Cinta Ini Satu Ujian

Tadi aku ada terbaca confession Cik Siti yang dia tersuka suami orang tu, (https://iiumc.com/tersuka-suami-orang/).

Aku baca komen dan ramai yang kecam dan bagi nasihat untuk menjauh.

Aku setuju untuk dia menjauhkan diri dari suami orang, tapi aku tahu bukan mudah untuk diri dia.

Entah. Aku rasa kasihan. Aku bersimpati dengan dia.

Bagi aku, Allah tengah uji dia dengan ujian cinta dengan suami orang. Bukan semua hamba-Nya kuat bila diuji dengan ujian sebegitu.

Aku cuma nak bagitahu yang aku juga diuji macam Cik Siti. Cuma, bezanya aku terjatuh hati pada tunangan orang. Itupun aku tak tahu status dia sebagai tunang orang.

Betullah orang selalu cakap, ujian ketika bertunang is real. Dan aku hadir dalam hidup dia sebagai ujian, bukan kenyataan.

Hakikat pedih yang perlu ditelan oleh both of us. Putus cinta itu sakit. Tapi yang lebih sakit, sudah putus tapi masih cinta. Lagi-lagi takdir tak menyebelahi doa aku dan dia.

Karakter dia sebiji macam Cik Siti ceritakan dalam confession sebelum ni. Cumanya, dia masih dalam fasa bujang (tunang).

Seorang lelaki yang sangat caring, well-manner, gentleman, memahami, respect woman, and so on.

Dan yang paling buat aku terharu, cara dia hulurkan bantuan dalam keadaan yang sangat aku tak expect.

Dia sangat hormati aku, raikan pandangan aku, nurture aku dengan ilmu agama, dan buat macam-macam effort untuk buktikan cinta dia.

Aku dapat rasa masa tu, dia lah jodoh sebenar-benarnya yang Tuhan kirimkan untuk aku.

By the way, dia seorang lelaki yang sangat matang, ada latar belakang ilmu agama dan pendidikan yang baik, dari keluarga yang baik-baik. Akhlak dia baik, semua baik.

Aku sampai selalu insecure dengan kesempurnaan sifat yang Allah bagi pada dia. Aku nampak green flag tersangatlah banyak pada dia. Aku la yang banyak red flag. Sedar diri. Haha.

Nak compare dengan aku, memang macam langit dan bumi. Aku dah lah selalu clumsy dan huru-hara.

Disebabkan aku ni pernah ada trauma nak percaya lelaki, jadi aku pernah uji dia macam-macam, tapi tahap sabar dia memang bukan kaleng-kaleng.

Aku pernah uji dia suruh dia cari perempuan yang lebih sesuai dengan dia, yang lebih beragama, lebih berkaliber, lebih cantik dan segala lebih la dari aku. Tapi perhatian dia tetap juga ke aku.

Dia satu-satunya lelaki yang mendekati aku dengan cara paling terhormat dan sangat ikhlas setakat ni.

Cara kami menginterpretasi rasa cinta itu melalui doa. Dia selalu ulang alik ke Mekah, jadi aku banyak kirim doa pada dia. Doa-doa itulah yang mendekatkan dua hati.

By the way, sebelum aku kenal dia, aku istikharah dulu sama ada nak taaruf atau tidak, dan semasa aku kenal dia juga aku beristikharah, dan semua harapan dan doa semua aku gantung pada istikharah aku pada Allah.

Kerana istikharahlah, aku meneruskan pertemuan demi pertemuan, dengan izinNya. Allah bagi petunjuk dan laluan yang aku rasa inilah jodoh kiriman Tuhan untuk aku. Time frame pertemuan aku dengan dia semua tepat dan genap.

Dengan dia, trauma dan luka lalu aku sembuh sepenuhnya. 10 tahun aku pendam childhood trauma aku, dia berjaya buka kunci rahsia, luka batin yang aku usaha sembunyikan dari mata awam.

Aku rasa akulah insan yang paling bertuah dekat muka bumi ni kalau Allah takdirkan aku jadi teman hidup dia. Aku anggap inilah anugerah dan hadiah Tuhan setelah kesabaran dan penderitaan yang aku hadap bertahun-tahun.

Tapi, langit tak selalu cerah. Benarlah dunia ini hanya pinjaman. Bila masanya sudah tamat, kita perlu memulangkan ia kembali ke tempat asalnya.

Dalam pada aku menanti kepulangan dia dengan sabar dari kota suci Makkah, dia membawa pulang perkhabaran yang meretakkan hati dan seluruh jiwa raga. Dia pulang bersama sepucuk kad undangan perkahwinan.

Pedih rasa hati hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Aku jadi termangu-mangu dengan ujian ini. Perkenalan aku dengannya seakan baru semusim, dan bahagia itu dirampas begitu sahaja.

Malam itu tanpa henti aku bersujud memohon petunjuk Ilahi, diberi kekuatan hati.

Esoknya, aku mengumpul kekuatan untuk bertemu dengannya. Aku gagahkan diri memandu jauh di awal pagi walaupun semalaman aku tidak dapat melelapkan mata. Menghadiri kuliah ilmunya cukup melepaskan rasa rinduku padanya walau dari jauh.

Aku tak mampu untuk berdepan dengannya. Aku belum cukup kuat. Dalam hatiku, jika benar jodohnya tertulis dengan orang lain, biarlah pertemuan ini menjadi pertemuan terakhir yang menggembirakannya.

Yang pasti dia juga gembira menyambut kedatanganku. Raut wajahnya kelihatan jelas terpancar gembira saat aku melangkah masuk ke dewan kuliah itu.

Dalam hiba, aku turut tersenyum padanya. Biarlah dosa pun tersenyum pada ajnabi. Itulah senyuman terakhir yang mampu aku hadiahkan untuknya.

Dia masih mengunci mulut tentang khabar perkahwinannya. Aku tak mahu memaksanya. Mungkin dia tak jumpa cara untuk menerangkan hal yang sebenar.

Ini bukan kali pertama aku terkena begini. Hati aku kuat untuk memaafkan dan tidak mampu membencinya lelaki seperti sebelumnya.

Kebaikannya terlalu banyak dan kesalahannya cuma satu. Jatuh cinta. Ya, jatuh cinta juga ujian dalam fasa pertunangan salah satu cara syaitan untuk menggagalkan misi membina masjid.

Mungkin dia juga diuji dengan was-was jodohnya yang sebenar-benarnya dengan siapa. Dan aku hadir hanya sebagai ujian yang singgah.

Hampir sebulan aku berendam air mata, dan kini dia sah menjadi suami wanita lain. Aku tahu dia juga sama-sama sedang menelan kepedihan sebuah takdir.

Hatta menjelang hampir hari perkahwinannya pun, dia masih meneruskan effortnya untuk mencuri hatiku. Mengharap ada keajaiban takdir yang berlaku.

Aku juga begitu, tapi dalam masa yang sama aku tak sanggup untuk melukai hati wanita lain.

Aku tahu dalam hatinya masih menyimpan cinta dan kenangan yang ada, jika tidak, masakan hingga saat ini dia masih tidak berhenti untuk mempedulikanku. Masih dengan love language nya yang mengharukan hatiku.

Aku sudah berkali-kali berdoa agar aku dan dia sama-sama mampu untuk keluar dari rasa sakit sebuah takdir yang tidak termiliki. Mencari cara untuk membencinya, dan dia membenci aku. Tapi sukar sekali untuk dirungkaikan dua jiwa yang sudah terikat kuat.

Jadi aku faham apa yang Cik Siti lalui. Dan aku pilih untuk tidak kritik apa yang beliau lalui. I know it’s not easy. Tapi selagi boleh elak, elaklah.

Setiap kali hadir rasa nak memiliki (walaupun diri sendiri memang anti poligami – in term of merampas suami orang), saya pegang satu je, kifarah is real.

Saya tahu Cik Siti seorang yang berpendidikan, berkerjaya, boleh beza baik buruk kehidupan. Tapi bila bab hati dan perasaan, memang lemah. Itulah ujian untuk seorang wanita.

Saya doakan Cik Siti diberi kekuatan hati untuk melepaskan apa yang bukan ditakdirkan untuk kita.

Moga-moga dengan susahnya melepaskan rasa itu, Allah hadiahkan seseorang yang lebih kurang sama dengan orang itu, atau lebih baik dalam keadaan beliau seorang yang bujang. Apapun, jodoh itu cerminan diri.

Kepada semua wanita-wanita di luar sana yang berada dalam fasa dillema yang sama, saya doakan anda semua kuat dengan ujian ini.

Kalau ikut penelitian saya, lelaki memang sifatnya suka test-market kepada ramai wanita. Lagi-lagi dalam fasa bertunang, sebab tempoh tu adalah fasa terakhir sebelum dia perlu jadi suami kepada seorang wanita sahaja.

Jadi, wanita-wanita polos di luar sana kena hati-hati ye, jangan beriya-iya bercinta, tanya dulu rak apa dia guna. Takut rak lu pape roger, tak ke merana? Lolz.

Kepada nurtizen-nurtizen di luar sana, mohon doakan saya juga berjaya untuk keluar dari kepompong rasa ini ye. Tak sanggup nak lukakan hati wanita lain demi kebahagiaan sendiri.

Ikhlas,

– Cik Epal Fuji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. merepekla kau ni, dah tahu dia tunang orang. terus jerla stop ada hati ke berharap ke, before dia kahwin lagi kau dah tahu kan. cuba kalau ada perempuan lain tetiba melayan tunang kau?
    yang laki pon sama, dah tahu dah tunang sibuk nak care pasal perempuan lain, jada diri masing2 je

  2. Yang kecam cik epal ni kenapa ye? Takkan tak faham2 kot? Dia kan dah mentioned dia tak tahu pun laki tu tunangan orang awal2 lagi? Bila hati dah betul2 terpikat barulah dia tau laki tu nak kawin dah? Ingat senang ke nak lupakan cinta hati dalam masa sehari?

    Buat cik epal, saya tahu cik rasa dia lelaki terbaik cik pernah jumpa. Utk lupakan dia, just ingat kesalahan dia yg satu tu. Cik kata pegangan agama yg kuat, mcm hstaz gayanya sbb bagi kuliah di masjid. Tapi, apa yg dia buat tu SALAH DAN MENGANIAYA PEREMPUAN SEPERTI CIK. Itulah RED FLAG terbesar dan jahat bagi saya.

    Sepatutnya, sebagai tunangan orang, dia tak boleh nak dekat2 dgn perempuan lain takut jd makin tersuka dan main2 kan perasaan wanita mcm cik epal dan tunangnya. Kifarah is real bak kata cik, satu hari nanti pasti ALLAH akan balas sbb dah buat cik jatuh cinta kat dia tp sebenarnya dia dah berpunya.

    Wanita please jgn lemah. Dia dah mainkan perasaan kita secara tak langsung. Org yg berlagak baik ni lebih bahaya drpd yg kasar sbb bg kita dia baik, salahnya cuma satu. Tp tolong buka mata luas2. Apa yg dia buat tu sangat2 SALAH. Nnt tak pasal2 org salahkan cik epal bercinta dgn tunang org walhal dia yg rahsiakan.. faham tak?

    Saya harap cik epal dipertemukan jodoh yg pandai jaga ikhtilat, tak semesetinya ustaz2. Sekarang ni, kita tahu ramai ustaz2 yg tak jaga bab2 pergaulan dan pergunakan agama utk lepaskan diri.

  3. Ujian perasaan mmg sgt hebat. Mana yg mampu hadapinya. Anda mmg kuat.

    Merasai bagaimananya sakit dan pedih bila lihat org yg disayangi bersama pasangannya yg halal. Tersenyum disisi sambil memeluk erat..
    Pertanyaan bertalu2 pd diri sendiri “Kenapa bukan aku disisimu?”

    Dan terkadang timbul pertanyaan “ kenapa kita bertemu setelah kamu dimiliki?”
    “Apa sebenarnya ujian yg Allah berikan ini”

    Rasa cinta syg tu adalah lumrah manusia. Semua manusia ingin disayangi dan dicintai..
    Ramai yg diuji sbegitu.. harap smua yg diuji dberikan kekuatan oleh Allah.
    Pedih perit yang ditanggung di dunia hanya sementara..
    Sabarla mengharungi sehingga mata terpejam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *