Hi, saya Kemboja. Saya nak minta pendapat semua la kan, adakah saya bersalah dalam hal ni?
Kisahnya begini, macam biasa, pelajar tahun pertama wajib duduk di asrama universiti selama setahun kan? Al-kisahnya, saya adalah seorang roommate ni, dia tua setahun dari saya.
Pada awalnya, semuanya, boleh saya katakan agak okaylah. bila da masuk minggu kedua tu, dah tunjuk belang. Dan dalam 1 bilik ni hanya 2 pelajar je ditempatkan. Dalam 1 unit rumah ada 6 bilik.
Berbalik kepada cerita roomate tadi, di mana, dia ni suka sangat bawa kawan-kawan dia yang menyewa dari luar datang ke bilik kami. Dan of course la, akan bising. Bila saya tegur, dia bermasam muka dan tidak bertegur sapa berhari-hari.
Ada suatu hari tu saya balik rumah masa weekend atas urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Sekembalinya saya di kolej, guess what? dalam bilik saya tu ada 3 orang termasuk roomate saya.
Roomate ni ajak kawan-kawan dia yang menyewa di luar tidur dekat bilik kami selama saya tiada. Not to mention, siap pasang cadar dekat katil saya tu. Senang cerita macam bilik tu dah jadi hak hakiki diorang.
Saya dah mula mendidih, tapi saya diamkan sebab saya tau kalau saya bercakap masa tengah marah, memang bukan perkataan yang baik-baik akan keluar.
Saya, sebagai manusia yang tinggal dalam bilik tu pulak kena tunggu diorang pack barang seolah-olah saya ni yang datang menumpang. Bukan sekejap ye diorang pack barang, lama pulak tu, siap bergurau senda.
Saya yang penat datang dari jauh ni, tengok pulak keadaan bilik, kena sidai lagi, memang menggelegak. Lepastu apa jadi?
Yes, dia bermasam muka dengan saya. Sampai saya ni confuse, dia yang ajak member dari luar masuk sini ke saya yang ajak?
Keadaan tu berlanjutan sampai ke hari ini. Dia ajak kawan keluar masuk bilik ni macam saya tak wujud dalam bilik ni. Kawan-kawan dia pulak pandang sinis je kat saya.
Selama saya jadi roomate dia, tak pernah sekali pon saya bawa kawan-kawan saya datang lepak bilik sebab takut mengganggu dia.
Belum cerita bab dia call kawan-kawan dia, wajib volume 100%. Biar 1 Malaysia ni dengar apa yang dia bualkan dengan kawan-kawan dia.
Tak kisah dah masa tu malam, orang nak rehat ke apa. Dia fikir dia je. Buka tiktok full volume, bagus betul dia, nak jugak saya tahu video apa yang lalu dekat fyp tiktok dia.
Macam biasa, bila tegur, apa jadi? masam muka. Earphone dia ada je, headphone pon ada, malangnya dia bagi lantai yang guna.
Dia pernah mengadu dekat saya, dia tak suka orang pakai selipar jamban dia dekat tandas.
(Jangan salah faham, saya panggil selipar jamban sebab memang selipar tu digunakan dalam tandas). and dia letak selipar jamban tu dalam bilik, depan almari saya, sebab dekat dengan pintu bilik.
Umm, depan almari tu saya nak ambil baju segala tau, tempat lalu lalang, umm, excuse me, selipar jamban kot, tandas tu tempat kotor tu.. Again, bila tegur, masam muka.
Dia akan break the silence bila dia nak minta sesuatu dari saya. Nak suh teman gi cafe ke nak suh saya tolong ambilkan air panas etc. Kalau dia tak nak minta tolong, memang perangai-perangai yang sama je diulang-ulang.
Macam lari topik, tapi bila saya fikir balik, salah saya jugak sebab selalu memuji dia. Bila dia cakap dia insecure ke apa, saya menidakkan, sampai benda to boost kan ego dia and buat dia fikir saya takkan marah teruk-teruk (tinggi suara etc).
Kadang-kadang tu bila saya overwhelmed pasal kelas ke apa, saya ada ceritakan dekat dia, dia pandang semacam je dekat saya. Muka tak suka gitu.
Pada saya, as a roomate, kalau nak bawak siapa2 pon masuk bilik, tanya/ inform la dulu dekat roomate, at least dia bersedia menerima tetamu. Ni tidak, main serbu je, kalau roommate tu tengah tidur, tak ke terperanjat member tu.
And as tetamu, dah masuk bilik orang tu tegur la roomate yang dekat dalam tu, even dia tak tegur dulu. Sedar yang diri kita tu tetamu. Biarlah beradab sikit. Sikit pon jadilah. Rasionalnya begitulah.
Eh taktau la nak explain macam mana…
Akhir kata, terima kasih sudi baca luahan ini, sorry ayat agak berterabur, have a nice day.
– Kemboja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mendidih baca. kalau aku ni mmg dah sound terus apa yg kita tak puas hati. dah alang2 dia bermasam muka kan. takde common sense langsung
Memang ada orang perangai macam ni. Ingat tempat ni dia yang punya. Saya pun tak suka orang macam tu. Takde common sense dan pentingkan diri. Sis tak suka sis bagitahu je, lantak dia nk masam muka. Hidup nak puaskan hati dia je, tak penting.