Ciri-ciri Suami Idaman Kaum Perempuan

Hi semua. Dah 3 hari kita semua berhempas-pulas membawang baim sampai berair-air mata kita kan. Tapi taktau la samada baim dan sekutu-sekutu beliau paham ke tak apa yang kita cuba sampaikan. Tapi takpe, kat sini, sebagai balasan untuk baim and baim fans, saya mewakili kaum perempuan nak senaraikan ciri2 suami idaman kami pulak.

1. Sedap mata memandang.
Haa nampak tak tu kaum adam. Kami tak cakap nak yang handsome. Cukup sekadar sedap mata memandang. Terpancar cahaya kematangan dari raut wajah. Takde riak2 samseng atau pembusuk rokok. Tu pun dah cukup bagi kami. Tapi biasanya kan, laki2 yg tak ensem, boroi, muka macam takde nur air wuduk, gigi kuning sebab merokok ni tetappp jugak dapat kawen dengan kaum2 kami yang cun2 tau. So kalau dh diberi kesempatan beristerikan isteri yg cun tu, takyah la demand lebih nak acah2 cari isteri baru ye tak… Orang kasi can tu pun dah cukup besar rahmat tau.

2. Rajin bekerja
Tak kisah la keja apa pun asalkan stabil. Kalau rasa gaji tak cukup, dare enough to make a change. Usahakan bisnes ke apa ke. Asalkan cukup duit buat belanja nak kawen, dan bukan jenis yang meminta2 duit isteri. Tapi isteri ni jarang la tak nak bantu suami. Kitorg mesti akan bantu jugak. Tapi jangan la tu dijadikan alasan nak bermalas-malasan sebab separuh belanja isteri yang tanggung kan? Simple logic la. Kalau kaum laki ni masih lagi harapkan bantuan isteri nak cukupkan belanja rumah, secara automatiknya korang sebenarnya hilang hak nak bercakap pasal poligami. Cakap pun tak boleh, buat bergurau pun tak layak. Paham tak? TAK LAYAK. Dah pegi sembunyi muka bawah bantal. Malu la kat orang. Org lain mampu, awak pulak tak mampu ada hati nak bergurau sama naik.

3. Membimbing isteri dalam hal agama.
Bukan la kami ni kaum isteri mintak dibimbing sebab kami tak reti. Tapi sekurang-kurangnya dahului la kami. Bila masuk waktu, kami tunggu jer suami ajak solat. Bukan taknak bersiap sendiri. Saja nak tunggu si suami ni ada ikhtiar nak jaga amalan keluarga di bawah tanggungjawab dia ke tak. Tapi yang biasanya jadi, subuh kami yg kejut. Zohor asar tak tahu sebab masing2 kat tempat keja. Maghrib kena tempik ingatkan. Isyak kena ingatkan lagi. Ni siapa yang jaga siapa ni?

4. Prihatin dan ambil berat.
It is the thought that counts. Suami idaman ialah suami yg sentiasa mengambil berat hal isteri dari sebesar-besar perkara sampai sekecil2 perkara. Tak lupa mesej tanya khabar. At random times hantar mesej ‘i love u’ ke ‘im thinking of you’ ke. Tapi berapa ramai yang buat? Tak realistik ke? Typical malay men huh.

5. Sentiasa ada dengan family.
Utamakan anak isteri. Jarang lepak luar dengan kawan-kawan. Tolong isteri uruskan anak. Bawa kitorg bercuti selalu. Uruskan isteri berpantang. Tak serah urusan keluarga dan lepas tangan kepada mertua.

6. Pandai buat keja rumah.
Yang ni mesti korang takleh terima. Yela. Berpuluh-puluh tahun korang dibesarkan dengan tak reti buat keja rumah,membesar bagaikan raja, tup2 sekarang ada pulak gerakan bawang yg mengasak kaum lelaki pun sama turut serta buat keja rumah kan. Mula la kata kitorg ni feminist la, tak ikhlas la. Tak redha la. Ok la kalau kitorg pilih untuk taat dan buat je kerja rumah, memang hakikatnya selama ni kitorg jugak yang menderita kan? Tak adil kalau nak ungkit banding dengan orang dulu2 elok je buat keja rumah. Sebab orang dulu tak keluar bekerja sama2 cari duit nafkah. Korang pulak mana mampu kalau isteri tak tolong kerja sekali. Lagi ada hati nak serah tugas semua kat isteri. Tolong la sedar diri. Dah la sengkek, tak reti buat keja, muka pecah, lagi ada hati nak ugut cari isteri lain? Malu sikit kat diri sendiri boleh tak. Belajar la memasak.Mcm mana korang rasa terpikat tengok isteri ayu pandai bertukang,.macam tu jugak la kitorg terpikat tengok laki sado pandai memasak siap hantar breakfast ke katil okeyhh. Jangan nak bagi alasan tak reti. Tak reti boleh belajar. Melainkan otak korang dah mati tak boleh nak sedut ilmu dah.

Ok dah cukup setakat tu dulu. Aku bukan nak sakitkan hati kaum lelaki. Tapi nak korang paham, ciri2 yang baim senaraikan tu, walaupun make sense, tapi adalah tak realistik untuk seseorang wanita miliki kesemuanya dalam masa yang sama. Kalau kitorg miliki semua ciri2 tu pun, kitorg takkan hadap kawen dengan laki mcm baim yang expect untuk menerima jer.
Sebab just like any other girls, kitorg pun look for somebody we can look up to. Bukan yg takde kelebihan pastu tunggu nak menyendeng2 kelebihan kitorg je.

Ciri2 yang saya senaraikan kat atas ni sebenarnya saya pun sedar tak mungkin wujud pada seseorang lelaki. Mungkin ada beberapa kerat tapi tak mungkin sempurna mana. Sebab kitorg kaum wanita berpijak di bumi yang nyata. Kitorg tak bodoh. Kitorg cuma penuh dengan kasih sayang. Walaupun kitorg dah stuck hidup dengan laki tak guna pun , tetap kitorang sabar je demi memikirkan pasal anak2 dan keluarga. Kitorg banyak fikir kesan dan akibat. Tgk ZZ dah la. Dia ada segalanya. Antara dia dan suami dia,siapa yg hadap siapa sbnrnya. And dia mmg penyabar.

Tapi kalau dah rasa tak berbaloi sangat, kitorg pun ada hak untuk tinggalkan rumahtangga yang toxic jugak. Apedehal. Keja ada ,duit ada. Survival skill ada. Kereta ada. Rumah ada. Muka pun in shaa Allah lg cantik drpd suami masing2. Ni siapa yang patut ugut siapa sebenarnya ni?

So baim and the gang, bersyukur jela. Terima jer wanita ni seadanya. Sbb kalau tak senaraikan ciri2 tu pun, women nowadays always better than men. Sebab lelaki BAIK hampir pupus. Yang tinggal cuma lelaki2 BAIM je.

Sekian.

– Jaiko

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *