penyelesaian nak keluar dari rumah tu adalah kahwin. Sebab masatu aku tengah study. Takda duit nak lari rumah.

So aku kenal few lelaki yang umur 30+ yang boleh diajak kahwin terus. Kau faham tak aku terpaksa? Aku tak ready nak kahwin, tapi time tu aku terdesak sangat.

Aku dah tak boleh tahan duduk rumah tu lagi. Masa tu aku ada bf jugak, tapi bf aku langsung tak bagi moral support dengan apa yang aku go through dekat rumah tu.

So aku decide putus n focus cari suami. Ada sorang aku kenal, dh sampai tahap aku bawak dia jumpa family aku. Memang dah nak kahwin, tapi macam macam issue jadi between aku dengan lelaki tu. Lama lama laki tu tunjuk belang sebenar dia.

Sudahla aku trauma tengok perkahwinan mak aku, aku taknak dapat lelaki macam bapak aku. Jadi aku perlu berhati hati memilih.

Walaupun aku gamble nak kahwin, tapi aku kalau boleh taknak menyesal dengan keputusan aku. Disebabkan aku rasa lelaki ni tak sekufu, aku mintak putus cara baik. Sebab taknak buang masa.

Next, aku namakan lelaki ni R. Aku kenal R sekejap jer, kitaorang terus bercinta. R kerja biasa biasa, aku tak kisah sebab aku sayang dia. Aku sanggup susah senang dengan dia.

Aku punya tahap sayang dia tu, aku tolak semua lelaki yang jauh lagi stabil dan baik dari dia. R sangat soft spoken.

Apa R cakap semua aku percaya bulat bulat. Kitaorang dah rancang nak kahwin. Dia pun dah jumpa family aku. Aku dah yakin dia boleh jadi suami aku. R pandai tenangkan aku.

Tup tup, aku dapat tahu R curang. Kali pertama aku maafkan sebab aku masih sayang.

Sampailah tahap R curang kali ke-3 time tu aku rasa itu lah sakit hati yang paling sakit aku pernah rasa. Bayangkan kita ikhlas dan sayang tapi dibalas dengan pengkhianatan.

Aku sampai hilang diri aku sendiri. Aku sampai terpaksa jumpa kaunselor. Kalau aku tak ingat tuhan, aku rasa aku dh terjun bangunan sebab tak sanggup nak menahan rasa sakit kene khianat.

Cinta dan sayang aku dah habis dekat R. Bila R khianat aku untuk kali ke-3 aku dah jadi numb. Apa kurangnya aku? Kenapa tuhan uji aku macam ni? Aku sudah tak bernasib baik dengan family aku.. aku juga malang dalam percintaan.

Aku mengharapkan R pujuk aku selepas dia curang. Bodohkan aku.. sebab aku sayang dia. Aku ikhlas. Tapi hati aku sakit, hari hari kitaorang diteruskan dengan sikap aku yang mengungkit kisah R yang curang.

R mula rimas, R mula salahkan aku. Sedangkan ini semua terjadi berpunca daripada R curang. Sangat Tidak adil.

Aku tak boleh bayang hidup aku tanpa R, ya sebab attachment issue aku. Bila R dah mula salahkan aku atas sebab dia curang.

Aku mula sedar, tak guna aku mengemis untuk orang tak put effort pujuk dan comfort aku. Ye, aku mula start perangai jahat aku balik, aku contact semula lelaki yang sebelum ni aku tinggal sebab R.

Aku masih mencuba mencari lelaki yang baik. Tapi sayang, semua lelaki yang aku kenal bila dah mula in relationship semua mintak benda yang bukan bukan. Nonsense.

Sangat nonsense. Bila aku dah mula nak terima dieorang, terserlah perangai diaorang yang manipulative, gaslighting, yang jenis mengambil kesempatan. Mana mungkin aku hidup dengan lelaki yang sebegitu.

Aku mula redha yang aku memang tak bernasib baik dalam percintaan mahupun keluarga. Aku decide aku dah tak nak kahwin, sebab aku tak yakin aku boleh sayang diaorang lepas apa yang jadi, aku mempunyai tahap trust issue yang sangat teruk.

Cinta aku habis untuk R. Tapi aku tak mampu nak terima R lagi sebab aku taknak hilang diri aku lagi sebab R. Jadi aku pilih untuk move on.

Betulla orang cakap, umur bukan pengukur untuk menentukan seseorang tu matang ke tak. Aku bercinta dengan orang umur 30+ cara diaorang selesaikan masalah relationship dengan cara gaslighting.

Bila aku present diri aku sebagai wanita yang invest untuk diri sendiri. Aku mula dicop high maintenance. Kaki kikis. Sedangkan semua aku pakai duit sendiri.

Aku habiskan semua ni dalam satu confession sebab aku malas nak sambung sambung. Aku tak mau terima kecaman, sebab mental aku dah sarat nak terima benda benda negative macam tu.

Yang aku boleh cakap, aku dah redha kalau aku tak kahwin. Tapi jiwa aku ni dahagakan perhatian. Korang faham tak apa aku rasa?

Aku penat nak repeat cycle yang sama. Aku penat… aku nak keluar dari cycle ni pun aku taktahu macam mana, aku stuck!!

– Tulip (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *