Assalamualaikum semua. Abang tertarik dengan perkongsian maria mariana, (https://iiumc.com/cari-jodoh-di-baitul-muslim-tapi-kena-reject/). Ye abang sendiri bosan dengan topik jodoh di page ini namun yang menghairankan, confession itulah paling banyak orang baca. Kenapa?
Kerana orang kita suka baca benda yang mereka tak suka baca. Contoh lain? Gosip murahan artis. Cerita sondol menyondol. Topik itu paling persatuan makcik bawang anti, tapi topik itulah persatuan kroni bawang rajin buat follow up.
Ok berbalik kepada topik asal. Abang tujukan buat semua wanita yang masih single dan available :
1) Tak semua lelaki memandang rupa sebagai ciri utama untuk pilih bini.
– Macam ni lah.. tipulah kalau abang kata lelaki takde ciri-ciri wanita idaman masing-masing. Sape tak suka wanita cantik? Ce gitau abang. Abang dulu zaman muda-muda selalu berangan dapat bini body melentik, kulit putih melepak, hidung mancung persis kacukan arab. Fuh. Tinggi betul taste abang kan. Tapi itulah.. itu cuma taste. Belum tentu itu yang abang dapat
Duhai wanita, kalau ada lelaki yang mencari isteri berkulit cerah sahaja sebagai kriteria utama, percayalah.. lelaki itu belum matang. Dia belum betul-betul faham apa itu perkahwinan dan tanggungjawab. Dia hanya fikir seronok sahaja. Apa dia fikir kahwin ni hanya untuk $#x ? Abang malas nak mencarut tanpa abang boleh katekan, lelaki sebegini boleh pergi mampos lah. Eh terkasar pulek. Buat malu kaum laki aje
Duhai wanita, ketahuilah. Bila lelaki tu dah bersedia untuk berkahwin, inilah kriteria utama dalam pemilihan bakal isterinya :
1) Personaliti bakal isteri.
– Personaliti ini termasuklah perwatakan, tutur kata, akhlak, adab, amalan solat, pakaian dan cara bergaul dengan keluarga dan rakan-rakan.
– Lelaki yang baik sebolehnya nak cari wanita yang baik untuk buat bini. Nak cari wanita baik bukan senang nak dapat zaman sekarang. Ramai wanita zaman sekarang nampak murah. Abang pun runsing nengoknya. Malu tengok pakaian-pakaian wanita zaman sekarang. Udah la berpakaian macam telanjang, lepas tu adab pun ke laut. Mulut mencarut tu dah seakan macam zikir di lidah. Allah malu abang tengok. Abang yang lelaki pun segan nak mencarut.
2) Bakal ibu mertua.
– Kahwin dengan bini bermakna kahwin dengan perangai mak mertua sekali. Adik-adik sekalian, ketahuilah mak mertua yang baik sangatlah susah nak cari zaman sekarang. Kawan-kawan abang ada yang bercerai hanya disebabkan mak mertua. Jadi sebelum kahwin usha-usha la dulu bakal mak mertua. Kalau on baru ok.
3) Pekerjaan bakal bini.
– Lelaki zaman sekarang sebolehnya nak cari bini yang bekerjaya sebab senang hidup nanti. Lagipun zaman sekarang mana cukup gaji kalau suami kerja seorang.,lagi-lagi di bandar besar. Kalau dapat bini kerja bagus, memang bonus la untuk kami kaum lelaki
4) Good looking.
– At last, kriteria terakhir sudah semestinya paras rupa. Tak perlu cantik dan putih melepak pun, cukuplah good looking sahaja di mata lelaki. Kalau perangai cantik, sopan santun, muka pun ada rupa, memang cair la kaum lelaki. Tak putih pun tak apa janji ada ciri wanita melayu terakhir
Last sekali, ni cuma pendapat abang sahaja. Abang berpendapat bahawa, agak tak manis kalau wanita yang mengorat lelaki dulu. Sebab abang rasa, wanita ni nampak murah sangat dan terdesak sampai terhegeh-hegeh dekat lelaki.
Pengalaman abang, abang pernah dingorat wanita. Dia confess dia suka abang. Abang terus rasa geli dan meremang bulu roma dan bulu ketiak sekali. Abang fikir ‘dia ni desperate sangat ke hape. Dah tak ada rasa malu ke nak luah2 kat laki ni’. Ni cuma pandangan abang je
Kalau tak ada lelaki melayu yang nak kat awak, carilah bangsa lain. Jangan disebabkan bangsa melayu tolak awak hanya kerana warna kulit sawo matang, awak samakan semua lelaki di dunia ini. Hanya typical malay je minat kulit putih. Realitinya, european lebih ramai yang menghargai warna kulit asia yang tan dan sawo matang. Mungkin jodoh anda mat saleh?
Jangan give up cari jodoh. Jodoh tak pernah lambat dan salah. Hanya perlu sabar dan berusaha saje. Ok? Luaskan skop jodoh anda. Boleh jadi jodoh anda bangsa rusia? Silap haribulan dapat baby secomel dhuha sofea. Aih ok lah abang nak tidur dah. Komen murni murni sahaja ye chow.
– Awie
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit