Compound bilik
Assalamualaikum..
saya nak luahkan la hati yg sedih lagi terguris hahaha dan juga cadangan untuk management mahallah especially mahallah perempuan. Benda ni berlaku semasa result untuk last sem tak dpt dibuka sebab compound tak dibayar. Bukak la portal then tgk tgk Masyallah banyaknya compound aku. Check date dia kebanyakan masa final project hmm duit x banyak tp compound berlambak. Mungkin salah kitorg jugak tapi bukannya bilik sentiasa kotor.
Cadangan saya untuk management mahallah, setiap kali spotcheck bagi la warning dulu semasa first spotcheck then kalau kali kedua datang kotor lagi baru la compound.
Kami pun manusia kadang kadang penat lepas berhempas pulas siapkan final project yg bukan calang calang senangnya.
Nak ke studio dihalau sebab perempuan x dibenarkan stay lepas midnight. Nak stay bilik kena compound. Harap mana mana pihak boleh tolong. Duit ibarat niagara falls, badan penat bagaikan dihempap gajah.
Bantulah kami sis sis keciwa.
– Sis Keciwa