Cari Jodoh di Baitul Muslim, Tapi Kena Reject

Hai. Agak bosan topik jodoh ni kan? Macam dah bergunung confession tentang jodoh di iiumc, but this time I just wanna share my story on how I started to search for my Mr. RIGHT from portal Baitul Muslim and this is how it ends. Let’s read….1 2 3, yeah!

Okay mula-mula aku daftar di Baitul Muslim sebab ramai member aku jumpa jodoh kat situ.. then aku try la, why not usaha dengan cara ni pulak kan? So lepas register, aku kecewa sebab tak boleh nak mesej orang yang kita tertarik sebab aku kena upgrade. Nak upgrade kena bayar! Huh!! Takpelah, kenalah keluar modal sikit untuk usaha ke arah yang baik. Pelaburan untuk cari bakal suami la katekan.

After upgrade, aku seronok. Yeayy dah boleh mesej-mesej orang yang kita berkenan! Yeayyyy jerit aku dalam hati. Jujur aku katakan, memang agak ramai lelaki-lelaki taste aku kat situ. Banyak pilihan la nak shopping bakal suami. Ihiks.

First thing first, lepas tengok gambar kena baca profile dia. Tengok apa yang dia tulis kat bio dia. Kalau bio dia menarik, itu added advantage. Tapi kalau dekat description bio kosong atau super plain, aku anggap je orang tu tak menarik & tak bersungguh nak cari jodoh. Nak cari jodoh kenalah bersungguh gais! Show your effort! More or less, show it!

Then aku pun masukkan seberapa banyak list calon dalam senarai favourite aku. Then lepas dah puas search, aku pun stop cari. Then aku terus tapis. Lepas tapis tapis dan tapis, akhirnya tinggallah top 5 calon terunggul dalam senarai pilihan aku.

Now, masa untuk take a first move. Nak cari jodoh kena berani dan tak boleh malu dik. Kalau malu silalah membujang sampai ke tua. So aku sebagai wanita, aku ambil langkah pertama.

Aku mesej kelima lima calon favourite aku. Mula-mula kirim salam. Pastu aku mesej cakap aku berminat nak kenal dengan lebih lanjut.

Then tunggu punya tunggu, masih takde respon. Habuk pun tarak ada. Aih aku menggelabah dah. Takkan semua reject kot?

Then, tadaaa! 1 mesej masuk (noti warna hijau). Yeayyy jantung aku berdegup laju, teruja bercampur berdebar. Sapelah yang reply mesej aku ni?

Akhirnya setelah seminggu ada la jugak 1 jejaka yang sudi reply mesej aku. Dia cakap dia ok untuk berkenalan. Maka bermulalah sesi taaruf kami.

Sembang punya sembang, kencang jugaklah masing2 cerita hal life masing2. Makin lama aku seronok sembang dengan dia. Dan akhirnya dia take the next move, dia mintak nombor whatsapp aku. Maka kami pun main balas balas whatsapp pulak. So bye bye to baitul muslim. No more login after that.

Setelah 3 bulan berkenalan melalui whatsapp, akhirnya dia cakap aku ada ciri-ciri wanita idaman dia. Minat aku, pendapat aku dan cara komunikasi aku buat dia suka dengan aku. Tapii dia nak jumpa aku dulu. Sebab katanya nak tengok dulu boleh serasi ke tak depan2. Kalau serasi, dia terus nak tunang dengan aku. Aku pun apa lagi. Teruja la wey! Hati dah berbunga bunga ni.

Maka tibalah hari pertemuan kami. Mata terus bertentang mata saat masing2 tiba di kedai makan pakcik normah. Dia ajak makan kat restoran biasa je. Kami saling mengecam sebab dah tahu warna baju masing2 pakai.

At first glance, aku terus jatuh hati dekat dia. Fuh dah la helok, peramah dan banyak cakap pulak. Aku pun memang suka lelaki banyak cakap. Tak de la bosan sangat. Pulak tu kelakar. Banyak joke. Haih angau betul aku masa tu. Kebetulan pulak aku pun memang banyak cakap jugak. So memang masuk la kami.

4 jam kami bersembang. Lamaa. Sampai akhirnya aku tak sedar yang aku baru je jumpa dia. Tapi sembang macam dah 5 tahun kenal. Haha. Then dia mintak diri sebab ada hal lain katanya. Aku pun ok je. Pastu dia cakap nanti bagi la jawapan nak go on ke tak. Kalau on next time boleh jumpa lagi.

Then balik je rumah aku 24 jam tersenyum. Aku macam dah yakin itulah jodoh aku. Hati aku berbunga riang macam hidup dalam alam fantasi. Lelaki idaman aku dah dalam genggaman!

Aku tunggu jugak whatsapp dari dia malam tu. Tapi dia tak jugak whatsapp aku. Heran ni. Selalu dia yang beriya whatsapp aku setiap hari. Cakap rindu kalau tak whatsspp sehari. Sedar-sedar dah sebulan dia tak whatsapp aku. Tahu-tahu je dia dah block aku kat whatsapp. Aku pun apa lagi. Mental breakdown lah. Apa salah aku? Kenapa block? Kalau betul nak reject aku, bagitau la elok-elok.. aku nak jugak tahu kenapa? Haritu macam ok, nampak serasi sangat dah… but why?

Aku cuba cari socmed dia dan aku pm dia. Aku tanya kenapa block aku? Dia tak sudi ke nak on dengan aku? Macam mana status hubungan kita? Aku just nak tahu reason dia kenapa. Tu je. Memang la sakit kena reject tapi lebih sakit lagi bila kena reject tanpa sebab.

Then dia bagitau aku…

“Dalam gambar dekat baitul muslim & profile picture whatsapp nampak cerah. Tapi depan-depan kelabu asap”.

Itu je dia cakap. Ya ampun! Bodoh ke dia? Memang la dalam gambar cerah sikit sebab lighting tapi still boleh nampak kulit aku sawo matang. Dia cakap taste dia wanita putih. Dia cakap lagi, muka aku cun cuma, tak cerah macam yang dia nak. Aku pun apa lagi. Frust la bhai!

Berhari hari aku menangis. Bukan menangis sebab kena reject (read : perempuan suka cakap terbalik), tapi sebab dia reject aku hanya kerana warna kulit! Omaigod aku takleh digest reason dia ni. Aku memang tak putih tapi aku tak hitam. Dan aku akui aku ada rupa , but it’s just that kulit aku tak putih macam uqasha senrose.

Aku nangis teruk wey. Aku rasa down dengan diri sendiri. Berbulan2 aku tak pandang cermin langsung. Aku takde mood dah nak melawa. Aku keluar rumah selalu naked face tanpa bedak walau secalit. Aku pakai tudung pun main sarung je. Lantak la. Aku dah takde hati untuk mencantikkan diri. Buat apa berhias kalau akhirnya semua orang tetap pandang kita sebagai hodoh? Hanya kerana warna kulit?

Aku sedar kulit aku tan tapi kulit aku cantik. Kenapa lelaki terlalu gila gilakan kulit putih melepak padahal pucat kot putih sangat! Entahlah aku tengok yang hot hot tu bukannya cantik sangat pun, cuma kulit je putih tapi muka tak la lawa pun.

Since peristiwa tu, aku langsung dah tak jaga penampilan. Aku dah tawar hati untuk cari jodoh. Haritu aku baru tukar tempat kerja. Ada la rakan sekerja aku ni helok. Tiba-tiba dia cakap kat aku “awak ni cantik sebenarnya cuma selekeh”. Aku pun macam, ‘err tak pernah-pernah lelaki puji aku’.

At last ada jugak lelaki yang nampak kecantikan aku. Aku terus tersenyum dan angau. Kebetulan pulak lelaki tu memang taste aku. Adakah dia jodoh yang aku cari selama ni? Tapi tapi tapi.. dia laki orang.

Adakah jodoh aku laki orang? Adakah aku akan jadi babi sondol? Sanggupkah aku merampas kebahagiaan orang lain? Tapi aku dah jatuh cinta dengan suami orang. Itulah persoalan yang sering bermain di minda aku sampai sekarang.

– Maria mariana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sabar ye sis.. Saya pun pernah cuba cari jodoh dekat apps semua tu.. Tapi itulah, ada je yang tak kena.. Jodoh belum sampai lagi agaknya. Buat masa ni saya pilih untuk sayangi diri saya dulu dan saya harap sis pun sayangilah diri anda,, Jodoh akan tiba nanti pada masa yang tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *