Coretan Buat ‘Adam’ Ku

Assalamualaikum, saya seorang student, saya ada sedikit kisah utk dikongsikan buat semua Adam dan Hawa di luar sana. Semoga dijadikan panduan dan pengajaran.

Abg, tarikh harini 3 tahun yg lalu, abglah satu²nya kaum Adam yg benar² mengusik hati saya. Jarak usia kita jauh, abg lebih tua dari abg kandung sulung saya yg dah berkahwin. 3 tahun lalu tu sy hingusan lg, tp abg tetap menghulur salam perkenalan, menghulur hati abg buat saya.

Cinta tak selalu indah kan abg? Kemudian, setahun saya telan kepahitan dlm perhubungan kita. Apa silap abg biarlah kita saja yg tahu. Saya lari dari abg atas semua perlakuan abg pada saya. Saya marahkan abg, tapi saya tak pernah benci abg. Tapi sejauh mana saya mampu lari dari pemilik tulang rusuk saya sendiri? Setahun kemudian, abg datang membawa hajat. Seluruh keluarga saya terima abg. Majlis kita kecil je. Tapi abg cakap abg seronok, abg kata saya nampak matang masa hari bahagia kecil²an kita, abg kata saya cantik.

Abg, pada hari saya pilih utk terima abg sebagai sebahagian hidup saya, saat tu saya sedar saya terima segala perlakuan baik buruk abg. Saya sedar dalam cinta takkan selamanya manis, kadang kita akan tergigit pahitnya.

Waktu abg demam, sayalah yg bagi abg ubat, tidurkan abg. Waktu abg sejuk, saya yg dakap abg utk hangatkan tubuh abg. Waktu abg haus dan lapar, tangan ini yg menyuap abg. Waktu abg penat bekerja, saya yg urutkan abg. Waktu abg kesempitan duit, saya yg hulurkan simpanan saya buat abg.

Demi Allah, sungguh, saya tak kisah berkongsi apa saja asalkan saya masih ada abg. Asalkan saya tidak berkongsi kasih abg…

Bila saya marah, saya senyap. Bila saya uzur, saya marah, saya senyap. Tapi…
Bila abg marah, abg maki saya. Mcm² lagi abg.

Saya kecil hati sgt dengan abg, tapi demi Allah… saya tak pernah bencikan 'Adam'. Allah kurniakan saya 'Adam' yg panas, supaya saya mampu jadi penyejuknya. Allah ciptakan 'Adam' saya yg bersifat api, supaya saya menjadi air yg memadamkan apinya.

Abg, saya tahu kekurangan abg, panasnya hati dan sikap abg, sepertimana abg juga tahu kekurangan 'Hawa' abg ini. Tapi, saya tak pernah mengeluh, sebab saya sedar saya yg menerima bila abg memilih saya.

Biarpun 'Adam' saya diciptakan panas sikapnya, tapi..
Abglah yg memeluk saya bila semua org meminggirkan saya, abglah yg mengusik bila saya berduka, abglah yg membantu bila saya tak terdaya melakukan semua seorang diri, abglah yg terkejar² pulang dari tempat kerja bila saya cedera di rumah, abg yg tetap menyayangi saya bila saya meragui abg.

Sesungguhnya, Allah menciptakan kita utk saling melengkapi. Takkan jumpa bila kita mencari yg sempurna. Janganlah terkejar utk menjadi yg sempurna, tetapi… belajarlah utk menerima dan saling melengkapi satu sama lain.

'Adam', Allah kurniakan 'Hawa' utk dijaga dan dikasihi, maka bahagiakan lah dia kerana Allah.

'Hawa' Allah berikan 'Adam' utk kamu berlindung disampingnya, menjaga belainya penuh kasih, maka cintailah dia kerana Allah.

– 'Hawa' abg

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *