Cinta suami orang vs housemateku maduku?

Assalamualaikum.
Aku tak sure sama ada cerita sebelum ni tak submit or admin tak approve. Tapi aku nak cerita lagi.
(Kalau dah pernah post sebelum ni sila abaikan sebab aku tak sure ayat yang digunakan sama or tunggang langgang)

Tengok tajuk je dah membara hati kan. Kenapa la budak ni bercinta dengan suami orang. Ok relax dulu jangan nak kecam aku. Baca la sedikit coretan aku ni.

Alhamdulillah aku dibesarkan oleh family yang sangat tegas terutama dalam menjalin hubungan cinta ni. BIG NO to couple. Sepanjang persekolahan aku ignore lelaki sebab tak nak terjebak dengan gejala bercinta ni. Tapi aku tewas masa di IPTA. Maafkan aku Ya Allah. Maybe sebab jauh dengan family so aku rasa bebas. Tapi aku jaga diri aku. Aku ingat pesan mak dan ayah aku. Aku tak jumpa dengan dia. Tapi perasaan tu membuatkan aku kalah. Aku tewas. Aku keluar dengan dia. Aku lupa segala pesanan. Maafkan aku mak dan ayah sebab nakal. Setahun lebih bertahan akhirnya kami putus bawa haluan masing2. Aku ok dan aku kuat.

After 2 year, datang seorang lelaki yang bersungguh-sungguh confess kat aku. Lama aku diamkan diri dan mengelak untuk jalinkan hubungan dengan mana2 lelaki but at the end aku tak tau kenapa aku pilih dia. Bermula dengan text akhirnya kami berjumpa. Setelah dipaksa berkali2 untuk berjumpa aku setuju. Almost 1 year, tipu kalau aku cakap perasaan sayang tu tak wujud. Tapi dia mempermainkan aku. Aku rasa macam orang bodoh. Dia memang pandai simpan rahsia. Sebab apa? Sebab wife dia salah seorang housemate aku. Diulangi HOUSEMATE aku. Walaupun kami tak rapat dan jarang bertegur sebab kos lain2 dan memang buat hal sendiri kat rumah, tapi aku malu sangat bila terserempak dengan 'wife'. Ya Allah, maafkan aku. Perasaan serba salah tu tak dapat nak ungkap. Aku salahkan diri aku sebab rapat dengan suami orang. Sampai hati dia tipu kami berdua. Curang dibelakang isteri. Mengaku bujang. Memang takda siapa pun tahu diorang dah kahwin sebab diorang kahwin senyap2. Dalam rumah tu aku seorang je yang tau. Dia ajak aku kahwin, jadi isteri no 2. Aku tolak siap2. Aku marah dia sebab tak terus terang. Aku tak nak kacau hubungan orang. Perasaan bersalah tu still tak hilang lagi. Maaf housemate, aku tak ada niat pun nak rampas suami kau. Aku doakan korang berdua bahagia hingga syurga dengan baby korang yang bakal lahir nanti.

Dan yang seterusnya pun aku berkenalan dengan suami orang yang mengaku bujang. Yang ni aku malas nak cerita panjang sebab korang pun dah malas nak baca kan. Haha. Aku tak tahu la kenapa dengan nasib aku. Maybe Allah nak uji aku kan. Kepada lelaki di luar sana kalau dah kahwin buat lah cara dah kahwin. Jangan berlagak bujang. Jangan mainkan perasaan perempuan terutamanya perempuan yang tak banyak pengalaman dalam bercinta. Yang berusaha menjaga hatinya untuk seorang lelaki yang bergelar suami. Korang doakan aku ok. Supaya dijauhkan untuk jatuh cinta dengan suami orang lagi. InshaaAllah aku akan elak selagi boleh. Kalau bukan itu jodohku. Terima kasih kerana sudi membaca.

– miss diana

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Tahniah sis dan terima kasih.. semoga ada seseorang yang berhati mulia seperti sis hadit dalam hidup sis.. just dont stop praying okey..amin

  2. Tidak pernah belaku seorang pemancing meletakkan signboard pada umpannya utk mengelirukan ikan yg cuba dipancing. Moralnya..next time sblm termakan umpan kaji lah dulu..buat survey or tanya kawan²..jgn jd mcm ikan.. By the way pengalaman mematangkan seseorang.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *