First Love

Assalamualaikum. Terima kasih diucapkan jika cerita ini dipublishkan. Aku terpanggil untuk menceritakan tentang ‘first love’ aku selepas baca LELAKI DAN CINTA PERTAMA, (https://iiumc.com/lelaki-dan-cinta-pertama/).

Aku tahu korang bosan duk rumah kan? Jadi aku bagi korang hilang bosan korang.

Okay intro. Aku start kenal first love aku ni waktu sekolah menengah. Bagi aku, dia lah first love aku. Bagi dia, aku tak pasti.

Waktu tu aku tingkatan 2, dia tingkatan 4. Aku rasa banyak sangat kebetulan dengan dia ni. Nanti aku cerita satu persatu okay?

Detik pertemuan aku, aku ditugaskan jaga koperasi sekolah. Tengah duk jaga koperasi tu, aku ternampakla 2 orang laki nak datang membeli. Fuhh aura dia masa jalan nak ke koperasi. Kuat weh.

Aku rasa macam aku dalam filem. Rambut berkibar-kibar, cahaya memancar dari wajah dia, lagu hindi dimainkan. Gila imaginasi aku kan? Sumpah aku terus terjatuh cinta pandang pertama.

Lepas tu, korang tahu apa kerja aku? Jadi detective conan la weh. Siasat dia kelas mana, duk mana. Kedudukan meja dia pun aku tahu. Senang saja kerja tu. Semua maklumat berjaya digodam.

Kebetulan pulak aku prep malam dekat kelas dia. Jadi aku dengan beraninya tulis surat perkenalan kepada dia.

Tak tahu betapa bengong dan bodohnya aku masa tu. Demi cinta orang katakan. Kalau ingat balik, malu gila. Start dari tu, kami berbalas surat. Aku tak ingat dah apa isi kandungan surat tu. Lama dah weh. Surat tu pun dah jadi arwah.

Hati aku berbunga selebat bunga di taman bunga masa tu. Yang aku ingat, mula-mula aku tak mengaku nama aku. Jadi dia panggilla aku No Name (NN). Last sekali, aku mengaku kot. Entahlah. Serious lupa isi surat tu.

Aku jadi semangat gila nak pergi sekolah. Kalau ternampak dia jalan dengan kawan dia, aku sengaja lalu tepi dia. Tapi aku ego. Konon-konon terserempakla. Kononnya.

Lepas lalu tepi dia, aku rasa gembira macam nak lompat-lompat. Tahun tu, aku sanggup diet demi dia. Alhamdulillah aku berjaya kurus.

Bila aku balik kampong, ramai jiran terus makin kurus. Aku selalu intai dia main bola sepak takraw petang-petang. Asrama lelaki dengan asrama perempuan bertentangan ja. Yang memisahkan kami dewan makan dan tapak sepak takraw.

Kebetulan pertama, pada suatu hari tu, aku pergi melawat abang aku dekat sekolah dia. Abang aku tu sekolah berasrama penuh. Jadi dia balik sebulan sekali ja.

Aku dengan abah aku dah sampai dekat sekolah abang. Abah aku parking kereta depan dewan makan. Dalam duk tunggu abang aku tu, aku ternampakla seorang laki ni keluar dari dewan makan. Ternganga aku. Korang tahu apa yang aku nampak?

Laki tu muka dia sebijik macam first love aku. Kebetulan waktu tu, abang aku dah turun. Dia bertegur dengan laki tadi.

Bermulalah edisi conan terbaru aku lagi. Rupa-rupanya laki tu abang kandung first love aku. Aku likeee… Kecilnya dunia. Padahal sekolah abang aku ni 2 jam dari kampong aku. Tapi abang dia handsome lagi dari dia. Sikittt la.

Masa aku tingkatan 3 tu, aku dah slow down stalk dia. Aku sayang lagi dekat dia, tapi biasala aku malu. Muka pun bukan lawa sangat.

Aku pun tak pasti dia kenal ke tak aku sepanjang kami berbalas surat tu. Sebab kami tak pernah dating. Jadi berlalu macam tu saja la. Dia tamat sekolah tingkatan 5, dan aku masih stay di sekolah sama.

Aku ingatkan lepas tu aku takkan jumpa dia dah. Masa aku tingkatan 4, dia tingkatan 6 Allah masih bagi aku peluang jumpa dia.

Kebetulan kedua ni masa aku tengah beratur untuk ambil bantuan kerajaan negeri aku. Dalam dewan besar kot. Semua sekolah kat daerah aku tu berkumpul kat sana.

Kami beratur dalam barisan yang panjang. Laki barisan lain, perempuan barisan lain. Okayla. Aku pun beratur la.

Tengah beratur tu, hati aku rasa nak pandang belah kanan aku. Korang tahu aku nampak siapa? Dia weh. Dia. Perasaan aku tak tahu nak gambar masa tu. Dahla tak jumpa dia setahun lebih.

Aku surpp terus pandang ke depan balik. Jantung berdebar tak payah nak cakap. Macam duk berperang dalam tu. Aku pun macam pelik. Macam mana dia boleh duk sebelah aku.

Tapi aku ego lagi time ni. Aku tak tegur dia. Sampai sekarang aku menyesal kerana tak sungguh-sungguh nak ngurat dia.

Pertemuan kami berakhir macam tu sahaja. Dan selepas tu, aku tak jumpa dah dia. Aku hanya stalk dia dalam fb dan ig. Tapi dia tak aktif sangat dalam medsos. Aku tak miss wish birthday dia setiap tahun.

Kebetulan ketiga, birthday dia sama dengan birthday bff aku. Jadi aku akan wish happy birthday dalam story fb dengan harapan dia kan tengok. Kadang-kadang dia tengok story fb aku. Tu macam bagi aku harapan. Aku rasa macam aku ada harapan untuk kejar dia balik.

Masa ni, bulan puasa tak silap. Bulan 5 tahun ni, aku terstalk dia dalam fb. Macam mana Allah nak tunjuk. Aku baru tahu dia kerja satu negeri dengan aku. Kami dua-dua dari negeri pantai timur. Tapi kerja di negeri utara.

Ni kebetulan keempat. Aku gembira sampai lompat-lompat. Macam kera dapat bunga. Baru tahu dia duk ada dekat dengan aku saja selama ni. Dalam hati aku, yesss ada harapan aku dengan dia.

Aku story la dekat kawan-kawan aku. Diorang suruh aku beranikan diri mesej first love aku. Konon nak ajak jumpa la. Kerja satu negeri kan? Tapi nasib baik aku tak buat benda tu. Sampai sekarang aku bersyukur.

Bersyukur sebab apa. Sebab aku baru tahu dia dah kahwin. Aku baru tahu minggu lepas. Tu pun selepas aku ternampak fb bini dia. Murung gak 2 hari aku. Makan tak lalu.

Aku decide nak lupakan dia, aku unfollow ig dia, aku unfriend fb dia. Aku tak nak simpan harapan lagi. Takut aku lagi kecewa. Memang tak sangka dia dah kahwin. Dalam fb dia, tak pernah dia post dia dah kahwin. Macam orang bujang ja.

Sekarang dia dah ada anak dua dah. Bini dia memang lawa la. Aku memang tak setanding dengan bini dia. Anak dia pun comel ja. Takpela, aku bahagia tengok dia gembira.

Kebetulan kelima, dalam duk stalk fb bini dia. Tertengok bini dia post kereta diorang. Tahu apa? Kereta diorag sebijik macam kereta aku. Model sama, warna pun sama. Aku cakap, ya allah banyak sungguh kebetulan dengan dia ni. Sedih kan hidup aku?

Mampu stalk ja selama ni. Kalau aku diberikan peluang ke masa lalu, confirm aku nak kejar dia betul-betul. Malu sangatlah, kan dah melepas. Sobs sobs.

Padan muka kau. Padahal Allah dah bagi banyak peluang kepada aku sebelum ni. Papepun, aku tetap nak berterima kasih kepada dia. Dia sentiasa jadi motivasi aku dari dulu sampai sekarang. Kalau aku nak diet, mesti ingat dia. Aku nak jadi lebih baik, mesti ingat dia. Terima kasih.

Sekarang aku harap aku boleh lupakan dia. Aku doakan dia berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Doakan aku jumpa pengganti dia ya. Sakit, pedih sangat hati ni. Penangan first love ni lain macam.

Doakan aku jumpa pasangan, mertua dan ipar duai yang boleh menerima aku seadanya. Terima kasih atas doa korang semua.

Yang nak move on,

– NN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *