Cita Dan Cerita

Bila tengok adik-adik SPM meraikan keputusan masing-masing, aku jadi termenung panjang.

Aku pernah merasa muda seperti itu dan turut pernah merancang hala tuju kehidupan untuk mengejar cita-cita. Niat aku, ingin menaiktaraf hidup keluarga menjadi lebih baik. Tapi, takdir tidak semanis angan dan mimpi.

Aku, anak sulung. Seorang pelajar biasa. Dari keluarga yang sederhana. Alhamdulillah, Allah bagi pinjam rasa gembira dapat straight A’s dan keputusan ini mencetuskan angan ibu ayah nak tengok aku jadi doktor.

Tapi terbantut bila ayah aku lumpuh 3 bulan selepas aku habis sekolah. Ngam2 1st April. Tawaran biasiswa untuk sambung belajar medic terpaksa aku lupakan.

Aku menjaga ayah selama 10 bulan sampai ayah boleh kembali berjalan. Sambil tuh sempat juga aku curi masa buat kerja sambilan. Pada ketika itu, aku sudah lupakan angan nak jadi doktor. Sebab terlalu mustahil.

Sepanjang aku bekerja dan mengurus keluarga, aku mula sedar aku sangat enjoy bila berkomunikasi dengan orang dan dapat bantu orang. Rupanya hal yang memberikan aku kepuasan adalah “act of service”.

Dari situ aku sangat teringin nak jadi cikgu. Mendidik anak bangsa, dan berbakti pada masyarakat.

Lepas ayah makin sihat, aku diizinkan untuk sambung belajar. Masa tuh aku dah terlepas batch pertama pengambilan pelajar U. Jadi aku kena tunggu untuk batch seterusnya.

Alhamdulillah, Allah bagi rezeki masuk U, jurusan sains. Aku suka sains, niat kini bukan nak jadi doktor, tapi nak enjoy the knowledge dan ada rezeki nak jadi cikgu.

Selepas grad, aku terus kerja. Keluarga aku orang susah, jadi aku tak berani belajar tinggi-tinggi. Keutamaan aku pada waktu itu adalah cari duit, ringankan beban mak aku dan beri duit belanja untuk adik aku sekolah dan sambung belajar nanti. Masa tuh aku kerja apa yang ada.

Takdir Allah, aku kerja pembantu makmal setahun bawah SL1M. Habis contract, aku kerja bank untuk 3 bulan contract. Jujur ada rasa terkilan waktu tuh. “Belajar sains, tapi masuk bank?” kata hati aku sendiri. Tapi aku anggap saja ini rezeki yang tertulis.

Lepas habis contract, aku ambil keputusan untuk kerja bahagian processing. Bertahan 4 tahun sampai hari ini, dan mampu beli rumah untuk kami sekeluarga.

Tapi dalam hati aku rasa kosong. Seolah-olah keseronokan bekerja itu semakin mengering. Jauh di sudut hati aku bergelora jiwa “act of service” tuh.

Kerja dalam bahagian pemprosesan ini memang jauh sekali dari jumpa orang, bercakap dengan orang, atau bantu orang. Kerja aku mula jam 9am duduk mengadap laptop sampai jam 6pm.

Aku mula rasa nak tukar bidang kerja walaupun terpaksa mula dari bawah. Tapi sebab pengalaman kerja aku lebih cenderung bahagian processing, jadi agak susah untuk aku diterima dalam bidang lain.

Dan bila difikirkan pasal career progression, kebiasaanya orang akan cari kerja dalam bidang sama tapi naik sikit pangkat la kan. Aku ni dah terbalik. Start from zero.

Bila umur hampir mencecah 3 series, perlahan-lahan aku rasa peluang jadi cikgu itu seakan mustahil.

Baru-baru ini aku cuba mohon kerja bahagian sales bank. Alhamdulillah, ada respon yang positif dari pihak mereka. Ada basic gaji (cukup untuk bayar semua komitmen aku), ada komisen. Cumanya jawatan contract.

Ini gambaran awal yang aku diberitahu, dan aku sedikit celaru. “Sejauh ini aku melangkah, hujung-hujung aku buat sales ke?” kata hati aku, dan kali ini dengan sedikit ketawa.

Walaupun sense “act of service” dalam bidang sales itu ada (sedikit), aku belum ada kecenderungan yang kuat untuk teruskan niat kerja bahagian tuh, tapi dalam masa yang sama jiwa aku kian menyering setiap kali aku kembali ke kerusi office buat kerja kaku depan screen.

Aku termenung panjang, dan kembali mengenang momen ketika aku di usia muda ambil result SPM. “Such a silly me, i truly hope life would be easy at that point”. Aku ada cita-cita, tapi takdir Allah berbeza cerita.

Terima kasih admin sudi siarkan..

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *