Coretan Kepada Ibu Mertuaku II

Untuk part I, (https://iiumc.com/coretan-kepada-ibu-mertuaku/).

Assalamualaikum wbt.. terima kasih kepada pembaca yang memberi sokongan dan galakan untuk diri ini terus hidup dengan bahagia

Ada yang mempersoalkan mengapa saya tidak berterus terang? Memberitahu dan war2 kan yang saya mempunyai segalanya? Maaf para pembaca, itu bukan diri saya.

Saya dilahirkan didalam keluarga yang mementingkan kesederhanaan.

Walaupun ibu adalah bekas professor di Universiti terkemuka dan berpangkat Datuk, tapi ibu tidak pernah mewar2kan pangkat dan darjatnya. Hanya segelintir umum yang mengetahui mengenai latar belakang keluarga saya.

Ibu selalu berpesan, menangkan hati seseorang dengan akhlak dan kebaikan. Tataterbit yang baik apatahlagi kepada warga tua. Ibu sudah berpencen, dan hidup bahagia di kampung halaman seperti orang lain.

Arwah nenek cukup sayangkan ibu (menantu). Sampai keakhir hayatnya nenek tidak tahu sangat latar belakang ibu. Nenek hanya tahu ibu adalah cikgu.

Sewaktu nenek sakit, ibulah yang sanggup menjaganya dan nenek memberi kasih sayang yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga. Saya mengambil contoh ini untuk kehidupan saya.

Bukan saya terlalu berahsia, pertemuan pertama bersama bekas mentua juga menjadi alasan mengapa saya terus berahsia.

Bagi saya, sekiranya seseorang itu tidak memberi respek dan melayan orang lain dengan sama rata, dia bukanlah seseorang yang boleh dipercayai untuk kita beritahu segala latar belakang hakta pekerjaan sekalipun.

Warga pembaca, bekas suami saya seorang yang baik. Tetapi dia bukanlah anak kegemaran ibunya. Hanya dialah satunya yang tiada degree. Suami sebelum ini tahu serba sikit latar belakang saya.

Kerana tidak mahu dia dipandang lekeh, saya tidak beritahu kepada family mertua tentang kelulusan saya. Suami kerap diperli dari kecil kerana tidak pandai. Sehinggalah dia mendapat jawatan tetap di government, pandangan mereka sikit berubah.

Selepas saya dihina oleh bakal mertua dihari pertama kami bertemu, saya membawa diri dan putus segala kontak dengan bekas suami. Bagi saya ibu adalah utama, sekiranya ibu tidak merestui, pasti perkahwinan ini akan jadi sia2.

Tetapi disebabkan bekas suami mempunyai masa silam yang sulit, dia mempunyai tahap depresi yang tinggi. Sehingga hampir membunuh diri kerana tertekan saya meninggalkannya.

Berkat solat dan nasihat ibu, saya menerimanya dan memang dialah suami yang terbaik untuk diri saya.

Suami sebelum ini menyewa rumah saya bersama kawannya. Selepas kami kahwin, kami terus tinggal disitu dan sebab itulah mertua sangkakan rumah itu adalah rumah suami.

Ibu mertua pernah mengatakan jika rumah itu rumah saya, dia tidak akan jejak kaki kerumah kami. Sebab itu saya hanya diamkan diri kerana dalam hati saya, saya menghormatinya dan cuba untuk menjadi isteri dan menantu yang baik.

Kebetulan mertua sakit, dan tiada yang sudi menjaganya. Saya pula bekerja sendiri dan mempunyai masa sendiri. Saya pikul tanggungjawab menjaga kunci syurga suami saya walaupun diri ini tidak disukai.

Ibu saya selalu menasihati, sekiranya diberi racun, balaslah kembali dengan manisan. Itulah yang saya lakukan sehingga 8 bulan.

Saya sudah cukup bertahan, sehinggalah saya hampir meroyan selepas dihina dan dalam keadaan berpantang akibat keguguran.

Mertua.. ketawakan saya apabila suami beritahu saya keguguran. Baginya tidak perlu ada anak bersama saya kerana saya keturunan org miskin.

Mengapa saya memohon fasakh? Ini kerana mertua saya terlalu mendera emosi suami sehingga dia tidak dapat bekerja buat sementara waktu.

Suami sudahlah memang ada depresi, ditambahkan lagi dengan sikap mertua yang tidak sudah2 membenci saya. Saya menjadi rasa bersalah kerana ini adalah disebabkan saya suami dituduh anak derhaka.

Saya slow talk dengan suami, saya mengatakan jika kita pertahankan perkahwinan ini, kami berdua akan sakit. Dia tidak dapat memilih antara saya dan ibunya kerana dua2 adalah nyawanya. Sebab itulah saya memilih untuk membawa diri.

Para pembaca sekalian, bukan mudah untuk saya membuat keputusan ini. Memang dengan menyebut 8 bulan usia perkahwinan itu dikatakan terlalu awal, tp bagi kami yang merasai sendiri diibaratkan 800 tahun lamanya kesakitan yang kami rasai.

Suami bukan tidak mahu bercakap benar, dia sendiri mengatakan buat apa kita beritahu war2kan harta untuk orang sayangkan kita? Dia tidak pernah culas memberi nafkah. Buat dua tiga kerja kerana ingin cukupkan nafkah utk saya dan ibunya.

Dia memberikan rm700 dengan harapan ibunya akan diam dan tidak menyerang saya. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Sikap ibu mertua makin hari makin tidak ada pertanda untuk berubah.

Saudaraku sekalian, kita tidak perlu membeli hati manusia dengan harta benda apatalagi sekiranya kita adalah wanita. Kerana tugas mencari rezeki adalah tanggungjawab sang suami.

Memang ada yang katakan dunia sekarang kita perlu sedikit show-off, but ini bukan prinsip saya sekeluarga.

Saya maafkan semua orang yang pernah sakiti saya. Dan suami juga sudah redha dengan keadaan keluarganya dan tidak mahu mendera perasaan saya lagi. Sebab itulah keputusan perpisahan adalah terbaik buat masa ini.

But mana tahu satu hari nanti kami dijodohkan semula? Itu urusan Allah yang kita tidak boleh menduga. Biarlah saya merawat hati dan pulihkan keadaan diri saya sendiri dahulu.

Apa yang saya ada sekarang adalah datang dari rezeki Allah dan usaha penat lelah yang tidak patut dipersoalkan oleh sesiapa.

Ingatlah pesanan dari seorang pujangga.. Jika seseorang boleh menerima dirimu disaat kamu tiada apa2, percayalah dia akan bersamamu disaat kita mempunyai segalanya.

Sekian…

Salam kasih,

– Laila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *