Uthmaniyah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/confession-tentang-uthmaniyah/).

Assalamualaikum, hai korang. Setelah sekian lama mendiamkan diri, harini aku nak sambung semula penulisan aku tentang Uthmaniyah. Dah cukup la healing. And to be honest, aku tak baca lagi dah komen. Fokus aku nak menulis dan berkongsi je. Haha. Saia ta kuad la awa. Saia ta kuad dengan komen komen nurtizen. Kehkehkeh.

So tanpa membuang masa, jom kita straight to the point. Puas dah aku membebel sebelum ni. Haha. Tapi tapi gais.. nak tak nak aku terpaksa recap sikit je dari entry lepas. Tentang asal usul bangsa Turki. Dan macam entry aku sebelum ni, dalam membahaskan asal usul bangsa turki, maka tak dapat tidak kita go back balik timeline kita pada sejarah Nabi Nuh Alaihisalam.

Dan sepertimana yang aku tulis sebelum ni, Nabi Nuh mempunyai empat orang anak which is Ham, Sam, Yafith dan Kanaan. Penulisan ini juga dinukilkan didalam kitab ibnu katsir dimana yang ni korang kena baca sendiri kalau korang nak tau rujukan. Takkan semua aku nak suap, betul tak? Kata sembang kopi. Kehkehkeh.

Jadi dari anak anak Nabi Nuh yang empat ni, hanya tiga yang terselamat dari banjir besar dimana setiap dari mereka ini akan menjadi nenek moyang kepada bangsa bangsa yang besar di muka bumi. Sebagai contoh, Sam yang membentuk suku bangsa semitik. Manakala ham, membentuk suku bangsa hamid dan Yafith yang membentuk suku kaum yafitik.

Sebab tu kalau dalam pembacaan korang pernah terjumpa term term seperti Anti Semitik, kan? Jadi Anti Semitik ni apa? Kalau zaman sekarang ni kita refer kepada anti jews ataupun anti yahudi. Jadi maksudnya nenek moyang kaum Yahudi ni berasal dari anak Nabi Nuh yang bernama Sam. Sebab Sam ni kan bermastautin dan setel down dekat belah belah arab. Jadi orang orang arab semua tu berasal dari Sam dan membentuk kaum semitik. Aku dah explain panjang lebar kat entry first, so aku tak nak go into detail sangat.

Cukuplah korang tahu, untuk perbahasan kita tentang keturunan Turki adalah merujuk kepada anak Nabi Nuh yang Bernama Yafith. Dan dari anak anak yafith inilah datangnya keturunan keturunan yafitik yang lain seperti Monggol, Tartar, Yakjuj dan Makjuj, dan keturunan keturunan Turki yang lain. Semua dari mereka adalah orang orang yafitik.

Dan untuk orang orang Turki ini dulunya, mereka mendiami daerah mereka sendiri yang dinamakan Turkestan atau Transoxania. Transoxania ni adalah map zaman dulu. Sebab map zaman dulu tak sama macam sekarang. Daerah Transoxiana atau Turkistan ni kalau pada zaman sekarang terdiri daripada negara negara yang ada tan kat belakang. Bak kata P.Ramlee – Harta Ismet di luar negara? Di Pakistan, Afganistan, Turkestan, Hindustan, Gohet gostan. Haha. Tapi in realiti, yes.. Daerah orang orang Turki dulu adalah di central asia la ataupun asia Tengah.

Sekarang ni terdiri daripada Negara Uzbekistan, Turkmenistan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Kazakhstan dan East Turkistan atau Turkistan Timur. Turkistan timur ni lebih dikenali sebagai Xinjiang. Sekarang ni di bawah Negara China. Dan Turkistan Timur ini terdapatnya Kaum kaum Uighur. Mereka pun sebahagian dari cabang jalur kaum Turki. So aku harap korang clear la eh sampai sini tentang daerah kaum turki ni pada zaman dulu. Penempatan di Asia Tengah ataupun Central Asia.

So kalau korang dah clear, next aku move cerita aku kepada Tamadun Islam pulak. Haaa.. kenapa Tamadun Islam? Macam tak kena pulak kan? Sebab satu dekat Tanah Arab atau Jazirah Arab, dan satu lagi dekat Central asia. Kan jauh tu. Betul tak? Tapi.. sebab Uthmaniyah sendiri nantinya adalah Kerajaan Islam, maka tak dapat tidak kita kena tahu tentang Sejarah Islam itu sendiri.

Dan bagaimana akhirnya Islam bersentuhan dengan kaum kaum Turki ini nantinya. Dan bagaimana nanti kaum Turki yang asalnya nomadic ini akhirnya Berjaya membentuk kerajaan sendiri dan akhirnya memayungi dunia Islam selama beratus tahun sebelum mereka jatuh menjadi republik. Jangan risau, aku akan bawak korang tru the timeline ni satu satu. Okey?

Jadi untuk timeline penulisan aku kalini, aku akan guna timeline Masihi which is tahun sekarang. Aku tak guna timeline tahun Hijrah. Sebab apa? Sebab aku nak at least korang faham tentang sejarah yang aku sampaikan. Lagipun kalau aku guna timeline hijrah pun, tak ramai yang tahu betul tak?

I mean, even sekarang pun kalau aku tanya sekarang tahun berapa Hijrah, Tak ramai yang mampu jawab. Bukan takde eh, tapi tak ramai. So at least kalau aku guna tahun Masihi ni, ramai yang tahu dan ramai yang boleh agak bila peristiwa tu terjadi.

Contohnya, Nabi Muhammad lahir Tahun 570 dan wafat pada Tahun 632. Jadi sekarang dah tahun 2024. So dah 1400 tahun dah sejarah yang ingin kita ceritakan ini berlaku. Dan aku tak nak go tru detail tentang ketepatan tarikh dan tahun, sebab its entirely different entry untuk dibahaskan.

At least secara roughly tahun Masihi tu aku tulis itu supaya korang boleh relate dengan Sejarah- Sejarah dunia yang lain pada timeline tu. Contohnya Maharaja Heraclius yang menaiki pada waktu itu baru menaiki takhta dan Maharaja Heraclius inilah yang Baginda Nabi Utuskan surat supaya memeluk Islam. Heraclius ye gais.. Bukan Hercules. Hercules tu dewa bagi Tamadun Yunani.

So untuk kalini, aku akan mulakan entry aku dengan pembunuhan Saidina Uthman. Dan kisah ini berlaku di Madinah. Okay, sebelum korang condemn aku sembang kopi, aku akan nyatakan rujukan bahan bacaan aku, supaya nanti korang boleh refer balik atau korang baca sendiri supaya korang lebih faham. Sekurang kurangnya takdelah korang kata aku sembang kopi, ye dak?

Dan Rujukan aku, dari Kitab Bidayah wan nihayah sendiri karangan ibnu katsir. Dan of course, tak dilupakan juga Tarikh at tabari oleh Imam Ibnu Thabari sendiri. Dan iringan buku buku lain seperti Inilah faktanya – meluruskan Sejarah Umat Islam semenjak wafatnya Nabi Hingga terbunuhnya Saidina Hussein karangan Dr. Uthman. Dan juga buku dari Dr. MAZA sendiri, Fitnah terhadap sahabat Rasullah.

Okay lah, kat sini aku bukan nak tunjuk akulah yang paling Islam antara orang Islam yang lain. Tapi heyyy.. Tapi ni sejarah kan. Nak tak nak memang kena baca kot buku macam ni untuk tau sejarah. Plus recently memang ramai pembaca yang hanya memuntahkan apa yang di baca. Dan akhirnya terpengaruh dengan pandangan orientalis barat dan akhinya memihak kepada mereka. Well, reading is good. Tapi buku adalah guru yang tak mampu menegur bila kita tersilap. Betul tak?

Tapi kalini aku nak membebel jugak. Tak kira. Haha. Lantak lah korang nak kata aku membebel, tapi aku kena explain benda ni supaya korang faham. Aku amik contoh dari kitab Imam At-Tabari sendiri. Imam Abu Jaafar Muhammad atau Imam At Tabari ni adalah orang yang adil. Dan dia seorang yang jujur.

Awal awal dah dia dah explain, apa yang dia tulis dalam kitabnya semuanya adalah disampaikan oleh orang sebelumnya. Dia cuma meriwayatkan seperti mana yang telah disampaikan kepada dirinya Sahaja. Dia dah declare awal awal dah supaya nanti orang yang terkemudian harus semak apa yang di tulis olehnya. Ini adalah method penulisan dia.

Sebab tu kadang kadang, kalau korang baca kitab kitab lama atau lebih tepat kitab At Tabari ni, korang akan perasan beberapa kisah yang Nampak sama tapi tak sama. Dan ada kadang kadang kisah tu sama, tapi di tokok tambah berlebihan sehingga kadang kadang kita rasa macam, mana satu eh yang betul ni? Haa lebih kurang macam tu la.

Senang cerita, the easiest way to say, kisah kisah dan periwayatan dalam kitab At Tabari ni macam bahan mentah lah. A raw material. Dan raw material ni, kena define lagi. Kena diperhalusi lagi, cerita cerita dan kisah kisah yang dinukilkan. Kena perhalusi lagi tentang siapa yang meriwayatkan kisah kisah ni hinggalah kita boleh dapat kisah yang diyakini sahih.

Dan ulama ulama terdahulu sebenarnya terlalu banyak jasa mereka, hinggalah kita boleh kita boleh mendapatkan gambaran yang jelas tentang periwayatan kisah kisah tersebut. Hinggalah mereka dapat menapis perawi, atau orang yang meriwayatkan kisah ini adakah seorang yang jujur atau sekadar orang yang suka suka menambah cerita.

Sebagai contoh, kisah yang disampaikan oleh abu miknaf dan juga oleh al waqidi. Mereka adalah contoh perawi syiah. Macam aku explain sebelum ni, ada beberapa kisah yang direkodkan oleh At Tabari oleh beberapa orang dan kisah yang sama disampaikan oleh abu miknaf. Dan kisah yang diriwayatkan oleh Abu Miknaf ni terlalu berlebihan berbanding dengan kisah yang sahih yang diriwayatkan oleh imam bukhari.

So kalau ada dua orang yang ceritakan benda yang sama, seorang yang jujur dan seorang yang diketahui menokok tambah cerita, maka kita akan pilih yang mana? Of course kita akan pilih untuk mendengar dari orang yang dipercayai, betul tak? Sebab berita dari dia lebih benar dan dia sendiri adalah orang yang dipercayai berbanding orang yang menambah cerita untuk jadi sedap didengar. Betul tak?

Tetapi, benda ni tidak berlaku. Bila orang yang kurang ilmu membaca kitab At Tabari lebih lebih lagi orang syiah, mereka lebih cenderung memilih kisah yang dibawa oleh abu miknaf dan al waqidi ni tanpa menyemak pun kesahihan berita atau kisah yang di sampaikan.

Jadi banyak, literally sangat banyak kisah yang terlalu berlebihan. Itu tak masuk lagi hadis palsu. Hingga keseluruhan sahabat Baginda Nabi tu terlihat seolah olah terlalu jahat kecuali segelintir yang sedikit. Tidak mungkinlah sahabat yang ditarbiah di tangan Baginda sendiri dan di iktiraf didalam Al quraan menjadi begitu teruk setelah kewafatan Baginda Nabi. Betul tak?

So korang Nampak tak kesan kalau korang sekadar baca dah muntah? Ataupun sekadar baca dah sebar without a moment to pause dan berfikir? Sebab tu bagi aku, perlu ada buku buku atau kitab iringan dalam mendalami disiplin sejarah Islam. Sebab bagi aku sejarah Islam ni unik. Tak sama macam sejarah lain. Kesahihan itu boleh disemak dengan ilmu hadis itu sendiri.

Of course la ilmu hadis ni lagi atas dari ilmu Sejarah. Sekurang kurangnya, dengan mengkaji peribadi orang yang menyampaikan Sejarah, kita boleh dapat glimpse sedikit sebanyak tentang kesahihan atau ketulenan Sejarah tersebut.

Weh.. panjangnyaaaaa.. Aku tak start lagi cerita ni. Haha. Tapi aku rasa, aku perlu explain kot. Sebab dulu aku pernah baca kisah tentang perang jamal kat Facebook yang aku rasa sangat sangat out of context. Hingga kita boleh beralih pandangan terhadap para sahabat. Boleh pandang serong. Which is aku tak agree la. Dah la banyak share. Beribu. Bahaya weh… Siyes bahaya. Sebab kita ahli sunnah wal jamaah. Kita sayang sahabat sahabat nabi. Kita tak cerca mereka.

Sahabat Nabi ni di iktiraf sendiri oleh Allah didalam Al quraan sendiri. Allah sendiri iktiraf, bukan korang. Bahkan banyak hadis yang sahih tentang keutamaan sahabat sahabat Baginda Rasul. Yang ni buku tulisan Dr. Maza memang sangat elok untuk korang baca.

Korang nak bergaduh pasal wahibi ke ape tu, terpulang pada korang la. Yela, korang kan terpaling islam dari orang islam yang lain? Amik la amik. Orang lain ni less Islam kan? Kehkehkeh. But then again, this is serious. Enough with labelling. Kita manusia manusia biasa. Ada salah ada silap. Okay?

Dah dah… Jom Start. Sampai mana tadi? Haa.. Saidina Uthman Ibnu Affan. Jadi Saidina Uthman menjadi Khalifah dunia Islam ni pada tahun 644 sehinggalah tahun 656. So lebih kurang dalam tempoh 12 tahun setelah terbunuhnya Saidina Umar. Dan korang tahu tak, masa ni Islam dah berkembang dah. Besar dah, bukan sekadar di Madinah dan Mekah.

Dalam tempoh beberapa tahun setelah Baginda Rasul wafat, islam dah menyebar jauh dah sehingga menjatuhkan kerajaan kerajaan yang besar pada waktu itu. Haa.. Kerajaan apa yang besar tu? Kerajaan Parsi atau Persia dan Juga kerajaan Rum.

Tapi bukanlah sekali gus. Sebab wilayah wilayah mereka besar dan map zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang yang terbahagi cantik. Dan sebenarnya pertembungan dengan kerajaan Rum pun dah ada semasa zaman Baginda Nabi hidup lagi. Sebagai contoh peperangan Tabuk. Antara Islam dan Rum.

Dan antara kisah yang terkenal sebagai contoh, adalah ketika Saidina Umar menaklukkan baitul maqdis, beliau sendiri datang ke Baitul Maqdis untuk menerima penyerahan kota Jurusalem oleh Sophronius itu sendiri. Umar hanya datang berdua je, dia dengan PA dia naik unta. Itu pun bergilir gilir. Ini nak menunjukkan Islam dah besar dah masa tu walaupun setahun jagung. Parsi ditumbangkan, Baitul Maqdis juga ditawan. Dan Umar tetap Umar.

Walaupun Umar ini adalah seorang pemimpin yang besar pada waktu itu. Pemilik Empayar. Empayar Islam. Tetapi Umar tetap dengan kezuhudannya. Kalau zaman sekarang ni boleh diibaratkan Umar itu macam Presiden Amerika lah. Sebab timeline tu tak banyak empayar yang ada waktu itu. Dan Empayar yang ada pun dah ditewaskan atau dikalahkan dengan kebangkitan Islam.

Kisah umar ni kalau kita baca, kadang kadang kita macam tak boleh brain taw betapa tawaduk nya Umar. Semua yang dia buat Lillahi taala. Allah dan Rasul. Sebab tu aku tak boleh terima extrimis syiah dalam mengkafirkan Umar dan sahabat yang lain. Bagi aku melampau la.

Baik, sambung dengan Uthman Ibni Affan. Setelah wafatnya Umar dibunuh oleh orang asing ketika mengimami subuh, Umar telah mewasiatkan pemerintahan empayar Islam ini kepada Uthman Ibni Affan. Dia sebenarnya takdelah wasiatkan direct, tetapi diberi beberapa nama untuk mengantikan khalifah. But im not going into detail for that. The point is, Empayar Islam dah besar dah masa ni. Dan Islam dah kaya dah. Of course la kaya, Parsi dah jatuh di tangan Islam.

Gelang Kisra di beri kepada Suraqah yang mengejar Baginda Rasul semasa berhijrah menunjukkan yang Islam dah kaya dah masa ni. Gelang Kisra atau Raja Parsi ni bagi kat rakyat biasa je, bukan pemimpin. Pemimpin tak pandang pun harta Raja Parsi ni. Sebab apa aku cerita semua ni? Bukan membebel ye. Supaya aku nak korang Nampak the whole picture. Sebab benda ni akan menjadi satu fitnah nantinya pada the next khalifah which is Saidina Uthman.

So long story short, Dalam zaman pemerintahan Saidina Uthman, berlakulah suatu fitnah yang besar terhadap umat Islam. Dan fitnah ni dah pun berlaku Ketika Saidina Uthman masih hidup lagi. Disebarkan fitnah fitnah yang banyak terhadap Uthman. Tentang Saidina Uthman terlalu kaya hingga menggunakan harta Baitul mal membesarkan masjid Nabawi dan sebagainya. Dan bahkan banyak lagi fitnah yang telah ditimbulkan dan ditujukan kepada Saidina Uthman.

Dan watak utama yang menimbulkan fitnah ini adalah Abdullah ibnu Saba. Watak Abdullah ibnu saba ni ada ye gais. Ada. Walaupun ada sesetengah orientalis dan pihak syiah sendiri menafikan kewujudan Abdullah ibnu saba, tetapi dari sumber Sejarah memang ada. Keduanya baik sunni atau syiah. Sebenarnya watak watak yang macam ni ada dan wujud dalam Sejarah dunia. Yang paling dekat sekali dengan kita adalah Hang tuah.

Orang boleh letak apa saja nama Hang tuah tersebut, sebab ramai yang meragui kewujudan Hang Tuah. Tetapi melalui teks Sejarah baik Sulatus salatin atau sumber sumber yang lain nya, batang tubuh Hang Tuah tu ada. Orang tak dapat nafikan laksamana Melaka itu ada, tercatat bukan sahaja sumber ketamadunan melayu itu sendiri, bahkan cross civilation juga seperti ketamadunan Jepun.

Sama juga tokoh Sejarah yang lain seperti Abu Muslim Al Khurasani. Digelar Al Khurasani ni sebab dia berasal dari Khurasan. Yang ni kita akan sentuh masa Abasiyah nanti. Tetapi digelar Abu Muslim Al Khurasani ni sebab dia adalah seorang Muslim yang berasal dari Khurasan. Batang tubuh tu memang ada. Letak lah nama apa pun. Kewujudan tu ada.

Jadi dalam entry ni, watak Abdullah ibnu Saba itu ada. Batang tubuh yang mencetuskan fitnah ini ada. Abdullah Ibnu Saba inilah yang mula mula mencetuskan fitnah terhadap kepimpinan Utsman. Diriwayatkan bahawa sebenarnya Abdullah Ibnu Saba ni adalah seorang yang yahudi dan memeluk Islam. Untuk pengetahuan yang lebih, yang tu aku mintak korang buat homework sendiri eh. Sebab kalau aku cerita dengan detail maka entry ni akan jadi panjang sangat.

Tapi aku short story je tentang peranan Abdullah Ibnu Saba ni. Peranan Abdullah Ibnu Saba ini sebenarnya adalah untuk menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan Islam pada waktu dan Ketika itu. Yelah, tugas dia adalah untuk cucuk jarum fitnah kerana ketidak puas hatian dia yang tidak diberi jawatan dalam pemerintahan. Wallahualam.

Tetapi tru out history, sebenarnya banyak je tamadun yang hancur kerana orang dalam sendiri. Betul tak? Contoh yang paling dekat, Melaka. Tapi tu adalah totally different entry lah nanti. Kalau ada masa kita cerita. Haish.. Banyak aku janji dengan korang ni. Haha.

Dan antara persoalan fitnah yang di bangkitkan terhadap Saidina Uthman sebagaimana yang aku sebutkan tadi.. di antaranya adalah tentang kekayaan Uthman. Sedangkan ramai je dah tau sebenarnya memang saidina Uthman ini seorang yang kaya dan berharta. Sejak zaman sebelum Hijrah lagi.

Tapi cuma gaya fitnah cucuk mencucuk ni orang suka. Its a fact. Zaman berzaman. Even zaman sekarang pun kalau korang tengok ada satu Negara tu bila ada orang bangkitkan persoalan – Eh, kita ni kan negara penjual minyak? Kenapa minyak mahal? Tak melenting ke orang ramai?

Melenting lah.. padahal sebenarnya kita tau je.. ada je sebab sebab atau kekangan kenapa harga minyak tersebut macam tu. Tapi tulah, benda sedap bercakap. Tambah perasa lagi dalam fitnah, kena pulak dengan jiwa muda. Pergh.. Berguling bai. Clean 2.0. haha

Sedangkan Saidina Uthman sendiri telah jawab dengan cara yang paling baik tentang fitnah yang dilontarkan terhadap beliau. Bahawa harta yang dibahagikan kepada ahli keluarganya adalah dari harta beliau sendiri. Beliau sendiri mengharamkan harta baitul mal untuk dirinya dan keluarganya.

Pembesaranan kandang unta dan sebagainya adalah kerana banyaknya zakat. Dan memang perlu untuk dibesarkan penempatan binatang ternakan tersebut. Ingat ni tanah melayu ke? Sewa bilik untuk dua orang, tapi yang masuk sekeluarga sepuluh orang. Eh? Aha. Ni contoh..

Tapi itulah, fitnah fitnah ini dah dijawab baik oleh Uthman sendiri. Bahkan banyak lagi fitnah fitnah dijawab dengan sangat sangat baik oleh Saidina Uthman. Tentang pembesaran Masjid Nabawi dan sebagainya. Memang keperluan masa tu sebab orang Islam dah ramai. Maka perlulah untuk dibesarkan Masjid Nabawi. Tetapi yang paling laku adalah fitnah pembakaran Al quraan. Benda ni memang laku.

Cara senang untuk dapatkan pengaruh adalah apa? Agama gais… Agama. Tak percaya? Korang beli topi, letak gambar selipar. Cakap untuk mengingati Baginda Rasul kerana bentuknya sama. Agak agak laku tak topi tu? Laku. Laku keras bai.. Tak kisah la topi ke ape ke, orang nak mainkan agama ni banyak alasan. Aiskrim sunnah lah Bagai, Minuman sunnah lah. Yang menariknya mereka ni kreatif. Contohnya diorang kata Nabi suka benda manis, dan Nabi suka benda sejuk. Jadi Aiskrim ni sunnah lah.. Sebab manis dan sejuk. Tak jem ke korang?

Sebab tu aku declare awal awal dalam setiap penulisan aku, aku bukan orang agama dan aku tak ada kepentingan pun dalam agama. I’m just a guy who like history. That’s all. Sembang kopi guy, not agamawan breed.

Dah sambung gais. Abdullah Ibnu Saba ni tahu dia susah nak dapat pengikut di Madinah. One of the reason sebab orang Madinah sendiri tak mudah untuk terpengaruh dengan berita bertia macam ni. Sebab tu dia telah menyebarkan fitnah fitnah ini jauh ke Kufah dan Basrah. Bahkan dia telah travel ke Syam atau Damsyik. Cumanya di Syam ni dia tidak dapat kumpul pengaruh. Sebab Muawiyah telah bertindak tegas dengan sesiapa yang yang menyebarkan fitnah ini.

Muawiyah ni memang salah satu tokoh Islam, dan sahabat to be precise yang hebat dalam ilmu politik. Hanya Muawiyah yang mampu menundukkan penduduk Syam. Sedangkan sebelum ini banyak dah Gabenor yang gagal mengawal penduduk Syam.

Tapi kalau korang baca Riwayat dari Abu Miknaf atau Al waqidi ni, korang akan Nampak seolah olah sahabat yang plan pembunuhan Saidina Utsman, sedangkan yang lebih sahih adalah peranan Abdullah Ibnu Saba sendiri. Ni kalau sesiapa yang baca dan muntah je apa yang dibaca tanpa berfikir, mau huru hara weh. Hancur nama baik sahabat. Sedangkan kita adalah orang yang sayangkan sahabat Baginda Rasul.

So long story short, Abdullah bin Saba Berjaya mengumpulkan pengikut pengikut. Dan mereka yang dari Mesir, Kufah dan Basrah ni pun bertolak ke Madinah untuk bertemu dengan Saidina Uthman. Mereka kata mereka ingin menunaikan Haji, sebab waktu ni memang waktu haji pun. Tetapi bila sampai ke Madinah, mereka melencong terus ke rumah saidina Utsman. Mereka inilah golongan golongan pemberontak. Mereka bertindak mengepung rumah saidina Utsman.

Masa ni, ramai sahabat sahabat yang besar telah bergerak ke Mekah. Maka Madinah ni memang lenggang. Tak ramai sahabat yang stay. Masa ni korang jangan bayangkan yang kepung rumah saidina Uthman tu sorang dua. Pemberontak ni beribu. Ramai. Mereka ingin mendapatkan penjelasan tentang fitnah fitnah atau gossip gossip liar yang mereka dengar. Biasalah, orang muda. Darah panas.

Dan Uthman menjawabnya dengan sangat baik. Segala permintaaan pemberontak ni diperkenankan, kecuali turun dari pemerintahan. Dan sebenarnya, ada sebab taw kenapa Saidina Uthman tak mahu tunduk pada permintaan yang satu ni. Ada sebab.

Oh lupa, dan pada waktu itu, berlakunya fitnah surat palsu. Dan surat palsu ni mengunakan nama saidina Uthman dan cop saidina Uthman. Cop Mohor la. Sebenarnya cop mohor Baginda Nabi la yang feymes tu. Tapi waktu ni memang cop mohor ni hilang. Yela, korang kena bayangkan taw zaman dulu lebih lebih lagi zaman Khulafa Ar Rasidin.

Pada waktu ni, orang bebas keluar masuk berjumpa saidina Uthman. Tak sama macam pemimpin zaman sekarang. Zaman sekarang, korang nak masuk pejabat Perdana menteri pun bukan semua orang boleh masuk. Tak caya? Cuba korang pergi Putrajaya, cakap nak jumpa PM jap. Nak sembang Pendidikan percuma. Boleh tak? Tak boleh bai..

Tapi zaman Saidina Uthman dulu lain. Sesiapa je, literally sesiapa je boleh masuk dan jumpa saidina Uthman. Tak perlu buat appointment pun. Datang, sembang kopi pun boleh. Sedangkan Saidina Uthman ni adalah pemimpin yang besar. Parsi pun dah tewas ke tangan Islam dah pun waktu ni. Ibarat macam presiden Amerika. Tapi with no body guard, no procedure, no nothing. Dan diriwayatkan memang cop mohor dia hilang. Siapa yang curi, Wallahualam.

Tetapi dengan keadaan ofis atau rumah dia yang bebas keluar masuk berjumpa dengan pemerintah, maka tidak mustahil cop itu telah hilang di ambil oleh mereka yang berniat jahat. Yela, dulu rumah tu lah ofis dia. Dulu utusan Rum yang berjumpa saidina Umar pun terkejut, di mana Istana Umar? Inikah pemimpin yang menewaskan Parsi? Itulah kempimpinan khulafa Ar Rashidin, dan sekarang tiada siapa pun yang mampu mencontohi kepimpinan yang begini.

Dan sebenarnya Saidina Uthman pun dah declare dah, dah clearkan dah fitnah surat palsu ni. Bahawa bukan beliau yang menulisnya. Tapi puak puak pemberontak ni still tak puas hati. Mereka biadap terhadap khalifah mereka. Mereka mengepung rumah saidina Uthman.

Hingga satu tahap, mereka block air untuk masuk ke rumah saidina Uthman. Dan perkara ni sangat menyedihkan. Sebab telaga sumber air tu, dibeli oleh saidina Uthman sendiri untuk kegunaan umat Islam di Madinah. Betapa tergamaknya pemberontak pemberontak ni.

Korang.. kalau korang tak boleh imagine, aku bawakkan contoh yang dekat dengan kita. Dulu betapa ramai yang termakan hasutan sehingga berguling di jalanan. Walaupun beberapa perkara telah dijelaskan, tetapi kita tetap ingin ubah. Lebih kurang sama lah dengan cerita zaman itu. Cuma bezanya dulu tak ada whatsapp atau facebook. Kata kata orang yang disampaikan dan dari dihasut dari mulut ke mulut ni berakar umbi.

Dan kalau korang perasan, waktu tu memang anak muda ni haluan kiri lah orang kata. Nasib baik la orang tua tua ni, bagi aku sifat sabar dan wisdom tu ada. Samalah macam zaman ketika fitnah saidina Uthman meluas. Orang madinah tak dan pun nak termakan hasutan. Tetapi geng geng anak muda dari kufah, basrah dan mesir inilah yang termakan hasutan.

Sedangkan khalifah dah jelaskan panjang lebar, tetapi berapa ramai yang akan sebarkan penjelasan khalifah? Berapa ramai yang akan jelas penjelasan yang telah di sampaikan Uthman? Dan sebab itu pemberontak yang telah termakan hasutan ni, susah nak come back to sense. Korang pun selagi tak tukar, selagi tu tak puas hati kan? Kehkehkeh. Ni contoh, bagi senang faham. Bukan untuk bergaduh.

Dan sebenarnya, para sahabat yang masih tinggal di Madinah telah pun bertungkus lumus ingin mempertahankan Uthman. Bahkan mereka datang dengan pedang yang terhunus untuk mempertahankan Uthman. Tetapi Uthman sendiri yang halang. Uthman sendiri yang tak bagi dirinya dipertahankan. Saidina Uthman telah mengunnakan Ultimatum dalam hal ni – Bahawa sesiapa yang menganggap dia khalifah, pemimpin Umat Islam, hendaklah berlepas diri dalam mempertahankan dirinya. Ali, Hasan, Husin, Talhah dan Zubair mereka ni memang ingin mempertahankan khalifah.

Tetapi bila Uthman sendiri yang menghalang dan mengunakan kuasa khalifah, bahawa sesiapa yang melanggar arahannya maka mereka derhaka terhadap khalifah, maka apa lagi yang mereka mampu buat? Siapa kata tak risau. Risau, dan bimbang. Tetapi tangan mereka terikat. Amat tidak adil untuk Syiah mengatakan sahabat yang lain bersubahat dengan tidak mempertahankan Uthman.

Sedangkan para sahabat inilah yang bersungguh mempertahankan Khalifah. Kalau korang kata, Rebel jelah. Tak perlu dengar kata Uthman. Yang penting pertahankan Uthman supaya nanti Khalifah tak terbunuh. Kan? Tapi kalau rebel tu, yang tu korang lah. Siap dengan bersih 2.0, 3.0 bagai. Haha. Tapi ini adalah sahabat Baginda Rasul. Sami’na wa a’tona- kami dengar, kami taat. Dan Saidina Uthman ini adalah khalifah atau pemerintah yang sah dan wajib untuk ditaati.

Maka apa yang mampu mereka lakukan waktu itu adalah mendengar dan taat perintah khalifah. Oh, Bear in mind eh, masa ni waktu haji. Tak ramai orang atau pun sahabat yang besar yang ada di Madinah waktu ni. Dan sahabat yang ada di Madinah waktu ini adalah mereka yang sangat taat.

Sebenarnya perkiraan Uthman sangat dalam. Saidina Uthman tidak mahu tertumpahnya darah ke atas tanah yang dicintai Baginda Rasul. Baginda Rasul sayangkan madinah. Banyak hadis hadis tentang keistimewaan Madinah. Dan banyak hadis tentang kecaman sesiapa yang menyakiti Madinah. Dan Saidina Uthman tak mahu itu. Dia tidak mahu menyakiti Madinah yang padanya ada jasad Baginda Rasul. Saidina Uthman sayangkan Madinah sebagaimana Baginda Rasul sayangkan Madinah.

Sebenarnya kalau korang baca Sejarah, nanti akan ada satu masa berlaku pertumpahan darah di Madinah didalam peristiwa Al-Harrah. Cuma untuk kali ni aku tak sentuh sampai begitu dalam. Sebab fokus kita Turki Uthmaniah kan? Eh, tapi apa kena mengena dengan cerita Saidina Uthman ni dengan Turki ni? Hehe. Don’t worry, nanti aku explain. Ada kena mengena. Sebab aku jenis suka tengok the whole picture. Aku ceritakan supaya korang boleh tengok the whole picture.

Supaya korang faham, macam mana Syiah ni boleh terbentuk hingga menjadi ancaman terbesar untuk Turki Uthmaniyah. Masa zaman Saidina Uthman ini, syiah tak terbentuk lagi eh. Sebab bagi aku kalau kita tidak tahu asal usul sesuatu perkara, maka akan susah untuk kita memahami dan berlapang dada. Jumud? Ya.. maybe that’s the word. Without a bigger picture, Kita akan terlalu jumud dalam sesuatu perkara.

Dah jom sambung cerita. Maka setelah melakukan pengepungan yang lama, para pemberontak ini dah semakin buntu. Yelah, fitnah mereka dah dijawab baik dengan saidina Uthman. Mereka dah takde point pun sebenarnya nak kepung. Dan mereka sebenarnya memang tiada outcome atau hasil yang mereka harapkan. Saidina Uthman pun tidak mahu menyerahkan kepimpinan atau kekhalifahan seperti para pemberontak harapkan.

Ada sesetengah orientalis yang memberikan kritikan, kenapa Saidina Uthman tidak bagi je kempimpinan seperti yang mereka harapkan? Lagipun bukan kepada orang lain. Para pemberontak ini mahukan Ali atau Talhah atau Zubair untuk menjadi khalifah. Bukankah kepada para sahabat juga? Betul tak? T

etapi perkara ini dah dijawabpun oleh ramai ulama, kerana jawapan bagi persoalan ini adalah pada hadis baginda Nabi sendiri kepada Uthman tentang satu hari nanti, akan datang golongan pelampau yang akan memaksa Uthman untuk melucutkan pakaian Khalifah pada dirinya. Dan Baginda rasul dah berpesan supaya jangan tunduk kepada tuntutan para munafikun tersebut. Dan itulah diantara sebab mengapa Saidina Uthman menolak permintaan para pemberontak tersebut.

Korang kena tahu, Saidina Uthman ni orang nya lembut. Dia sahabat Baginda Rasul, dan Saidina Uthman sayang akan Baginda Rasul. Kerana itu, apa yang Baginda Rasul pesan.. Saidina Uthman pegang erat erat. Walaupun nyawa sendiri yang menjadi taruhan.

Jadi, setelah para pemberontak buntu tak tahu nak buat apa, maka terjadilah sesuatu yang sangat menyedihkan Dimana berlakunya pembunuhan Saidina Uthman.

Yelah, musim haji masa tu dah nak habis. Sahabat sahabat yang lain dalam perjalanan balik ke Madinah. Tentera tentera kerajaan ni dah on the way balik. Kalau mereka balik dengan keadaan para pemberontak ni masih mengepung rumah saidina Uthman, maka of course la para pemberontak ni akan kena ligan kerana mengepung rumah Khalifah. Para tentera official ni mesti akan protect khalifah dan mereka ni mesti habis punya.

Maka dengan keadaan yang mendesak, dengan keadaan mereka pun buntu nak buat apa lagi, maka mereka masuk kedalam rumah Saidina Uthman. Sesetengah riwayat mengatakan pintu rumah Saidina Uthman dibakar, Saidina Uthman di pukul dengan besi, dicekik dan ditebas tangannya. Sedih bila kita baca tentang kisah Saidina Uthman dibunuh. Ketika Saidina Uthman berkata ketika tangannya ditebas, Demi Allah.. Itu adalah tangan yang pertama menulis surah surah pendek.

Maka akhirnya pada bulan Jun 656 atau bulan Zulhijjah Tahun 35 Hijrah, Saidina Uthman wafat dibunuh oleh Al Maut Al Aswad. Tumpahnya darah Saidina Uthman di bumi Madinah yang dicintai Baginda Rasul. Untuk kisah yang detail, yang ini aku mohon korang lakukan homework sendiri eh. Cuma dari segi timeline harap korang follow la eh. Baginda Nabi lahir 570 dan Baginda Nabi wafat dalam lebih kurang 632. Jadi lebih kurang 20 tahun selepas itu terbunuhnya Saidina Uthman.

Jadi apakah kesan dari pembunuhan Saidina Uthman ini? Kesannya berlakulah fitnah pertama dalam dunia Islam. Masa ni aku nak korang bayangkan, bahawa yang meninggal atau wafat ini adalah satu figure yang besar. Pemimpin empayar yang besar. Kalau boleh disamakan dengan zaman sekarang, macam presiden Amerika lah. Kalau presiden mati dibunuh, maka itu adalah berita yang besar.

Dan pada waktu itu, tak sama macam sekarang. Dimana ada banyak media masa yang boleh menjelaskan keadaan dan menyampaikan kepada public supaya bertenang. Masa tu tak ada. Yilek. Cuma cakap cakap mulut. Masih lagi secara manual. Jadi apabila mereka telah membunuh Saidina Uthman, maka pemberontak ni bingung. Mereka harus cari kambing hitam untuk mengantikan Khalifah.

Mereka pergi ke Zubair, Ali dan Talhah untuk memaksa mereka menerima kekhalifan. Senang cerita untuk clean up the mess yang mereka sendiri dah buat. Dan of course, para sahabat ni menolak. Dan yang lebih teruk, mereka mengugut untuk melakukan pertumpahan darah kalau tidak ada sahabat yang mengantikan tempat Uthman.

So dalam terpaksaan dan dalam keadaan berat hati, Ali menerima tanggungjawab sebagai Khalifah setelah dipujuk oleh Talhah dan Zubair. Kata Saidina Ali, aku tidak lebih jahil dari kamu. Maksudnya kat sini, Saidina Ali pun tidak tahu siapa pembunuh Saidina Uthman Ketika itu untuk melakukan hukuman qisas.

Cop, nak pause sekejap. Aku nak bawak korang berimaginasi sekejap. Korang kena bayangkan pada waktu itu hanya ada desas desus. Cakap cakap mulut. Banyak salah faham yang timbul waktu ni. Perasaan ingin tahu tentang apa sebenarnya terjadi masih menebal. Dan tak ramai yang tahu apa yang sebenar benarnya yang terjadi pada waktu itu. Contohnya lah, bila berlaku eksiden di highway, mesti orang tertanya tanya, apa yang berlaku? Siapa yang salah? Macam mana boleh berlaku.

Jadi samalah pada waktu itu, tak ada orang pun yang ada jawapan yang concrete. CCTV pun takde. Bahkan saksi pun bukan senang nak cari. Sebab hukuman Qisas ni bukan simply tangkap dan bunuh. Perlu di cari beberapa saksi yang adil dan beberapa perkara yang harus dipenuhi.

Dan sahabat yang ada pada waktu itu, bukan mereka sendiri lihat dengan mata kepala mereka tentang peristiwa yang terjadi. Sebab yang membunuhnya beberapa orang, tetapi yang mengepung rumah saidina Uthman ini beribu. Mana nak cari siapa yang bunuh? Betul tak? Maka dengan situasi dan keadaan yang macam tu, bagaimana Saidina Ali ingin membuat Keputusan? Bagaimana saidina Ali ingin menangkap pembunuh Uthman?

Saidina Ali menjadi khalifah pada waktu dan keadaan yang begitu. Pada keadaan yang benar benar mendesak. Ali tidak menjadi Khalifah pada waktu yang aman dan tiada konflik ye. Ali di baiah Ketika keadaan dan situasi yang sebegitu desperate. Ketika kacau bilau dari pembunuhan Uthman masih baru terjadi.

Dan pada waktu ini, pemberontak masih ada lagi di Madinah. Dan apa yang terjadi masih lagi kabur.. Tidak tahu. Masa tu bukannya ada FBI yang boleh amik thumb print, buat test DNA. Sekarang pun dah test DNA yang sahih pun boleh terlepas dimahkamah, apatah lagi zaman dulu. Maka memang berat ujian Saidina Ali sebagai khalifah.

Bukan mudah perkiraan dan pertimbangan Saidina Ali pada Ketika itu. Tambahan pula askar askar atau pun orang yang menunaikan haji dah balik ke Madinah. Dan mereka yang baru balik ni pun terpinga pinga dengan apa yang terjadi. Yang lebih mengeruhkan keadaan, para pemberontak yang mengepung rumah saidina Uthman itu menyelinap masuk kedalam jemaah jemaah haji yang baru tiba.

Korang boleh bayangkan tak, dengan keadaan para jemaah haji yang ramai dan baru balik madinah ni masih tertanya tanya apa yang terjadi, pemberontak ni pulak blend in bersama sama dengan mereka dan play victim seolah olah mereka pun tak tahu apa apa. Benda ni mengeruhkan lagi keadaan waktu itu dan memang menyukarkan lagi untuk Saidina Ali mencari pembunuh Saidina Uthman.

Jadi pada waktu ini, umat Islam berpecah pada tiga golongan. Pertama, yang berpendapat pada waktu dan ketika itu hukuman itu perlu ditangguhkan sehingga keadaan yang mengizinkan sebagaimana pandangan Saidina Ali. Kedua, yang berpendapat harus disegerakan hukuman terhadap pelaku pembunuh Saidina Uthman. Dan ini adalah pendapat Talhah dan Zubair. Dan ketiga, yang berkecuali. Kira tak amik port.

So long story short, ada dua benda yang terjadi.. pertama, Saidina Ali telah memindahkan pusat pentadbiran dari Madinah ke Kufah. Kufah ni di Iraq ye. Macam Malaysia dulu la, dari Kuala lumpur ditukar kepada Putrajaya. Mungkin Saidina Ali punya Ijtihad, beliau tidak mahu melibatkan Madinah, tempat kesayangan Nabi di dalam kancah kacau bilau yang berlaku ketika itu. Dan mungkin juga, Saidina Ali ingin menangkap atau menghukum pembunuh Saidina Uthman di tempat mereka sendiri, iatu di Kufah. Atau supaya senang cerita, mudah untuk Ali menyiasat tentang konspirasi pembunuhan Saidina Uthman. Wallahualam.

Benda yang aku tak tau, aku cakap tak tau la. Tak nak la buat cerita. Tetapi, sesuatu yang menarik kalau korang baca kitab kitab lama ni, adalah tentang kritikan kritikan yang diberikan oleh Saidina Ali sendiri terhadap penduduk Kufah. Walaupun ada yang berbeza pendapat dengan Riwayat tersebut, tapi ada kritikan terhadap penduduk Kufah bahkan dari Saidatina Aisyah, Isteri Nabi sendiri. Kalaulah korang baca tentang pengkhianatan penduduk Kufah pada Saidina Hussin, mungkin korang akan faham.

Weh gais gais… Aku rasa panjang dah aku menaip ni. Korang boleh lagi ke hadam? Banyak sangat tak aku hambur ni? Aku macam nak go sampai ke Karbala. Tapi tapi.. Macam Panjang je. Adoi la.. Tapi takpe, sikit je lagi. Bear with me okay.

So yang kedua adalah Talhah dan Zubair telah keluar ke Mekah berjumpa dengan Ummul Mukminin, which is Aisyah, Isteri Nabi. Sebenarnya mereka telah keluar meminta izin Ali untuk menunaikan Umrah ke mekah. Saidatina Aisyah memang ada kat mekah waktu ni. Kan sebelum ni semasa Saidina Uthman dibunuh adalah pada musim haji. Maka Aisyah pada waktu ini memang berada di Mekah. Cuma orang hold dia tak bagi dia balik Madinah. Yelah, sebab Presiden dah mati dibunuh, maka kenalah secure timbalan presiden. Betul tak? Lebih kurang macam tu lah analoginya.

Tetapi perkhabaran Saidina Uthman dibunuh dengan Zalim ini dah merebak dah. Dan merata dan berita ini sampai ke telinga Aisyah. Maka Aisyah pun penasaran, tertanya tanya tentang pembunuh Saidina Uthman, kenapa masih tidak dilakukan Qisas. Sebenarnya Saidatina Aisyah sendiri tak tahu apa yang terjadi waktu ni. Dia tidak tahu keadaan yang berlaku kat Madinah. Kan tidak sama orang yang merasai dan tidak sama orang yang mendengar.

Kita dengar orang Gaza diserang sambil minum kopi tak sama sama dengan orang Gaza sendiri yang dibedil dengan puluru. Samalah macam ni. Senang cerita, Aisyah tidak dapat the whole picture tentang apa yang berlaku. Zaman dulu whatsapp pun takde. Kita yang ada whatsapp pun kadang kadang boleh berlaku misunderstanding. Betul tak?

Jadi setelah sampainya Talhah dan Zubair di Mekah, mereka bertemu dengan Saidatina Aisyah dan berbincang untuk berjumpa Ali di Kufah. Niat mereka baik. Mereka hanya ingin membantu Saidina Ali dan ingin meminta penjelasan dari Ali tentang hukuman Qisas pembunuh Saidina Uthman. Itu je. Mereka tidak berniat untuk menentang Saidina Ali pun. Mereka memang nak membantu je. Maka berangkatlah Saidatina Aisyah, Talhah dan Zubair menuju ke Basrah.

Tuan tuan, kalau lah ibu orang yang beriman atau pun Ummul mukminin dah bergerak menuju ke Basrah, takkanlah anak anak atau orang Islam ni tak ikut, betul tak? Aisyah Ini nama besar ni. Ummul Mukminin. Ibu orang yang beriman, isteri Baginda Rasul. Yang meriwayatkan banyak hadis. Of course lah bila Aisyah berangkat, ramai yang akan ikut. Maka ramailah orang Islam yang mengiringi Saidatina Aisyah menuju ke Basrah.

Jadi apabila Saidina Ali mendengar tentang perkhabaran ini, Ali mempersiapkan tenteranya untuk bertemu dengan rombongan Aisyah. Ali mempersiapkan tenteranya bukan untuk berperang, tetapi untuk mengawal keadaan dan juga untuk menjaga keselamatan Saidatina Aisyah. Yelah, masa ni golongan pemberontak masih bebas, pembunuh saidina Uthman pun masih belum ditangkap.

Jadi pertimbangan Ali, adalah membimbangkan jika pemberontak merancang melakukan sesuatu pada Saidatina Aisyah. Bahkan Saidina Ali pun menyebutkan kedatangannya bukan untuk memerangi Saidatina Aisyah. Tetapi kedatangannya sebagai seorang khalifah dan perlunya ada barisan tentera untuk mengawal keadaan.

Jadi setelah kedua dua pasukan sampai di Basrah, Saidina Ali telah menghantar Qa’qa bin Amru untuk bertemu pasukan Aisyah, Zubair dan Talhah. Dan dalam pertemuan ini, Aisyah menegaskan bahawa kedatangan mereka Cuma ingin membantu Ali dan meminta untuk dipercepatkan hukuman Qisas terhadap pembunuh Uthman. Maka jawab Al Qa’qa, wahai Ibu, ibu sudah pun beberapa hari di Basrah. Dapatkah ibu menangkap pemberontak dan pembunuh Saidina Uthman? Demikian tidak mudah bagi Ali.

Perkara ini serahkan lah kepada Khalifah untuk menyelesaikan nya. Maka Saidatina Aisyah menerima jawapan Qa’qa dan berlapang dada. Mereka sepakat untuk menyerahkan kepada Saidina Ali tentang perkara pembunuhan Saidina Uthman. Biarlah Ali sebagai Khalifah mencari dan melaksanakan Qisas kepada pembunuh Uthman.

Jadi, apabila persetujuan telah dicapai, things has been cleared, segala yang kabur dah pun terang, Maka, Saidina Aisyah, Talhah dan Zubair pun menjelaskan kepada orang orang yang bersama mereka itu tentang kesepakatan menyerahkan urusan itu kepada Saidina Ali. Kira diorang dah suruh pack untuk balik semula ke Mekah.

Cumanya korang kena faham, zaman dulu orang musafir tak sama macam sekarang. Sekarang, orang tekan minyak sampai ke destinasi. Kalau jauh pun, mungkin bermalam di hotel. Tetapi musafir zaman dulu tak sama. Lebih lebih lagi padang pasir, musafir mereka dengan unta.

Jadi mereka bermalam dan setup camping mereka sebelum meneruskan perjalanan kembali ke Mekah semula. Sama juga di pihak saidina Ali, mereka bermalam sementara ingin Kembali ke Kufah. Jadi, pasukan Saidatina Aisyah dan juga Pasukan Ali bermalam di Basrah.

Ingat tak tentang Abdullah Ibnu Saba? Seperti yang diketahui, Abdullah ibn Saba ni ada ramai pengikut. Dan mereka sebenarnya tak mahukan perdamaian ini. Of course, sebab ini bukan objektif mereka. Objektif mereka adalah untuk memecah belah kan Umat Islam dari dalam. Dan diriwayatkan mereka ada dua ribu lima ratus orang. Mereka ada bersama pasukan Saidina Ali yang datang bersama ketika perjumpaan dengan Saidatina Aisyah.

Jadi setelah Keputusan tidak memihak kepada geng Abdullah Saba ni , mereka berunding sesama mereka tentang next course of action. Apa yang mereka nak buat. Sebab mereka merancangkan pemberontakan untuk Umat Islam berpecah, bukan bersatu. Dan tambahan pula, kalau Ali meneruskan lagi siasatan, mungkin mereka akan ditangkap. Maybe kes ni dah nak selesai dah. Jadi mereka merancangkan sesuatu yang keji.

Haa.. perancangan apa tu? Ini kalau korang main game asassin creed, mungkin korang boleh faham dan relate sikit kot. Haha. Bear in mind, perancangan oleh geng geng Abdullah bin Saba ni real eh. Perancangan ini memang betul ada. Mereka betul betul merancangkan sesuatu untuk memecah belahkan umat Islam. Dan perancangan ni memang sangat dirty trick lah orang kata.

Oh.. By the way, saja nak petik fun fact. Game Asassin creed tu sebenarnya pun di ambil dari inspirasi cabang fahaman syiah, Hasyasyin. Yang tu kita akan sentuh nanti. Tapi modus operanti ni lebih kurang sama la, untuk inflict rasa takut kepada dua dua belah pasukan. Kalau dulu pada pasukan templar, dan juga pasukan Salahudin Al ayubi. Tetapi dalam kes ni, pasukan Ali dan Aisyah. But in some sense, I have to agree yang syiah ni pandai berpolitik. Syiah pun terhasil dari perbezaan politik yang akhirnya berakar ke akidah.

Okay sambung.. Jadi apabila waktu malam tiba, mereka merancang untuk masuk ke dalam kedua dua pasukan. Pasukan Aisyah dan Pasukan Ali. Kira bahagi dua la. Dan dalam kedua dua pasukan ni, ada golongan pemberontak. Korang kena ingat tau, pada zaman dulu askar tak ada nombor badan. Tidak ada something yang orang boleh identify, oh dia ni koperal. Dia ni Sarjan.. yang ni prebet je. Mereka hanya terpisah dengan beberapa khemah je, dan golongan penghasut Abdullah Saba ni bebas keluar masuk diantara dua kem ni.

Long story short, bila semua dah lena tidur dan dibuai mimpi, atau senang cerita drop the guard down, masa inilah geng geng pemberontak Abdullah Saba ni mulakan penyerangan antara satu sama lain. Antara geng mereka sendiri. Sebab mereka kan dah ada dekat dua dua side. Dalam keadaan yang terkejut, suasana jadi haru biru. Ali menyangka Pasukan Aisyah melakukan serangan, Aisyah menyangka kumpulan Ali yang memulakan serangan.

Dalam waktu yang panik ini, pada zaman dulu mana ada phone call nak clarify ke ape. Mana ada speaker untuk bagitau supaya berhenti. Tahu tahu orang dah menyerang antara satu sama lain. Maka yang lain agak agak akan berdiam diri ke? Yang lain lain akan berdiam ke dengan fake war yang geng pemberontak ni buat?

Of course mereka juga akan mengangkat senjata untuk mempertahankan diri sendiri. Sebab mereka tidak tahu apa apa. Bangun bangun tidur je tiba tiba je bertukar menjadi suasana perang. Of course mereka akan defend diri sendiri.

Orang arab ni gais, mereka sentiasa bawa sebilah pedang untuk kegunaan mereka. Bukan pedang untuk perang tu, tetapi pedang mereka lakukan penebasan dan sebagainya lah. Macam perang badar lah. Bukan pergi untuk berperang. Tapi untuk memintas rombongan je. Tetapi akhirnya menjadi peperangan. Berbekalkan dengan pedang harian, bukan pedang peperangan. Sama lah dalam peperangan ini. Jadi pertumpahan darah memang tak dapat dielakkan. Memang haru biru. Masa tu tak tahu siapa yang ingin diserang, dan untuk apa berperang. Inilah fitnah.

Setiap orang hanya tahu untuk mempertahankan diri je. Di tengah tengah sekumpulan orang yang tengah melibas pedang, agak agak kalau kita, kita diam je ke? Itulah situasi pada waktu itu. Perkara paling pahit dalam Sejarah Islam. Apabila orang Islam berperang dengan orang Islam sendiri. Bahkan Talhah dan Zubair terkorban dalam peperangan ini. Cuma aku tak go into detail sangat. Dan dalam perang ini, Saidatina Aisyah telah jatuh dari untanya setelah untanya tertusuk tombak. Dan kerana itu perang ini diberi nama perang Jamal. Atau perang unta.

Dan of course, outcome perang Jamal ni amat menyedihkan. Tentulah pasukan Aisyah kalah teruk sebab pasukan Aisyah bukan pasukan tentera dengan kelengkapan tentera. The loss is heavy. Talhah dan Zubair terbunuh. Tangan yang sepatutnya membela agama Allah dari tangan Kuffar, tewas di tangan orang Islam sendiri. Saidina Ali sangat sedih dengan apa yang terjadi. Di dalam kekeliruan apa yang baru terjadi, saidina Ali mengungkapkan – Alangkah baik jika aku mati dua puluh tahun yang lepas. Saidina Ali sangat sangat sedih dengan apa yang terjadi.

Gais.. Aku rasa aku akan stop sampai sini dulu. Sampai perang Jamal dulu. Next aku akan sentuh lagi sedikit tentang perang Jamal, outcome dari perang jamal dan kemudian aku akan sentuh tentang perang siffin dan bagaimana persetujuan untuk melakukan majlis Tahkim. Dan dari sinilah akan terbentuknya golongan Syiah dan Khawarij. Yang tu aku akan cover sikit lagi on the next entry.

But of course, macam aku explain panjang lebar, kalau korang nak tahu lebih, korang boleh lakukan pembacaan sendiri. Rujukan aku dah pun tulis, tinggal korang rajinkan diri baca dan semak. And aku pun sebut banyak kali, aku bukanlah orang agama. But history is history. Telah berlalu kisah umat yang terdahulu dan mereka dengan apa yang mereka kerjakan.

Mungkin korang boleh refer pada orang yang betul betul ahlinya dalam kisah sejarah Islam. Kalau apa yang aku tulis ni salah, itu adalah dari kesilapan aku sendiri. Sebab kekurangan aku sebagai seorang manusia yang terlalu banyak kelemahan. Jangan risau, aku memang banyak kelemahan. Percayalah, korang lagi banyak kelebihan dari aku. Aku amik siap siap apa yang buruk tu. Yang buruk its all mine, aku amik semua. Dan terima kasih kalau ada yang sudi baca sampai habis.

Last.. Penting untuk aku ingatkan pengangan kita sebagai Ahli sunnah Wal jamaah yang sayangkan Baginda Rasul dan sahabat sahabat baginda. Jangan sampai kita mercerca para sahabat. Aku kan kadang kadang macam tak boleh nak brain tau. Orang yang hidup dalam golongan ahli sunnah wal jamaah, tapi masih nak berpegangan syiah. Mengkafirkan para sahabat. Ko bukan lahir dah hidup kat Iran seyh. Why lah bermati matian mengutuk sahabat Nabi.

But then again, macam aku cakap tadi, agama ni benda yang laris. Dan aku berlepas dirilah dari mengunakan agama untuk kepentingan diri. Kalau korang rasa korang lebih tahu dan lebih Islam, korang amiklah. Bak kata Silencer dalam Three idiot – jahanpanah tussi great ho.. tohfa kabool karo..

So aku stop sampai sini dulu eh. Selepas karbala aku akan sambung tentang uthmaniyah balik. Selepas tanah arab, nanti kita perlahan lahan akan ke central Asia pulak tempat orang orang Turki.

Aku haraplah, next aku mampu bercerita dengan baik. Sebab to be honest, penulisan kali ni terlalu banyak pantang larang. Sebab aku bukanlah orang dalam ahli agama. Bimbang aku mengatakan sesuatu tentang agama.

Okay lah gais, Adios. Jumpa lagi.

Yang lemah,

– Shahidil Amin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *