Assalamualaikum. Hai, nama aku Munah (bukan nama sebenar).
Aku tulis confession ni lebih kepada nak mengumpat colleague aku sebenarnya. Kalau rasa tak nak buat dosa kering boleh skip baca, haha.
Alkisahnya, kitorang ni berapa kerat je staff dalam company kecik ni. Adalah tak sampai 5 orang.
Tapi diorang ni ada je lah halnya yang buat aku muak dengan perangai diorang yang suka suki buat office macam diorang yang punya. Muak sebab dah selalu sangat jadi.
Sebelum tu, aku nak cerita boss kitorang sangatlah baik. Dia pun salah satu punca jugak perangai staff yang makin lama makin naik lemak, sebab dia baik sangat.
Aku syak dia ni bagi muka kat staff sebab tak nak cari orang baru, penat kot nak train orang.
Kisah colleagues aku ni lebih kepada diorang suka curi masa bekerja. Selalu sangat nak WFH, MC, dan EL. Datang lambat tu jangan cerita lah.
Hari2 datang lambat. Office hour start pukul 9, pukul 10 lebih baru masuk office. Hampir hari2 ya.
Datang lambat satu hal. Kadang tu last minute mintak nak WFH. Antara alasan diorang nak WFH :
– Nak pergi bengkel service kereta (hello, pergi bengkel sambil buat kerja macam mana?)
– Nak pergi hospital ada appointment (hello, bukak laptop depan muka doktor ke?)
– Tak sihat (hello, apesal tak ambil MC atau EL?)
– Pergi balai polis buat report kes pecah rumah (hello, work from balai ke?)
– Suami food poisoning nak kena jaga (hello, suami tu baby ke?)
– Hujan, tak boleh pergi kerja (hello, ni paling takde adab)
Dan lain-lain lagilah. Haih, aku tak kisah pun nak WFH kalau betul buat kerja, tapi aku cek takde pulak kerja yang diorang buat. Kadang tu buat kerjanya sejam dua je, pastu dah free.
Memang goyang kaki jelah diorang kat rumah tu. Aku tau diorang guna alasan WFH sebab tak nak guna AL atau EL. Yelah, nak simpan cuti.
Tak taulah kalau diorang fikir takpe work from home tapi pergi merata tempat.
Dan yang paling best, selalunya diorang mintak WFH atau MC ni mesti hari isnin dan jumaat. Faham-faham sendirilah.
Aku ni sampai dah anxiety setiap hari isnin dan jumaat sebab tertunggu-tunggu alasan apa diorang nak bagi untuk tak masuk office.. Hampir setiap minggu ya.
Mesti diorang tak cukup penuh seminggu masuk office.
Aku boleh kira dengan jari berapa kali je yang dorang full attendance seminggu setakat dah nak masuk bulan ogos ni. Mesti ada lompong jugak. Tak isnin, jumaat.
Lepas tu yang diorang dah datang lambat hari2 tu, mana ada diorang fikir nak cover balik waktu kerja dengan balik lambat. Tak ada ya.
Kalau boleh nak balik awal hari2. Boss aku selalu masuk petang2 so dia tak tau diorang ni hari2 lambat.
Dan kalau boss masuk, biasanya dia akan balik sebelum pukul 5. Boss keluar je, mulalah diorang yang lain ni dah siap kemas2 nak balik rumah padahal office patutnya tutup pukul 5.30.
Elok sangatlah masuk lambat balik awal. Itu kalau boss masuk office. kalau boss tak masuk office lagilah gatal kaki diorang nak balik awal.
Hari jumaat jangan ceritalah, nak balik awal sebab nak balik kampung (yang jarak cuma 40 minit dari rumah diorang).
Senang cerita, dah lah setiap minggu tak lengkap 5 hari datang office, setiap hari pulak memang tak lengkap duduk kat office 9-5.30.
Aku ni sebab takde orang aku nak mengadu kat office tu lah yang aku terpaksa mengumpat kat sini.
Yelah, nak mengadu kat boss kang dikata kita kaki complaint. Tapi serious menyampah dengan perangai takde common sense diorang tu.
Aku tau salah satu punca diorang berani buat macam tu sebab boss baik sangat.
Boss aku aware je, tapi macam aku cakap, dia approve semua alasan2 staff sebab dia taknak jadi boss dari neraka nanti staff lari.
Tapi tu lah, diorang tak fikir ke keberkatan dalam bekerja tu? Gaji diorang dapat tu berkat ke tak bila selalu sangat buat camni?
Okay lah aku bukan sape2 nak hukum diorang. Pandai-pandailah diorang menjawab dengan tuhan.
Dan bila diorang selalu sangat ditimpa masalah hidup (rumah kena pecah lah, kereta rosak lah, sakit lah), aku dah jadi macam takde simpati.
Sebab hampir setiap minggu ada je masalah hidup diorang sampaikan kena WFH/MC/AL.
Tak tau lah itu betul atau alasan. Kalau betul, mungkin diorang kena fikirkan balik kenapa banyak sangat masalah hidup diorang ni.
Mungkin salah satu punca diorang ditimpa banyak masalah tu adalah disebabkan diorang yang tak amanah dalam bekerja.
Sekian, terima kasih.
– Cik Munah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit