* cinta yang dulu hilang kini kembali pulang… dgn mlm~ * – https://iiumc.com/forumv2/
harap admin approve post ni n terima kasih sangat2.
ok, tajuk yang entah apa2. ni bukan kisah cinta. tak berapa related dengan apa yang aku nak cakap ni. forgive me if this gonna be too long. ini kisah pasal MLM n pseudoscience product. ini kisah kami semua ~
KISAH 1: AJ
Alkisahnya begini, adalah seorang hamba Allah, kawan sedarjah masah sekolah rendah dulu. Aku namakan dia A. Si A suddenly call aku masa cuti semester. Katanya nak buat reunion. Maka dengan over excitednya sebab dah bertahun-tahun tak jumpa, aku pun setuju lah dengan plan dia nak jumpa dekat shopping mall. Dah nama pun reunion, aku bajet ramai la yang datang. Alih-alih sebenarnya A sahaja yang ada. Katanya, orang lain tak cuti masa tu. Memang pun. Aku je yang cuti balik kampung. A belanja main bowling. Lepas tu belanja pulak makan pizza. Time tu, byk si A duk tanya aku pasal study . Punya lama tak jumpa sampai aku cerita la dari cfs masuk main camp cabaran n dugaan jadi pelajar. Kena itu kena ini. Yang aku tau dari member lain, A ada business sendiri. Then, mulalah dia bukak cerita.
A: Kau nak jadi macam aku tak?
Aku: Macam kau macam mana?
A: Nampak tak kereta yang aku pakai tu? Kau main bowling tadi pun aku bayar tau. Kau makan ni pun aku yang akan bayar.
Aku: ( oh well, kau yang kata nak belanja aku even though mentah2 n berkali2 aku tolak sbb duit tak berapa ada -.- )
A: Aku straight to the point la. Aku kesian tengok kau. Aku bukannya tak tahu kau study penat2 nak kejar ijazah. Kerja makan gaji and sara family. Tapi sampai bila macam ni?
Aku: Macam ni macam mana?
A: Kau jugak yang kata tadi. Study susah. Punyalah kena pulun study utk exam.
Aku: Yelah. Dah tu? Biasalah study.
A: Kau work hard wey. Cuba jadi macam aku, work smart. Tak perlu work hard tapi miskin. Tak guna kau belajar penat2 tapi makan gaji. Aku ada cara, tak perlu pun kau nak study lepas tu kerja makan gaji je. Bila nak kaya? Entah2 10 tahun dari sekarang pun belum tentu kau mampu nak belanja aku macam aku belanja kau sekarang.
Aku: InshaAllah. Aku cuba je study bebaik and grad. (aku pun tak sure si A ni kaya tak)
A: Kau grad and keje pun, kau ingat kau dapat kaya & bahagia ke wey. Kau paham kan ekonomi sekarang macam mana? Meh sini aku cerita business plan yang gila simple tapi gila gempak. Baru kaya macam aku…
Maka si A pun keluarkan kertas2 ape benda entah and start dengan ceramahnya. Aku cuba utk hadam apa yang A cakap sebab tetibe je duk gabang kesian tgk aku study. Tapi kan, baik aku makan n hadam pizza yang banyak lagi tu. A bukan makan sangat pun, duk cerita pasal plan dia yang gilagempak tu. Balik je rumah aku pun google la pasal AJ nih. Yes, it's a scam. Banyak sangat bad experience yang orang share. Aku punya la rasa menyirap darah. Member yang bertahun2 tak jumpa kot. Oh, jumpa aku utk tarik aku jadi downline rupanya. Aku call si A. Aku cuba cool down and tanya elok2. Mati2 dia nafikan yang AJ ni scam.
Aku ingat lagi dia marah gila " Suka hati kau je cakap scam. Belum cuba belum tahu. Aku ikhlas niat nak tolong melayu macam kau berjaya macam aku. Aku nak kita kaya sama-sama. Tapi kau tuduh aku macam tu. Kau tau tak, business tu sunnah nabi. 9/10 rezeki dari business, bukan makan gaji. Aku expect la kau member aku kau support bisnes aku. Ni tak, kau nak jatuhkan aku. Tak malu ke kau nak jatuhkan kaum sendiri? " Lepas hampir sejam aku kena maki hamun, last2 ayat dia cakap, ' kalau taknak join, kita putus kawan. jangan cari aku lagi.' Aku mmg speechless gila.Agak drastik. And ayat dia terlampau dramatik sampai aku rasa annoyed n terfikir, ' kalau dh dgn buat bisnes tu hidup senang kenapa pulak kau rasa susah bila aku taknak join?'. Siapa yang cari siapa sebenarnya? Aku cari dia ke dia cari aku? Tapi aku biar je. Aku ckp dlm hati je. Kekadang kesian sebab dia kena cari orang. Entahla, maybe aku yang salah sebab aku duk baca2 experience orang. And bila aku cakap pasal orang, bukan sorang dua, banyak sangat yang dah kena. Lepas berbulan2 lamanya, aku xdgr kabar pape pn dari dia. Cuma, adalah beberapa member sekolah rendah dulu duk cerita dekat aku pasal si A ni. A approach diorang untuk join. Disebabkan aku yg first A approach, orang lain tanya aku pasal business A. Aku tak tahu nak cakap apa. Cuma aku cakap, try la google experience orang pasal AJ tu. Aku ckp bukan2 kn ada yang ckp aku ni nk menjatuhkan bisnes melayu. Last2 habis satu kelas A approach tetapi sebab kitorang research dulu pasal AJ kitorang xsedap hati nak join bisnes A. A mengamuk dekat grup whatsapp. A yang buat grup tu add semua orang. Last2 dia yang blah lepas xde orang nak join.
Dekat fb ada dh page yang bongkar scam AJ n banyak gak org duk share experience. Tu baru satu. Belum lagi masuk groups. Sesiapa yang nak tahu the reasons why AJ ni scam, please refer page yang aku letak kat bawah. Bagi org yang suka cakap 'belum cuba belum tahu' tu, aku nak cakap satu je, kekadang kita belajar dari salah orang lain. Bila ada orang yg dah jadi mangsa and bermurah hati utk share experience dia, buka la hati n lapangkan dada. Ada je yg bg feedback positive n defend gila2 AJ ni, sebab dorang ni upline. Kalau xde yg join xdela fulus.
KISAH 2: Skor A
Lepas jadinya kisah 1 tu, aku teringat benda sama pernah jadi time aku study kat CFS, IIUM. Bukan AJ, tapi Skor A. Sama juga, scam. Cumalah, time tu aku xtau pun Skor A ni MLM.
Ada seorang kakak ni, setiap minggu datang ketuk pintu bilik kitorang. Dengan senyum manis dia bagi salam dan soal kami. ' Dik, berapa je elaun study? Tak fikir masa depan ke? Tak sayang famili ke diorang duk hantar duit?… Banyak lagi persoalan yang dia bagi dekat kitorang. Aku malas nak layan beliau maka aku tidur and biar je roommates yg lain layan beliau. Ya, aku mengaku aku kurang ajar tetapi serius aku paling menyampah bila orang nak ajak bisnes guna ayat ' tak sayang famili ke?', 'tak nak hidup senang ke?' and 1001 lagi benda yang ' tak nak ____ke?' as if kehidupan aku sekarang ni sangat hina. Roomate aku join and diorang g seminar and aku sendiri tak tahu berapa diorang habis. Later on, aku perasan dorang pun dah malas nak join.
KISAH 3: Pseudo science product.
For girls, pernah tak korang dimomokkan oleh sesapa yang pad biasa kat pasaran tu boleh membawa kanser servik n etc? And korang dinasihatkan utk tukar ke pad bio etc? dan dikatakan pulak pad ni mampu merawat mcm2 masalah sakit puan, mengurangkan keputihan etc? Harga dia pulak dua tiga kali ganda pad standard kat pasaran. Kalau ada, cuba korang tanya balik seller tu macam mana pad kapur barus dorang tu dapat cegah kanser serviks. And tanya lagi benefits lain yg diclaim oleh dorang. Pernah dengar pad bioseleza tak?
Product2 lain, korang refer la dekat page PseudoScience Watch yang bongkar pasal produk yang biasa tapi scammers akan letak benefits yg tak masuk akal gila utk lariskn product. Page tu banyak discus pasal produk yang tak dpt dibuktikan keberkesanan dia secara saintifik macam kad La Genius, pad bioseleza and so on. Serius part kad la genius n pad bioseleza tu macam haram testimoni.
Aku tau ada yg akan panas b*ntot dgn benda yang aku share ni. Tu terpulang kt korang la. Share story n pages je pun. Aku bagi kebebasan kt korang utk percaya atau tak dgn benda2 ni semua. Cuma, serius aku kesian dgn org yng kena tipu. Nak kata aku jatuhkan melayu ke, silakan. Untuk member2 yang duk mencari peluang bisnes, please stalk dulu pasal business yg korang nak masuk tu. Kalau rasa was2 research dulu. Takpun, korang try tanya admin kat pages yang gigih membongkar kegiatan scammers and pseudoscientist di Malaysia. Antaranya:
* Scam Affiliate Junction, page yang membongkar scam Affiliate Junction. Latest post ada dia jawab penafian yang diberikan oleh CEO AJ.
* Pseudoscience Watch, (https://www.facebook.com/pswatch1/?fref=ts), byk update pasal produk pseudo-science yg tumbuh cm cendawan lps hujan kat Malaysia. Banyak jugak bongkar scammers yg beli gelaran doktor and gunakan agama utk lariskan produk yang entah apa2.
* SAY NO to MLM, https://www.facebook.com/SNTMLM/
* byk lg page lain yg korang blh follow. tp 3 kt ats antara yg plg rajin post, up-to-date n reliable. kalau korang rajin jugak, search for blog Aidid Muaddib. Memang dia punya bahasa kekadang keras, tapi tgk point okay. Dia dh xupdate blog tu tapi ada scam yg still hidup sampai sekarang n berguna utk korang kenal kenapa these things are MLM.
– ~ aku yang selalu diapproach mlm_ T.T sobs