Cintaku pd mereka – https://iiumc.com/forumv2/
Sekarang aku dalam bas menuju pulang ke uia. Dalam fikiran aku hanya memikirkan kedua org tuaku. Aku agak tersentap bila baca confession yg psl mak ayah dia haritu, yg psl mak dia iron baju sendiri semua tu.
Balik kmpg minggu ni aku tak ada duduk lepak saje. Aku ambil baju yg dua bakul x berlipat, aku lipat kasi clean. Parents busy cari duit utk aku, mereka tak ada masa nak lipat2 baju semua dah. Rumah pun tak kemas dah. Diorang dah tua. Mana larat nak buat byk keje. Lepas lipat baju, aku capai baju kurung mak aku byk2 dan baju melayu ayah aku semua, aku iron.
Tengah aku solat, aku selalu 'diganggu' dengan bunyi batuk ayah aku. Aku risau sangat dengar dia batuk. Aku takut bila dia berhenti batuk, tu kali terakhir dia berbunyi. Weii aku takut!
Mak ayah aku bila tak ada kerja nak buat atau bila kerja diorg dah settle ; pergi kerja kahwin, pergi kerja semua, diorang akan baring kat ruang tamu dan tidur. Diorang tak larat dah nak keluar jalan2 pergi bandar hujung minggu.
Aku selalu perhati keliling mata ayah aku dah gelap. Nampak tua sangat dah. X mcm dulu! Mak aku pulak kaki selalu sakit2. Tapi still bekerja. Kalaulah aku dah bekerja….
Sebelum aku nak gerak balik uia ni, masa kat rumah tadi ayah aku panggil duduk sebelah. Dia suruh aku dengar wasiat yg dia nak tinggalkan. Around 60K duit tu. Hati aku x sedap. Aku takut sangat wei. Masa tu aku dengan ayah aku je, org lain takde kat rumah. Dalam adik beradik aku, aku sorang je tertulis dalam wasiat tu, ditulis 5K utk aku. Aku tak peduli pasal duit. Aku cuma nak mak ayah aku je! So skrg, aku pegang amanah ayah aku psl wasiat tu sbb tak ada org lain tahu. Kertas tu aku dah simpan dekat dlm almari rumah.
Sebab itu la bila weekend aku kelapangan dan tak ada aktiviti nak dibuat kt uia, aku usaha utk balik juga setiap minggu. Org kata asyik balek je. Kau x fhm perasaan anak last macam aku , masa bljr pun duk fikir mak ayah kat kampung. Dari dulu aku set dlm kepala otak, kena balik tiap minggu jumpa mak ayah, nanti diorang dah tak ada baru menyesal. Dlm hati aku ada Allah, agama, Nabi dan mak ayah aku. Yg aku dpt lihat secara fizikal mak ayah lah. Tolong, x semua faham apa org macam aku rasa. Aku takut sangat kehilangan diorg.
Ye, itu lumrah kehidupan. Tapi aku x nak menyesal kemudian hari.
– Anak