confident

Harap admin post. Tq.

Assalamualaikum.. hai semua ..aku nk tnya korg la tntg masalah dalaman aku ni..
Sblum tu ..aku ni ada introvert personality.. yg mana aku lebih suka duduk di dlm bilik.. buat kerja aku,bc buku, tgok movie dll berbanding g lepak ngn kwn2..

So ..ditakdirkan aku dpt kerja yg kontra dgn personality aku iaitu mengajar di sebuah kolej. Aku dh lama menganggur kwn2..so nk taknak aku kena terima job ni wpun hnya part time. Seminggu dua kali je kelas aku.

Tp sejak aku kerja ni..aku rasa aku sdg berlawan dgn diri sndiri.. kalau esok ada kelas.. confirm malam tu aku xleh tido.. kalau kelas tu ptg pula.. dri pg smpai wktu nk pergi kelas la aku akn bkurug dlm bilik..berbeza pula kalau aku dh habis kelas.. happy semacam. nk kata nervous utk mengajar tu x juga.. tp entahlah.. aku penat..sbb tiap kali ada kelas aku pasti xdpt tido malam tu.. aku ingtkan pmulaan je.sbb bru kerja.tp smpai skrg aku masih rasa yg sama.. pdhl dh 4 bulan aku kerja.

So kwn2 yg budiman..aku ni xsesuai ke ngn job ni ke mcm mana.. kalau nk quit..blum tntu aku dpt job lain dgn keadaan semasa ni.. actually to be honest.. mungkin aku kurg confident..sbb kdg2 aku pndg rndh dgn diri aku.. sbb aku ad masalah kulit (jerawat,parut, kulit kusam) so bila aku tgok student aku flawless aku jadi down.. sbb aku pnh kena tgur oleh student (bukan student kolej ni) tntg jrwt aku. Aku dh usaha byk.. mkn yg healthy..produk berpuluh2 dh cuba..tp still masalah tu x settle.. soal penampilan pula.. mslh duit pula. Dgn gji yg xseberapa..aku kena bg duit kt mak bapa aku.. kena byr bil itu ini. byr ptptn. Yg tinggal pun ckup2 utk guna smpai gji akn dtg. Kdg2 je aku mampu beli tudung bru. Bju confirm yg lama2 ja aku pakai. aku tau..mengajar kena ikhlas.. tp bila ko dh bdiri di depan..dgn kekurgn2 ko yg jelas terpapar. Dan mata2 yg melihat ko.. ko mesti rasa down juga.. sdikit sbyk akn menjejaskan mood ko nk mengajar.

So.. kwn2 ada cra tak mcm mana nk dpt confident ..atau skurg2nya aku rasa tenang nk mengajar tnpa rasa stress.. aku sgt suka mengajar bidang aku..tp tu la.. confident mcm takde..

I need your advise kwn2. Hopefully yg nasihat yg membina..

– fifi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. kalau setakat nak jadi pengajar, introvert ke extrovert ke takde hal.. yg pntg cara penyampaian ko org blh faham.. tp kalau kau nak jadi pendidik, it take more than that..

    kalau ko rasa kerja ni buat ko gelisah, bila habis kerja baru ko happy n dah 4 bulan masih macam tu, mgkin mmg kerja ni tak sesuai utk ko.. mcm mana ko nak terapkan kat budak2 muda remaja tu yg penampilan luaran tak sepenting dalaman kalau bab tu pun diri ko sndri tak settle lagi..

    aku galakkan kau cari kerja lain.. kerja yg ko suka buat, yg ko rasa ko ada passion bgn pagi2 nak pergi kerja.. tp buat masa ni jgn berhenti dulu.. bagus juga kalau kita paksa diri duduk dlm zon tak selesa ni so kita akan keep pushing ourself to be better.. n it will make us better person somehow.. so next job nanti kau akan lebih menghargainya sbb dah pernah rs susah dulu

  2. ko minat kan buat keje ko skrg? as long as ko minat, tak payah nak risau sgt, minat itu akan mendorong ko utk sentiasa buat yg terbaik walau keadaan sekeliling tak menyebelahi ko.

    pasal introvert, kena ingat ye.. itu adalah kecenderungan personaliti peribadi ko. ada ketika, kena ubah jadi extrovert kerana tuntutan tugas/kerja. ini adalah normal.. jgn ingat ia konflik diri pulak. sebab ramai je pemimpin dunia yg introvert tp mereka masih mampu jadi hebat…

  3. Walaupun susah nak jadi extrovert tapi satu keadaan memerlukan kita untuk berlakon, lelama nnti biasalah..

    Kita nampak lebih pada orang lain, pada diri sendiri tertutup, pasal luaran jgn risau, jgn sampai kufur nikmat, jgn sampai lupa kita kena bersyukur, Allah akan tambah nikmat, pernah merasa perkara yg sama…

    Moga berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *