Cinta dan Hutang

Assalam..

Semoga cerita ini menjadi pengajaran buat semua. Aku mengenali CB di salah sebuah institusi pengajian awam. Bermula sebagai rakan sekelas sehingga menjadi pasangan kekasih. Setelah habis belajar kami bekerja di syarikat yang sama. Sehinggakan semua beranggapan jodoh kami memang kuat.

Namun, 7 tahun menyulam kasih akhirnya terlerai di tengah jalan apabila CB menyuarakan hasrat kepada keluarganya untuk menikahi aku. Barang hantaran sudah dibeli dan semua disimpan oleh ibunya.

Aku ingatkan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari, selepas beberapa minggu CB berbincang dengan keluarganya mak CB dimasukan ke dalam ward kerana 'sakit'. Pada ketika itu aku masih tidak mengesyaki apa apa yang aneh. Rupa rupanya keluarga CB menuduh aku menghantar santau buat keluarga mereka dan mengguna2 CB selama kami bercinta. Mereka mempercayai bahawa orang negeri aku amat handal dengan ilmu hitam.

Tidak lama selepas itu aku dikejutkan dengan berita keluarga CB telah meminang gadis senegeri dengannya. Pernah tak bayangkan apa perasaan masa tu??? Parents dan keluarga CB dah tahu kot. Walhal menurut CB bulan tersebut parents CB akan berbincang dengan parents aku untuk membincangkan tarikh pernikahan. Aku dan CB cuba untuk menidakkan apa yang terjadi.

Kami meneruskan hubungan seperti biasa dan CB masih tidak boleh menerima kenyataan sehingga CB berhenti kerja dan parents CB tidak tahu. Aku ulang semula BERHENTI KERJA.. CB merajuk dengan keluarganya, balik kampung pun tak.. Jawab call pun tak.. Pasti dalam pandangan mak bapa CB aku la yang hasut anak dorang bukan2 hingga abaikan mak bapanya. Bayangkan CB tak kerja dr bulan 2.. Aku la yang menyara CB selama tu. Gunakan semua simpanan aku kerana cinta kononnya.. Kerana sayang gamaknya. Bulan 5 mak bapa CB datang KL serang aku macam2 kata nista dan makian aku terima. Korang tahu tak kenapa.. Mak tunang CB mengadu sambil nangis kat parents CB, CB x pernah call atau pun mesej tunang dia tu. Baiklah aku undur diri…dengan janji yang dibuat oleh mak CB lepas CB nikah dengan tunang dia patents CB akan datang punang aku. Parents CB tak boleh cancel wedding dorang sebab parents tunang CB kawan dorang kawan cikgu2 gitu.CB anak korang,hak korang. Dalam 2 minggu macam tu aku lost contact dengan CB.. Akhirnya CB cari aku semula. Dia kata dia tak boleh teruskan rancangan parents dia. Dia tersepit di tengah2. Rupanya adik CB jadi spy selama ni. Dia maklumkan kpd parents CB kami masih berhubung. Buat kali ke 2 aku di serang.. Dan kali ni adalah paling teruk dan sangat teruk. Mak CB lempang aku okay.. Mak ayah CB siap kata aku ni pelacur jalanan RM5. Baik lagi CB langgan pelacur di Chow Kit. Tengok dari pakaian aku dah tau kau ni pelacur pakai seluar jeansss kot dia kata pelacur. Adoiiiii kata cikgu.. Tapi narrow minded babe.. Dan yg paling sadis masa tu mak CB tgah pkai jeans juga.. Adoyaii.. Huuuuu berdesing rasanya aku rasa masa tu. Tu tak lagi bila parents CB hina mak bapak aku kata xde agama, ntah keturunan apa, panggil babi segala. Fine… Aku larikan diri hingga ke utara selama 2 minggu..aku amik unpaid leave kot masa tu. Aku x kuat nak hadap segala dugaan masa tu. Jatuh tergolek dan terhempap rasanya. Dalam masa aku bsembunyi bakal kak ipar CB ada hubungi aku.. Menurut ceritanya majlis CB akan berlangsung pada bulan 9 buat sekali dengan abang CB..Tapi setahu aku CB takde simpanan langsung..dan abang CB pun baru start kerja.

Aku kembali ke KL dengan harapan baru, dan di sini cerita baru bermula. CB datang cari aku.. CB minta aku buat loan untuk dirinya alasan kerana gaji aku besar so boleh apply amount yg besar. Parents CB dah minta duit utk majlis, CB pening kepala mana nak cekau duit. Aku masih berkeras tidak mahu apply loan tersebut. Sehinggalah 1 hari CB pukul aku hingga lebam.. Selagi aku x setuju.. Selagi tu CB pukul aku seperti binatang. Tuhan saja tahu apa perasaan aku masa tu. Aku di heret ke salah 1 institusi pinjaman wang. Dan pinjaman yg dipohon lulus sebanyak RM50,0000. Bahagianya CB x terkata bila dpat bagi duit yang mak dia minta. Siap kata kat aku.. Nasib baik ada aku.. Dia janji..' aku nikah dengan pompuan tu.. Aku cerai dia.. Kita nikah' lelaki tetap lelaki..

Hari berganti hari bulan berganti bulan..
Hari pernikahan abangnya dan CB sudah semakin hampir. Banyak info yang aku dpat dr bakal kakak ipar CB. Apa yang aku dimaklumkan majlis perkahwinan mereka dibuat secara besar2an di p…. Resort okkkk… Sebelah perempuan pula di adakan gilang gemilang sebab dia satu satuanya anak perempuan dalam keluarga tu.

Dua hari sebelum CB nikah, CB hubungi aku.. CB mahu jumpa katanya. Kami jumpa di airport sbb masa tu aku mahu ke 1 destinasi yg tidak siapa tahu. Alangkah terkejutnya bila CB tarik aku hingga ke kereta dan pukul aku lagi dan lagi. Dia mengamuk sakan dan tuduh aku cuba melarikan diri dari dia. Knapa aku perlu tinggalkan dia sedangkan dia yg sakit hadapi semua ni. Dia minta aku untuk terus menunggu dia. Kerana dia x cintakan perempuan tu. X cintaaa katanya tapi ada anak juga.. Lelaki kn.. Tetap lelaki…

Selepas setahun lebih tahun aku diamkan diri aku muncul kembali.. Aku kembali menuntut hutang yang langsung x dibayar oleh CB. Aku bakal di isytiharkan muflis. Akaun bank aku dah banyak dibekukan akibat hutang2 yang dibuat oleh CB. Loan kereta, credit card..

Bila aku kembali menagih hutang CB pula fitnah aku dengan pelbagai tomahan. Isteri CB kata aku sengaja buat fitnah kerana masih sakit hati tidak dapat berkahwin dengan CB. Ya Allah… Sakit rasanya… Aku hanya mampu kata.. Incase korang bercerai berai jangan tuju salah kat orang lain tp tengok dr mana hasil duit tu. Utk pengetahuan semua, aku tagih hutang tu dari semua ahli keluarga CB berserta dengan bukti tapi akhirnya mereka sekat aku dr msg, wassap, telegram dan juga facebook.

Nak tampung diri sendiri pn aku x mampu bila perlu membayar hutang yang di gunakan oleh orang lain. Sedalam mana kita sayang dan cintakan orang tu.. Jgan sesekali buat hutang atas nama kita.. Kerana hutang akan bawa hingga ke mati… Dan jangan sesekali percaya dengan janji manusia..

YB

– Maisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

135 Comments

  1. Sis kna kuat lupakn lelaki dayus tu yg hdup tgung famli ank beranak dr hasil titik peluh sis, dah jelas dia jahat n tak guna, buat apa pk kesian, syg, n pcaya itu ini lg..keta jika nma sis pg repot kt bank ckp nk surrender keta tu blik, cara buruk repot polis ckp keta kna curi, kad kredit repot kt bank ckp kad hilang jd akn diblok, buat repot ckp org guna nt kna siasat dll, loan 50k mkin pyh sikit tp boleh wat repot n ada kaw tuntut hutg peribadi cuma kna ada bukti2 duit diserahkn pd dia, ingt tempat, msa, hari serah duit dll..ptut sis wat repot msa kna pukul n ugut suruh wat loan, terus sng citer.. Sis kna byk tahajjud pd allah.. Pasti ada kemenangn pd org yg bnr. Jika lelaki itu nk kawin dgn sis lps tu, mkin dia tk jujur, hya nk elakkn dr didakwa. Jgn jd bodoh selama2, kna sedar diri bhw sis sdh tdk dihargai lg..jika kawinpun tak bahagia lama…cri jln hdup yg lbih baik..

  2. X fham knpa smpai baik sgat nk bgi pinjam.. X apa la..skrg ni fkir yg depan..fkir blkng2 awk yg stress.. So better focus on ur life..mula balik dri bwh..Allah with u..jgan la contct dgn dorg..waste ur time..be strong..stiap org buat slah..trpulang dkat kta nk belajar ke x dri ksilapan..:)

  3. Kalau dah sampai kena pukul …. x perlu berfikir panjang. Angkat kaki shj.
    Belajar dari kesilapan diri.
    Dengan pekerjaan yg ada, pergi lah ke APKP dan bayar secara bulanan mengikut kemampuan.
    Kepada gadis di luar sana, utamakan keluarga dari cinta.
    Semoga sis bangun semula dan mohon kekuatan dari Allah.

    • kalaupun cinta tolongla yg belum kena atau sdg mengalaminya tu tlg fikir msk2. kalau dh jd beg tinju, bukan cinta dh. xda istilah panas baran atau xsengaja. jgn jdkn diri sndiri mangsa. tlg keluar dri hubungan yg merosakkn emosi n bdn kamu tu. jgn mengalah.. Allah ade. mcmana dia ugut kamu pn kalau Allah xbnarkn xkn jd.

    • Saya pon fikir perkara yg sama.. Gaji besar/ belajar tinggi tapi bodoh benor bila masuk bab2 cinta sayang ni.. Maaf la dik kak memang marah dgn ko dan lelaki keparat tu.. Aisshhh sakit plak hati aku memalam ni.. Esok karang nak bangun sahur.. Okay bai nak cuba tidur..

  4. saya tertanya2, since awak dah kena pukul bagai. awak tak bagitau your parents ke ?? ape tindakan diorg.

    Allah takkan menguji lebih dari kemampuan seseorang. saya tahu saudari ni kuat, be strong okay

  5. Maaf la dik kak kategorikan adik ni bodoh benor.. Sbb berhutang utk kemudahan org lain.. Dah la kena pukul.. Kenapa tak gi buat repot polis.. Sayang sgt dgn lelaki keparat mcm tu..

  6. Aku xtaw nak kata dik non oi. Kalo btoi cerdik knp la hg memperbodohkan dri sndri? Aku dlu pnh jgk kna pukui,duit aku dia sebat. Tapi aku xdakla bendui nak tunggu dipukui bkali2. Alhamdulillah duit pn aku dh dpt balik atas desakan. Ckup sekali aku kna,say goodbye jelah. Bapak aku yg misai btaring pn xpenah pukui aku,dia ada hak apa bt aku sesuka hati??dik non oi klo kok ye pn syg,aku nak ckp satu je. Jangan jadi hamba cinta manusia! Syg dri sndri dlu. Cr cinta hakiki,cinta manusia menyusul 1 hari nnti. Jnj Allah itu pasti.

    • Sorry to say, for me perempuan tu yg kureng. Kerana cinta dibiarkan diri dihina dan diperguna. Org yg cibai mcm CB of course ambik peluang!

      Cinta? Bullshit. Mak lelaki hina kau kot? Asal ko layan bila si cibai tu cari ko? 2 kali pulak tu! Bodoh!

      Lelaki cibai tu pulak. Ini dayus namanya bila pukul perempuan. Jahanam punya lelaki. Aku kalau kene pukul, aku kerat kemaluan dia bagi anjing makan. #tetibaakuemosi #lantaklakenekecampun #perempuanjanganlemah #lelakijangandayus

    • Ssarah Zamrii geram kn?! Serious kalau aku kena pukul sarah, aku mmg tumbuk lelaki tu balik. Tak guna punya lelaki. Bodoh. Baik mati jelah dari reproduce.

  7. Lelaki dayus nye jenis pukul perempuan. Allah dah tlg sis dgn cara selamatkan sis dr kawin lelaki mcm tu. Jodoh tu cerminan kita. Remember? In islam, we believe in kifarah. Yup,si boleh ke APKP and discuss utk kurangkan cost n dptkan kauseling. Bulan baik ni byk2 berdoa diberi kekuatan n cara terbaik lunaskan hutang. Semoga sis kuat n allah lindungi selalu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *