Tiba-tiba rasa nak menulis. Sebab dah lama sangat rasanya tak menulis. Tulisan-tulisan sebelum ini masih ada, cumanya terbiar tergantung sepi. Entahlah, mungkin sebenarnya berharap agar nanti diberikan kekuatan untuk melengkap tulisan-tulisan yang terbiar itu. Mungkin.
Hai korang, Aku Amin. A history geek, a nerd and also an engineer. Ah.. Also a writer. There’s that. But not a good one. Haha.
Boleh juga baca, (https://iiumc.com/uthmaniyah-ii/).
So.. for this so called confession aku nak bercerita sedikit tentang sejarah Tanah Arab. Just a light story, bukan thesis yang berat-berat untuk di fahami. Sekadar sembang-sembang kopi. Sebab sebenarnya entry ni aku tulis sebelum aku berangkat menunaikan umrah DIY Februari lepas. Tapi entah macam mana, tertangguh berbulan bulan lamanya.
Kononnya tulisan ini aku tulis untuk aku mengambil ibrah sirah dan sejarah. Untuk merasa lebih dekat dengan peristiwa-peristiwa yang besar yang pernah terjadi di dalam timeline sejarah Tanah Arab. Dan juga ingin merasa dekat dengan perjuangan dan sirah baginda Nabi.
But first thing first, Aku nak korang bayangkan, yang landskap dan bentuk muka bumi di Tanah Arab, khususnya Mekah dan Madinah, tidak sama zaman sekarang dengan zaman yang terdahulu. Yeap, tak sama.
Zaman sekarang bangunan-bangunan tinggi telah dibina, tanah-tanah sudah ditoreh, bukit bukit sudah ditebuk, jalan jalan sudah diturap, amat berbeza dengan landskap zaman dahulu yang cuma ada khemah-khemah Arab Badwi, dan di penuhi dengan batuan-batuan pasir.
Oleh kerana bentuk muka bumi yang tidak menarik itu, Tanah Arab tidak pernah di jajah oleh mana-mana kuasa luar walaupun keliling Tanah Arab itu terdapat kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Nantinya dalam Sirah, korang akan dapat lihat peperangan terakhir Baginda Rasul adalah peperangan menentang kuasa Rom, iatu perang tabuk.
So untuk entry kali ni, aku nak ajak korang rewind balik timeline kita, jauh ke zaman yang awal-awal dahulu. Let say, 8,000 tahun yang lalu?
Lama tak? Gile lama weh.. haha. Sebab apa aku kata 8,000 tahun yang lepas, kerana dalam kita membicarakan sejarah Tanah Arab, maka tidak dapat tidak, kita kena berbicara tentang Nabi Ibrahim, Bapa kepada segala Nabi. Tapi aku takde lah nak mengatakan yang Nabi Ibrahim ni hidup pada 8,000 tahun yang lalu.
Wallahualam, aku tidak ada pengetahuan tentang tahun yang tepat Nabi Ibrahim hidup, tetapi kerana Nabi Ibrahim hidup di zaman Babilon Kuno atau bahasa omputihnya Ancient Babylon, maka aku akan sentuh sedikit sebanyak tentang Tamadun Mesopotamia dalam entry kali ni. Dan untuk mengupas tentang Ancient Babylon, maka kerana itu aku membawa korang jauh beribu ribu tahun dahulu.
Supaya korang dapat bayangkan suasana Ancient Babylon ni macam mana. Budaya, sembahan dan agama orang Babylon. Dan supaya korang boleh faham bagaimana datang nya orang-orang arab ke Tanah Arab terutama ke daerah Mekah dan Madinah. Macam takde kena mengena kan? Tapi chill.. Relaks dulu. Ada kena mengena.
So dah sedia? Let’s dive in.
Kalau korang recall sebelum ni, dalam entry “Tanah Yang Dijanjikan”, aku pernah sentuh sedikit tentang Tamadun Mesopotamia beberapa kali dalam timeline yahudi. Tentang asal usul sihir di negeri Babylon dan juga serangan Raja Nebuchadnezzar ke atas Baitulmaqdis atau Jurusalem.
Dan aku ada sentuh jugak tentang Raja Cyrus agung, Cyrus ya, bukan Alexander the great yang akhirnya Cyrus Agung inilah yang mengalahkan kerajaan Babylon dan menyelamatkan orang yahudi yang ketika itu di tawan. So, untuk bab yang ini aku tak kan sentuh lagi untuk entry kali ni.
Oh? Kenapa yahudi di tawan dan dibawa ke Babylon? Let’s just say, so called of law of war pada waktu dan ketika itu, pihak yang menang akan membawa tawanan perang ke negara mereka. In this case, ke Babylon, di wilayah Mesopotamia.
So what is Mesopotamia? Adakah sekadar Tamadun? In some sense, yes. Tetapi sebenarnya Mesopotomia itu tidak merujuk pada nama negara, tetapi lebih kepada kawasan itu sendiri. Kawasan, wilayah ataupun daerah Mesopotamia.
Mesopotamia itupun secara ringkasnya pun bermaksud di “Tengah-Tengah Sungai”. Aku sebut ringkas sebab aku malas nak ulas panjang-panjang. Let’s just say, kawasan di Tengah Sungai itu merujuk kepada dua sungai besar yang utama iatu Sungai Euphrates dan Sungai Tigris.
For this, I need u guys to refer the map. For easy understanding. Kalau pada zaman sekarang, kawasan Mesopotamia itu terletak di negara Iraq dan kawasan sekitarnya. Oleh kerana disitu terbinanya sebuah tamadun, maka kerana itu kita sebut Tamadun Mesopotamia. Kawasan di daerah Mesopotamia tu memang subur.
Dan dari dulu sampai sekarang banyak kota-kota besar yang pernah berdiri megah di daerah Mesopotamia. Dari Taman Tergantung Babylon, Ishtar Gate yang dalam cerita Eternal by Marvel, sampai lah sekarang di satu kota yang pernah menjadi kota agung dunia– Baghdad.
Tapi kenapa 8,000 tahun? Sebenarnya bukanlah 8,000 tahun sangat pun. It’s not really precise pun. Cuma for this timeline, tamadun yang terawal di daerah Mesopotamia ini adalah Tamadun Sumeria. Kenapa Sumeria? Sedangkan sebelum Tamadun Sumeria ada kebudayaan Ubaid? Well, sebab ada beza ketamadunan dan kebudayaan which aku tak akan ulas lah kat sini.
But the fun fact is, kebudayaan Ubaid ni adalah yang antara kebudayaan terawal di dunia. Orang orang zaman Ubaid ini mereka dah pandai buat patung-patung dan tembikar dan bukti terawal memang ada menujukkan mereka telah pun ada tuhan ukiran seperti God of Fertility atau dewa kesuburan. Maksudnya konsep kesyirikan ini telah pun ada pada zaman ni. Ya, konsep mensyirikkan Allah, sudah pun ada seawal ini.
Tapi cerita ni masih jauh lagi eh dari zaman Nabi Ibrahim. Sebab pada waktu ini, di tanah Mesopotamia itu terdirinya tamadun Sumeria. Dan bukannya Sumeria ini a big one country. No no. Sebab macam aku tekankan selama ni, maps zaman dulu tak sama macam zaman sekarang.
Dan pada zaman ini, terdapat juga beberapa kota-kota besar seperti kota Ur, Uruk, Lagash dan lain lain. Dan kota-kota yang bersepah ini di ketuai oleh pendeta, dan ada juga beberapa kota yang di ketuai oleh raja.
So in short, Sumeria ini adalah gabungan kota kota atau kerajaan kerajaan yang berlainan. So for now, aku nak korang hold dulu point ni, nanti aku akan ulas pada Zaman Nabi Ibrahim.
Dan pada Zaman Tamadun Sumeria inilah, terdapat satu figure separuh sejarah dan separuh lagenda iatu Gilgamesh. King Gilgamesh. Macam pernah dengar kan? Kalau korang kaki layan movie, dalam cerita The Eternal ada la sentuh sikit-sikit pasal ni. But not the whole story. But that being said, Epic of Gilgamesh ni adalah salah satu written documentation yang terawal. Cerita tentang kisah Raja yang ingin mencari keabadian; Immortality.
Dan kenapa separuh lagenda separuh sejarah? Well, its a bit hard to pinpoint the truth apabila sejarah ini dah di campur adukkan dengan kisah kisah mythic. But since it was written and documented, let just say it was based on at least a real person, cuma di exaggerate dan ditokok tambah.
Fun fact, kisah mencari keabadian ini kita dapat jumpa bukan dari awal tamadun je, bahkan hingga zaman sekarang. Dari tanah Mesopotamia hingga ke Maharaja Qin Shi Huang yang membina “Terracotta Army” semata-mata ingin mencari rahsia immortality. Cumanya, one of theory or speculation, hanya seorang je yang dapat jumpa air ainul hayat – air keabadian which dalam Islam kita kenalinya sebagai Nabi Khidir, semasa ekpedisi Baginda Nabi Khidir Bersama dengan Iskandar Zulqarnain.
Tapi bab tu aku tak nak la ulas panjang. Mufti pun dah ada beri pandangan, kalau korang rajin membaca la. Sebab aku pun bukan ahli bab ni. So for that, I need you guys do your homework for this, and maybe share you guys punya opinion? Yeah.. Lets do that.
Tetapi.. adat resam dunia, kalau ada naik, pasti ada jatuh. Tamadun Sumeria yang hebat pun akhirnya jatuh kepada Tamadun Akkadia. Tetapi mungkin lebih tepat, it was called Empayar Akkadia. Dan Empayar Akkadia ini diasaskan oleh orang semitik yang pertama didaerah Mesopotamia. Orang semitik ni aku dah bahaskan dah dalam entry Uthmaniyah, tentang asal usul orang semitik, hamidic dengan yafitik yang berasal dari keturunan Nabi Nuh.
Dan salah satu figure raja yang hebat dalam Empayar Akkadia ini adalah Raja Sargon the great. Dia lah yang menyatukan kota-kota kecil di daerah Mesopotamia ni menjadi satu empayar yang besar. Dan ibu kota Empayar Akkadia ini di Akkad. Ha.. masih belum Babylon ye. Sabar sabar.
Tapi sebenarnya location Akad dengan Babylon pun tak jauh. Cuma jarak masa dia dalam lebih kurang 400 tahun lebih. Babylon pun pada masa ini belum menjadi bandar yang besar. Tapi untuk ni, korang kena bear in mind, bahawa orang dulu dulu punya lifespan tak sama macam kita sekarang. Ibnu Katsir merekodkan dalam Qasasul Anbiya, ayah Nabi Ibrahim pun meninggal ketika dia berumur 250 tahun. Wallahauallam, Allah jua yang tahu.
Tapi korang jangan konpius tau antara Sargon the great dengan Sargon ke 2. Sargon ke 2 tu dulu aku pernah sentuh sikit masa timeline yahudi, which is totally Sargon yang berbeza. Sargon ke dua itulah selain dari yahudi, dia juga menyerang Kaum Thamud yang dimana Nabi Salih di utuskan. Tempat yang terletak di utara bumi Madinah, tempat yang dikenali sebagai Madain Saleh. Yang tu kejap lagi kita akan sentuh tentang Nabatean di Tanah Arab pulak.
Jadi seperti empayar-empayar besar yang lain, Empayar Akkadia juga akhirnya musnah diserang oleh orang-orang Gutia. But for the sake of I want to simplify things, aku akan pergi secara sepintas lalu je. I’m not gonna dive in too deep.
So selepas Empayar Akkadia, munculnya Kerajaan Sumeria yang baru. New Sumerian atau disebut Neo-Sumeria. Dan pada waktu inilah, kota Ur yang ada didalam wilayah Meopotamia ini menjadi salah satu kota yang besar. Point ni penting eh. Just take note dulu. Dan selepas Kerajaan Neo-summerian ini jatuh, barulah muncul Kerajaan Babylon lama. Ataupun lebih dikenali sebagai Ancient Babylon. Dan di dalam Kerajaan Ancient Babylon inilah akan lah merekodkan kisah Nabi Ibrahim.
Ingat tak tadi, aku ada minta korang hold point Kota Ur? Sebenarnya ada beberapa pendapat tentang dimana lahirnya Nabi Ibrahim. Tetapi aku tidak akan bahaskannya kat sini. Cumanya, aku memilih pendapat Baginda Nabi Ibrahim dilahirkan di Kota Ur. Ada sebabnya, nanti kita akan bahaskan.
Sebenarnya semasa zaman Neo-summerian, kota Bayblon tu masih belum menjadi kota yang besar. Setelah Neo Summerian ini jatuhlah, kota Babylon akan bangkit menjadi salah satu kota yang besar di Tamadun Mesoptamia waktu dan ketika itu.
Dan di kota Ur ini, terdapatnya kuil-kuil dan berhala-berhala yang besar. Kita pun dah lihat, penyembahan berhala berlaku seawal kebudayaan Ubaid lagi. Dan over the time, penduduk yang hidup di daerah Mesoptamia ini, telah menjadi mahir dalam pembuatan berhala. Stone masonry of idol. And ironically, bapa Nabi Ibrahim yang bernama Azar ataupun Tarikh, adalah seorang pembuat berhala.
Kenapa aku cakap “ataupun”. Sebab mengikut tulisan Ibnu Katsir, beliau berpendapat Tarikh atau Azar tetap merujuk pada orang yang sama dan Azar itu adalah nama panggilan atau julukan. So since for this entry pun kita merujuk kepada Qasasul Anbiya, by Ibnu Katsir, so aku akan menggunakan Azar sebagai nama Ayah Baginda Nabi Ibrahim.
Jadi Nabi Ibrahim ini dibesarkan didalam suasana yang masyarakat sekeliling Baginda Nabi menyembah berhala. Korang kat sini jangan keliru eh, tentang claim sesetengah orang yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah pencari Tuhan. Tentang dia mencari Tuhan dengan bertanya kan Bintang, adakah Bintang ini Tuhan? Bila Bintang itu tenggelam, maka ia bukan Tuhan.
Kisah ini benar, tercatat dan direkodkan didalam Al quraan, tetapi bukan untuk masyarakat di tempat Baginda dilahirkan. Kerana masyarakat waktu Nabi Ibrahim hidup itu menyembah berhala. Yang Bintang different story, nanti kita akan pergi bilamana Nabi Ibrahim berpindah ke Harran, baru lah Nabi Ibrahim bertemu dengan Kaum penyembah Bintang, bulan dan matahari. So, clear?
Apa yang aku nukilkan ini bukan sembang kosong taw.. Memang direkodkan oleh Ibnu Katsir sendiri.
Jadi membesar didalam masyarakat yang menyembah berhala sebagai Tuhan, bukanlah sesuatu yang menyenangkan bagi Baginda Nabi Ibrahim. Yelah, baginda adalah seorang Nabi dan berjiwa seorang Nabi. Kita kena ingat, seorang Nabi ini, tidak pernah menyembah selain Allah dalam hidup mereka. Tidak pernah dan tidak akan. Begitu sekali Allah menyucikan para Nabi dan Rasul dalam membawa risalah Tauhid.
Sama sepertinya Baginda Nabi Ibrahim. Baginda tidak hadap dengan so-called God of Fertility, God of Wind, Enki, God of Moon, Innana or King of God, An or whatsoever. Sebab Baginda tahu, mereka itu bukanlah Tuhan sebenar. And no such things as deity pun. Dan sebab tu, dikalangan kawan-kawan Baginda, Baginda selalu berdakwah mempersoalkan ketuhanan berhala-berhala yang menjadi sembahan masyarakat sekeliling Baginda.
Kat sini, Allah rekodkan dalam Al quraan, betapa halusnya bahasa Baginda Nabi Ibrahim. Dalam dia berdakwah kepada bapanya, kepada masyarakat dan juga kepada Raja Babylon. Setiap dari ayat baginda Nabi Ibrahim kita boleh bayangkan bijaksananya Nabi Ibrahim. One of the lesson yang boleh belajar, bila kita ingin tegur dan nasihat sesorang, bukan dengan paras ukur kita, tetapi paras ukur orang yang ingin kita tegur.
So kisah yang aku nak ceritakan ini, berlaku di kota Ur. Or so which I assume. But not just simply assume la, of course melalui pembacaan. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab sebenarnya kisah Nabi Ibrahim pecah kan berhala dan dibakar didalam api dengan kisah Nabi Ibrahim berdebat dengan Raja Namrud, adalah dua kisah yang berbeza pada tempat yang berbeza. Ini juga dapat dilihat dalam kitab Ibnu Katsir Dimana Ibnu Katsir sendiri menyusun kisah ini berlainan, tidak bersambungan.
Cumanya kalau kita membaca “Rabbinic Literature” ataupun kitab Talmud, memang dikatakan peristiwa ini berlaku di kota Ur. Dan peristiwa Raja Namrud berlaku di Kota Babylon. But for the sake of this entry, let just stick this way. Sebab aku tak nak explain panjang panjang, nanti korang pening.
Jadi kisah Nabi Ibrahim memecahkan berhala, ramai yang dah tahu. So I just make it short. Baginda Nabi Ibrahim, amat bencikan penyembahan berhala tersebut.
Kalau korang baca penyembahan di tamadun Mesopotamia, dan perayaan-perayaan yang mereka ada, maka korang akan faham kenapa jiwa Nabi Ibrahim itu begitu tidak suka dengan amalan kaum Baginda. Mereka ada perayaan yang mengumpulkan tuhan-tuhan mereka yang di ambil dari kuil-kuil segenap wilayah dan melakukan penyembahan selama 12 hari panjang nya.
Kat sini aku takde la cakap, ini adalah perayaan yang mereka sambut semasa Nabi Ibrahim memecahkan berhala-berhala mereka. Kita takde lah nak membahaskan peristiwa ini sampai detail begitu.
Cumanya, semasa kisah ini berlaku, kaum baginda menghimpunkan berhala-berhala tersebut dan mereka keluar dari kota as part of the ritual. Dan ketika inilah Baginda Nabi Ibrahim menghancurkan berhala-berhala yang dikumpulkan tersebut dan meninggalkan hanya satu berhala yang besar dan di gantungkan kapak atau alat pemecah batu pada berhala tersebut.
So when the ritual end, kaum baginda pun kembali dan terkejut melihat berhala-berhala yang disembah mereka telah hancur. Pada waktu itu, mereka tidak tahu siapa yang melakukannya. Allah rakam dalam Al quraan, bahawa kawan-kawan Nabi Ibrahim ni cakap – “Kami ada dengar ada seorang pemuda yang tidak suka akan tuhan kita”.
Sebenarnya mereka dah tau dah pelakunya adalah Nabi Ibrahim, tapi sebab mereka tak mahu disyaki sekali, maka mereka bagi jawapan begitu. Sebab korang kena tahu, macam yang aku explain tadi, perbuatan ini di anggap jenayah pada waktu dan ketika itu; pada waktu berhala-berhala ini menjadi sembahan mereka.
Dan memang didalam tamadun Mesopotamia, berhala ini memainkan peranan penting didalam ritual-ritual negara. Dan ritual ini juga disertai oleh Raja dan juga ketua pendeta. That’s how significance this ritual is.
So long story short, mereka pun menangkap Nabi Ibrahim dan di bawa untuk dihakimi. Kat sini korang jangan ingat yang menghakimi Baginda Nabi Ibrahim adalah Raja Namrud. Bukan ye. Kiranya untuk story ni, kisah ini bukanlah di peringkat federal, cuma di peringkat negeri. Kisah ini berlaku di peringkat kota Ur, bukan Kota Babylon. Dan macam aku cakap tadi, bukan semua kota-kota di daerah Mesoptamia ini diketuai oleh Raja, ada juga diketuai oleh Ketua Pendeta.
Jadi setelah Nabi Ibrahim ditangkap, mereka pun memutuskan untuk menjatuhan hukuman ke atas Baginda Nabi Ibrahim dengan cara membakar Nabi Ibrahim hidup-hidup di dalam api. Maka hukuman pun dijalankan, penduduk pun diminta untuk mengumpulkan kayu kayu api sebagai bahan bakar. Tempat pembakaran pun di sediakan, dan bahkan Ibnu Katsir merekodkan bahawa seluruh masyarakat Nabi Ibrahim ketika itu bergotong-royong untuk menyediakan tempat pembakaran.
Orang yang sakit bernazar kalau mereka sembuh, mereka juga ingin turut serta dalam mencari kayu api membakar Nabi Ibrahim. Kerana bagi mereka, itu adalah sebagai hukuman penghinaan terhadap Tuhan berhala mereka. The blood sacrifice must be performed, in honor of their false God. Lagipun kan peristiwa ini berlaku ketika perayaan yang besar. Di mana seluruh berhala di kumpulkan dari segenap ceruk daerah Mesotamia di kota Ur kan?
Untuk bacaan tambahan, mungkin korang boleh baca tentang ritual 12 hari Enkidu. Aku tak kata ini adalah hari perayaan itu, tapi at least korang boleh nampak bagaimana penting nya berhala dalam kehidupan masyarakat ketika itu.
So long story short, Nabi Ibrahim pun di campakkan kedalam api yang menyala. Dalam kitab Ibnu Katsir menyebutkan Nabi Ibrahim dicampak dengan menggunakan Manjanik – sejenis senjata atau lastik yang besar. Kalau korang tengok cerita Lord of The Ring, manjanik tu adalah alat yang diletakkan batu dan kemudian di campak untuk memusnahkan dinding pertahanan. Perumpaan ini nak bagi korang faham bagaimana Nabi Ibrahim dicampak didalam api.
Dan seperti biasa, ada satu kisah yang feymes tentang burung pipit yang menolong Nabi Ibrahim memadamkan api dengan ayat – aku tidak ingin dipersoalkan oleh Allah tentang peranan aku ketika Nabi Ibrahim di bakar. Walaupun kisah ini sampai di lagukan oleh siri animasi kanak-kanak “Omar dan Hana”, tetapi kisah ini tidak ada sumber. Sumber yang lebih sahih dan dinukilkan oleh Ibnu Katsir sendiri, adalah kesemua binatang seluruhnya kecuali cicak menolong Nabi Ibrahim.
Aku tak kata salah, tapi kalau ada satu cerita yang ada sumber, bertulis dan sahih dan satu lagi cerita yang mungkin betul, mungkin tak, jadi mana satu yang korang akan pilih? Sebenarnya perbahasan asal usul cerita ni panjang, dan macam biasa aku tidak mahu membahaskannya kat sini. So aku pilih yang sahih je la eh.
Semasa Nabi Ibrahim dibakar, Allah memerintahkan supaya api menjadi sejuk dan nyaman bagi Nabi Ibrahim. Ibnu Abbas menukilkan, kalaulah Allah tak perintahkan api menjadi nyaman, pasti Baginda Nabi Ibrahim akan menjadi terlalu sejuk dengan sejuknya Api.
Maka, long story short, api pun sudah mula menjadi bara, bahang masih terasa di sekeliling tempat pembakaran, keluarlah Nabi Ibrahim dengan selamat. Dan tiada kesan sedikit pun pada badan Nabi Ibrahim. Maka terkejutlah orang-orang yang berada di situ. Dan peristiwa ini menjadi peristiwa yang besar dan menjadi bualan orang-orang di zaman itu. Seorang lelaki di campak kan didalam api, dan masih hidup. Of course la menjadi viral. So untuk entry kali ni aku stop sampai sini.
So untuk next entry, aku akan bercerita tentang satu figure yang terkesan dari kisah ini iatu seorang pemuda yang akhirnya dilantik menjadi Nabi. Seorang figure yang juga anak buah Nabi Ibrahim. Dan akhirnya mengikut Nabi Ibrahim ketika berhijrah, tetapi di utuskan ke semua kaum yang dilaknat Allah.
Dan juga untuk ke next story, aku akan bercerita tentang kesan peristiwa Nabi Ibrahim di bakar ini, hingga sampai ke pengetahuan seorang penguasa Babylon. Dan telah dijemput ke istana Raja tersebut sehinggalah berlaku perdebatan. Raja itu adalah Raja Namrud. Dan kita sentuh sikit bagaimana selepas perdebatan dengan Namrud, Nabi Ibrahim diminta untuk berhijrah ke Syam atau pun Tanah Kanaan yang ketika ini berada di Palestin.
Tetapi kenapa Syam? Kerana map pada waktu itu, Palestin atau Kanaan ketika itu berada di bawah wilayah Syam. Dan kita akan sentuh jugak, dalam perjalanan Nabi Ibrahim ke Kanaan, baginda telah singgah di Ancient Egypt, ataupun Mesir dan akhirnya di hadiahkan Siti Hajar. So semua ni aku akan ceritakan next entry ya.
Oh, aku tau, nanti ramai yang tak agree dengan cerita aku. Bahawa Raja Namrud lah yang mencampakkan Nabi dalam kedalam api. But no worries, I’m fine with it. Sebab perbahasan ni bukan kita je, bahkan dibahaskan juga oleh ulama yang besar. Mereka juga berbeza pendapat.
Bahkan dalam Kitab Ibnu Katsir juga tidak menyatakan bahawa yang mencampakkan Baginda Ibrahim itu adalah Raja Namrud. Tapi takpelah, kita tak bahaskan itu. Kalau korang mahu bahaskan, silakan, aku mengalah awal awal. Sebab aku bukan ahli nya. Bukan pun so-called agamawan. So yeah, I don’t want to take part in it.
Oh, cuma another additional info, kisah Nabi Ibrahim dicampakkan kedalam api ni tak di bahaskan di dalam Bible ya, cuma literature dalam Islam dan Yahudi je.
Dan cerita didalam Islam memang harus lah kita yakini kebenarannya, cuma kisah Rabbanic ni kita kena berhati hati. Didalam bible ada kisah beberapa pemuda dicampak didalam api, tetapi bukan Nabi Ibrahim. Orang lain. Mungkin dah diubai suai. Mungkin.
So.. Sampai sini dulu ya. Nanti ada masa aku cerita lagi ya.
Adios.
Yang mengharu kan,
– Shahidil Amin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
SubhanaAllah, bahan cerita yang sangat menarik untuk dikongsi dgn khalayak ramai, patut dibuat blog atau novel yang boleh dibaca ramai nanti, InsyaAllah