Cinta WhatsApp Status

Nama aku Nash. Aku masih bujang. Bekerja tetap. Dan ada buat bisness kecil- kecilan sebagai agen produk.

Tapi itu bukan lah cerita nya cuma aku rasa aku sudah jatuh cinta pada seseorang dengan hanya melihat cerita-cerita beliau di whatsapp status.

Beliau yang aku maksudkan ini ialah stokis yang aku buat bisness kecil-kecilan tu. Produk apa biarlah rahsia.

Selama ini dah dekat 3 tahun aku berwhatsaap dengan dia hanya sekadar order barang, aku bayar dia post barang dekat aku dan selesai.

Aku panggil dia pun ” Kak” walau aku tahu dia muda daripada aku. Beliau ni aku namakan M sahaja. Beliau ibu anak dua.

Mula-mula aku ingat dia ni ibu tunggal sebab tak pernah nampak dia post whatsapp status pasal suami dia. Jadi aku yakin dia ni ibu tunggal. Tapi aku takut nak “approach ” lebih-lebih takut salah tekaan aku.

Nak tahu kenapa aku boleh jatuh cinta dengan dia? Kerana whatsapp status dia. Hari-hari selama 3 tahun ni tiada satu pun yang aku tertinggal baca.

Dekat whatsapp status dia, dia jarang cerita pasal perniagaan dia cuma ada la sedikit video tiktok produk dia tu.

Selebihnya pasal anak-anak dia, kerenah dan ragam anak dia, share pasal parenting, kisah dia pada hari tu, kadang-kadang status yang lawak -lawak.

Kiranya lebih kepada hidup dia dan anak-anak dia sahaja sebab tu aku yakin dia ibu tunggal.

Mungkin kerana citarasa wanita pilihanku adalah yang keibuan. Kerana aku hilang kasih ibu sejak dari tingkatan 3,

Jadi bila aku tengok betapa seronoknya aktiviti anak-anak dia seharian didampingi seorang ibu yang tenang, manja (aku tahu dia manja sebab ada satu video dia post anak dia cakap ibu manja macam sizuka).

Ketawa aku setiap kali tengok ragam anak-anak dia. Aku rasa kalau lah aku boleh mendekati ibu mereka.

Tapi semuanya berakhir bila aku tahu masa permulaan PKP 3.0. Satu whatsapp status yang buat aku kecewa, cemburu pada masa yang sama buat aku rasa lagi kagum dengan M.

Whatsapp status tentang “Kebun Sayur Untuk Ayah”. Ayah yang dimaksudkan tu suami dia.

Itulah kali pertama aku tahu dia ada suami rupanya. Uih pedih jiwa aku.

Mungkin masa PKP 3 tu dia banyak waktu terluang jadi dia dan anak-anak dia 2 orang kecik lagi sama-sama tanam sayur dalam kawasan rumah.

Ada sawi, bayam, bendi, cendawan, cili dan dia abadikan nama tu kebun sayur untuk ayah sebab suami dia sahaja yang makan sayur. Dia dengan anak-anak tak makan.

Aku punya level cemburu pergh tak boleh nak ungkap sebab aku betul-betul ingat dia ibu tunggal dan dah terfikir-fikir nak luahkan perasaan aku.

Ada lagi satu yang aku cemburu dia post pagi-pagi dia teman suami dia Joging. Dia dan anak-anak rekod dari dalam kereta sambil ketawa-ketawa.

Aku rasa bahagia sangat keluarga dia ni. Aku rasa sempurna betul sifat M ni sebagai ibu dan isteri.

Belum pernah aku terbaca status dia yang meroyan penat ke tak sama macam kawan-kawan aku yang lain.

Anak mangkit malam pun dah meroyan kat facebook. Sebab tu aku boleh tersuka M ni.

Pagi -pagi status dia pasal layan anak pusing taman, pasal dia mengajar anak dia ABC, kadang buat kek sama-sama. Alahai bahagia nya hidup.

Cuma itulah mungkin aku dah kena move on. Mungkin dia seorang yang menjaga privacy hal suami isteri. Sampai aku boleh tak tahu yang dia ni ada suami rupanya.

Kadang aku terfikir itu memang sifat dia atau dia sebenarnya tak bahagia. Sebab kawan-kawan aku semua jenis show off laki masing-masing. Moga dia betul-betul bahagia dengan suami dia tu.

Sampai sini sajalah luahan hati aku. Nak cakap banyak pun tak guna. Tapi aku masih stalk lah jugak hari-hari whatsapp status dia.

Contoh hari ini dia kata “dia pusing-pusing Tesco sorang-sorang sebab setiap hari Jumaat dia akan hantar anak pada pengasuh sebab nak me time nak refresh mood”. Rasa macam nak usha pula.

Sekian, yang mengkagumi mu dari jauh.

– Nash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *