Condo Dari N3raka

Hi IIUM Confession. Terima kasih kalau sudi siarkan artikel aku.

Sebab dah tak tertahan, management yang asyik berdiam, rumah yang bermasalah, jadi aku harap agar ramai la yang tak menyewa di sini nanti..

So aku minta maaf awal-awal kalau artikel aku ni akan menutup nasi sesetengah owner.

Aku penyewa di sebuah condo di pantai timur yang agak terkenal. Kalau search, memang boleh jumpa lokasi condo tersebut.

Kedudukan yang strategik di bandar, berdekatan dengan hospital, universiti, pasar raya, bank, sekolah, yang hanya 5 minit perjalanan, menjadikan condo ni menjadi tarikan utama,

Terutamanya yang hanya nak menyewa sekejap, baik untuk mereka yang bekerja, kursus pendek mahupun belajar. Aku jumpa di aplikasi mudah, facebook dan macam lagi.

Setelah merisik dengan sorang dua kawan yang pernah menetap di condo ni, memang masing-masing memberikan harapan yang baik.

Masalah air adalah biasa memandangkan negeri ni memang terkeeenaal dengan masalah air *hint* so aku pasrah.

Tuan rumah baik, memberikan harapan yang menggunung untuk aku. Dengan kadar sewa yang boleh tahan mahal berbanding rumah sewa biasa (condo kan…), aku pejamkan mata demi ‘keselesaan’ hidup aku.

Tapi gitu la. Baru saja masuk, dah bermacam masalah aku kena hadap

1. Masalah air dan lif

Baru masuk, dah ada masalah air tanpa sebarang notis. Pernah ada hari yang sama, lif rosak. Kesemua lif yang ada.

Bayangkan penyewa rumah di tingkat yang tinggi. Air takde, lif rosak. Dan masalah ni berlanjutan, berulang kali. Alasan demi alasan diberi.

Paip rosak (okay kita terima) tapi bila dah kerap rosak, dan menyebabkan bekalan air terganggu, stress la jugak. Berkali-kali.

Management salahkan pemaju dulu-dulu yang gunakan paip tak ikut spesifikasi. Bermacam lagi lah alasan. Komplen pagi, petang baru ada notis.

2. Kebersihan

Pernah satu hari, aku saja tengok berapa lama lipas yang dah mati atas lantai kat hallway floor aku nak hilang. 4 hari beb! Last sekali aku yang sapu sebab tak tahan tengok lipas sekor ni.

Maintenance fee tiap-tiap bulan wajib owner bayar. Tu tak cerita swimming pool yang berkeladak dan air menghijau.

Owner yang buat homestay kadang kecewa sebab swimming pool selalu ditutup. Bila kebersihan tu sipi-sipi, semut, lipas, ulat, lalat, cicak bertambah-tambah. Bilik sampah setiap floor memang malas la nak cerita. Geli..

3. Parking

Yang ni aku memang down gila. Sebab aku approved settlement sewa tanpa aku test parking. Serious, sapa la kontraktor condo ni.

Aku tak pernah lagi tengok level parking yang sempit kat bahagian nak belok. Calar tu perkara biasa kereta-kereta kat condo ni. So sila mintak test parking kat condo ni.

4. Masalah rumah

Okay, yang ni, lega sebab rumah aku cuma berkulat dinding. Ada sesetengah rumah yang paip bocor dalam dinding. Ada rumah yang air tak keluar dari paip.

Aduan ke management, dah ramai tenant buat rasanya. Ada tindakan kejap. Selebihnya selesai sendiri. Inform owner, owner ada yang ambil pusing, ada yang blue tick saja.

Banyak lagi sebenarnya masalah condo ni. Takde ke orang buat report? mesti la ada. Sampai ke management di KL. Tapi itu la, salahkan management dulu-dulu.

Kalau bangunan ni tak ikut spesifikasi, selamat ke nak menetap? Mungkin ada pihak berwajib boleh ambil tindakan kalau management lepas tangan.

Kenapa stay? Tengah dalam usaha nak keluar sebab dah ke berapa kali masalah air. Jadi pulak masa hujung minggu. Silap aku sebab tak baca GOOGLE review.

So guys, please baca review tentang condo ni.. Hint aku rasa bagi banyak. Kepada semua tenant, bertabah lah. Sila sayangkan duit anda. Kepada owner, tolong la jujur.

Owner aku kata, sebelum ni tenant dia tak pernah ada masalah macam aku cerita ni. Ikut la dia nak percaya ke tak. Yang penting google review tak tipu.

Doakan aku dapat rumah sewa yang okay. Stress balik kerja nak mandi, nak basuh baju, air problem..

– Penyewa stress (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *