Cinta Tidak Kesampaian

Assalamualaikum para readers sekalian. Nama saya En N(bukan nama sebenar).Untuk luahan kali pertama ini biarlah saya guna nama samaran sahaja . Saya berusia 29 tahun, bujang, dan buat masa sekarang saya bekerja sndiri. Pertama sekali, saya ingin meminta maaf jika tulisan saya disini agak cacar marba kerana saya sebenarya tidak pandai untuk menulis cerita.Kisah yang saya nak cerita disini, ialah kisah yang saya sedang dan masih alami sekarang. Kisah cinta yang mungkin tidak kesampaian.

10 tahun lepas, saya ada berkenalan dgn seorang gadis. Disini saya namakan dia sebagai Cik N(bukan nama sebenar).Cik N sekarang bekerja di Kuala Lumpur. Sepanjang 10 tahun ini bermacam2 peristiwa pahit dan manis yang kami alami bersama, namun pada saya semua itu hanya mengukuhkan lagi cinta kami bersama. Kami saling sayang menyayangi dan bercadang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Namun pada masa sekarang, percintaan kami di dalam bahaya kerana keluarga Cik N bercadang untuk mengahwinkan Cik N dengan lelaki pilihan keluarga. Semua ini telah memberikan tekanan yang hebat pada kami berdua.

Saya sedar, yang antara punca semua ini terjadi ialah salah saya sndiri. Salah saya kerana tidak cepat2 masuk meminang. Salah saya juga kerana menjadi lelaki yang gagal dalam kehidupan kerana masih tiada sumber pendapatan tetap pada usia menginjak 30 tahun. Salah saya juga kerana kurang berkomunikasi dengan keluarga Cik N, di mana mereka mungkin beranggapan saya tidak sesuai dengan anak mereka.

Sebenarnya, saya ada membuat usaha ke arah perkahwinan kami. Beberapa kali saya cuba untuk menyimpan duit utk kahwin, akhirnya saya terpaksa gunakan duit itu untuk menyelesaikan masalah kewangan saya dan keluarga(PTPTN contohnya). Masalah ini menjadi lebih buruk apabila saya terpaksa melepaskan kerjaya saya di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung atas masalah keluarga. Semenak dari itu, saya gagal untuk membuat apa2 simpanan untuk ke arah perkahwinan.

Pada 3 tahun lepas, saya terpaksa berhenti kerja di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung di Kuantan untuk menjaga ibu dan kakak yang semakin tua dan uzur. Sepanjang 3 tahun ini juga saya tidak berjaya untuk mendapatkan kerja tetap utk menjamin pendapatan saya. Dah macam2 saya cuba, tetapi saya masih gagal untuk mendapatkan sumber pendapatan tetap seperti mana saya di Kuala Lumpur dahulu.Disebabkan itu juga, saya sebenarnya malu dan segan untuk berjumpa keluarga Cik N kerana saya sedar saya tiada apa2 untuk menjamin masa depan Cik N bersama saya.

Hujung tahun lepas, Cik N telah dipinang oleh seorang lelaki. Dari apa yang diceritakan oleh Cik N kepada saya, lelaki itu mempunyai kerjaya yang mantap dan berharta, jauh berbeza dari saya yang hmpir tiada apa2 di atas nama saya. Dan disebabkan itu, keluarga Cik N telah mengikat tali pertunangan dia bersama lelaki itu tanpa pengetahuan dan persetujuan Cik N. Dan keluarga Cik N juga telah mengugut Cik N untuk terima lelaki itu jika tidak mahu dibuang keluarga. Jadi, nak tak nak Cik N terpaksa terima lelaki itu. Hari2 jugalah Cik N menghubungi saya dan bercerita tentang tekanan dan stress yang dia alami kerana tekanan keluarga.

Sehingga ke hari ini, saya masih berhubung dengan Cik N. Kami kongsi segala masalah dan tekanan yang kami terima berkenaan hal ini. Kami masih saling sayang menyayangi, namun jika pertunangan ini berterusan lambat laun Cik N terpaksa berkahwin dengan lelaki itu dan saya dan Cik N mungkin terpaksa melepaskan percintaan kami. Cik N juga telah cuba berbincang dgn lelaki itu tetapi lelaki itu tidak mahu melepaskan Cik N dari tali pertunangan yang telah diikat.

Saya juga sekarang bekerja sendiri kerana sukar untuk mendapatkan kerja tetap disini menggunakan ijazah yang saya ada. Saya juga memilih untuk kerja sendiri kerana saya perlukan jadual kerja yang flexible supaya saya boleh pulang ke rumah dengan kadar segera jika ada kecemasan. Saya juga tidak boleh tidak pulang ke rumah lebih dari 2 hari kerana saya juga bertanggungjawab dalam hampir semua urusan di dalam rumah seperti membeli barang dapur dan urusan2 temujanji mak dan kakak saya di hospital. Disebabkan itu, keadaan kewangan saya agak lemah buat masa sekarang.

Saya juga telah mencuba membuat bisnes, namun buat masa sekarang sambutan agak hambar. Saya juga masih dlm proses mencari kerja yang sesuai dgn keadaan saya sekarang namun masih tidak berjaya. Dengan keadaan kewangan dan kerjaya saya sekarang, saya percaya yang saya tidak dapat meyakinkan keluarga Cik N yang saya mampu untuk menjaga anak perempuan mereka.

Jadi para readers sekalian, jika anda semua ada idea untuk membantu kami, boleh cuba cadangkan di ruangan komen. Mohon maaf jika cerita saya agak kelam kabut dan tidak teratur, saya akan cuba untuk menuils dengan lebih baik selepas ini sekiranya perlu. Saya menulis cerita ini pada jam 12 malam, dan dalam keadaan demam kerana tertekan dengan semua masalah yang menimpa. Terima kasih dan Assalamualaikum.

– En N

Hantar confession anda di sini ->Β www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *