Cinta Suami Orang
Bergetar tangan aku nak menaip cerita diri sendiri.. Risau kalau2 aku membuka aib orang.. Tapi dah lama aku pendam, semakin hari semakin teruk aku rasa.. Mungkin yang membaca akan fikir kau yang salah.. Kau yang bodoh.. Tapi biarlah benda dah lepas.. Dah jadi da pun..
Tak pernah terlintas pun kat hati aku nak bercinta dengan suami orang.. Sumpah.. Benda jadi tiba2.. Pengenalan aku dengan M bermula bila kawan aku kenalkan untuk perniagaan.. M sebagai business partner aku.. Aku kekurangan modal masa tu.. semakin hari aku semakin rapat dengan M.. Cukup tempoh berkenalan dengan M selama sebulan, dia ajak kahwin.. Time tu aku memang dah tau dia ada wife.. kami jumpa tiga orang.. as usual la mana ada wife yang akan simply accept husband kawin lain.. so aku decide to move on.. tapi sebab business yang memang memerlukan kami berdua.. we still go with the flow.. M cakap dengan aku berdoa banyak2 semoga dipermudahkan.. M boleh dikatakan warak orang nya.. Selalu sembahyang awal waktu, sembahyang sunat.. Benda yang buat aku tertarik pada M.. Dengan kata lain, macam nak M jadi pembimbing aku untuk dekat pada Allah..Genap la kami kawan 3 bulan tiba2 wife M datang jumpa aku.. Bercerita pada aku supaya tinggalkan M.. Dia merayu demi anak2.. hari2 dia bergaduh dengan M.. Dia nampak M memang sayangkan aku dan berjanji nak kahwin dengan aku..
Tiba bab paling best, waktu aku berdoa dengan Allah meminta untuk dipermudahkan datang lagi satu dugaan yang besar.. Kawan aku nampak M dengan perempuan lain.. Perempuan tu jugak seorang business woman.. Kerap kali mendengar cerita yang sama buat aku tertarik nak mengenali wanita tersebut.. Dengan kuasa Allah, wanita tu sendiri cari aku dekat office.. kami berbual pasal business masing2.. Jujur aku adore wanita terbabit.. Dia seorang business woman yang berjaya dekat Malaysia ni.. Dia bukak bab pasal M dekat aku.. Tanya aku benda2 personal yang sememang nya aku tak suka.. aku seorang perahsia tentang kehidupan.. tapi aku layan acuh tak acuh.. sampai dia beritahu.. M adalah bapa anak dia.. mula2 aku gelak tapi memandangkan dia bercerita semua pasal M, aku jadi sangsi.. How come she know everything bout M and me? Aku call M dan bertanya benda yang sama.. Yes, M mengaku dia bapa pada anak wanita terbabit.. Yang paling sedih, wanita tu isteri orang.. Mereka masih lagi berhubung sampai sekarang.. Masa tu hati aku memang hancur berkecai, ikut hati nak je aku jumpa wife M dan beritahu hal sebenar.. tapi sebab nasihat kawan2 aku belajar sabar.. belajar memaafkan dan melupakan M.. Melihat aku dingin dengan M, macam2 cerita aku dengar dari budak2 office pasal aku, M cakap aku goda dia dan macam2 lagi la.. At the same time, wife M pulak masih tak puas hati dengan aku, minta aku keluar dari share partner business tersebut.. Ntah apa yang M hasut wife dia sampai macam2 status wife dye upload dekat fb…
sekarang dah lebih kurang 2 tahun berlalu, perniagaan aku semakin maju.. aku masih sabar lagi walau setiap hari di attack di fb, whatsap, message and call.. Aku cuma berdoa moga Allah tunjukkan sebenar perangai M dengan wife dia.. ia aku mengaku aku ada silap bercinta dengan M dulu.. tapi aku sudah berubah dan melupakan hal tersebut.. hanya menjalani kehidupan seperti biasa dan M hanyalah business partner aku..
aku cuma ingin luahkan segala benda yang aku pendam.. tak pernah aku beritahu sesiapa hal ini.. tolong doakan aku semoga kuat untuk hadapi dugaan Allah.. aku semakin sakit sebab benda ini berlaku depan mata aku sampai sekarang.. korang faham kan.. M, Business woman and wife dia ada depan mata aku di syarikat ini… tipu kalau aku cakap aku tak terluka bila tengok M dengan business woman tersebut.. tapi paling melukakan aku adalah bila aku tak mampu nak cakap perkara sebenar pada wife M yang selalu syak wasangka pada aku..
– Hamba Allah