Kerana Duit Suami Orang, Hilang Pedoman

Aku yang diberi nama, tidak perlu tahu. Aku menulis untuk meluahkan, ada yang lebih susah daripada mereka yang mengangkat bendera putih.

Duit boleh dicari, makanan boleh diberi tetapi mental, emosi dan batin? Keluhan panjang walaupun nampaknya tenang. Menangis batinku seperti leher diangkat, menanti untuk dihiris pedang.

Terimalah luahanku.

Aku diuji dua kali disebabkan kau, perempuan.

5 tahun lepas (2016) suatu Jumaat 5 pagi di kediaman kami di Nilai, aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon bahawa bapaku sakit tidak menyedarkan diri.

Rohnya hilang, jasadnya mengerang dan seperti disampuk terkena buatan orang. Terlantarnya bapa aku di wad

Teratai tidak menyedarkan diri dan diikat tangan kaki kerana terlalu agresif. Teresak-esaknya aku mencari jawapan daripada Ilahi.

Buntunya doktor menggali jawapan tetapi tetap tidak berputus harapan. Aku, tidak bapaku kenali apatah lagi isterinya yang sentiasa disisi.

Dibacakan ayat Kursi sebelum dibawa untuk pemeriksaan lanjut kerana itu jalan terakhir untuk melihat jikalau ada ‘virus’ berada dalam otak bapaku, tetapi meraung bapaku seperti panas dalam kesakitan.

3 Qul, panas.

Ayat Kursi, panas.

Sungguh kami redha lalu terdetik kami untuk membawa ustaz ke hospital untuk bapa kami di Ruqyahkan.

Tiga hari bapaku hanya menjerit “Orrrkkk Orrrkkkk” seperti orang tidak siuman terencat otak.

Tetapi, sedang dia di Ruqyahkan, aku mengucap bersyukur panjang apabila ayahku terbangun dan terus bertanyakan;

“Pak dekat mana? Kenapa ada ustaz? Hari ini hari apa? Apa dah jadi dekat pak?”

Malangnya, tidak berhenti di situ. Tiba-tiba makku di wad tidak menyedarkan diri dirasuk jin ketika dalam proses Ruqyah.

Namamu naik kerana tidak berpuas hati dan dengki terhadap mak dan bapaku. Kau tidak berpuas hati kerana segala rancangan kau terbongkar.

Segalanya terbongkar kerana 1 tahun setengah sebelum semua ini terjadi, kami menyerang kau perempuan. Hasutan kau sungguh dasyat.

Kopi yang kau hidangkan pada bapaku semuanya kau jampikan. Tergamak kau perempuan kerana mengkhianati kami. Beberapa tahun kami menganggap kau seperti ahli keluarga kami sendiri.

Bapaku mengambil kau bekerja atas niat untuk membantu kerana engkau berasal daripada keluarga yang susah dan perlu menanggung adik-adikmu yang nun jauh di utara Perlis dekatnya dengan Siam.

Syirik kau perempuan hanya kerana merebutkan bapaku yang hanya menganggap kau seperti anak perempuannya sendiri.

Kami sebaya anak dara, tetapi tinggi sungguh cita-cita kau untuk bertakhta di pelamin anganmu bertemankan bapaku.

Disebabkan “angan-anganmu” musnah oleh kami, hilangnya harga diri kau sebagai seorang perempuan.

Tergamaknya kau perempuan menyihirkan keluarga kami termasuk kami 5 beradik, “guna-gunakan” mak bapa kami untuk tujuan membunuh dengan Minyak Mati Bunuh.

Kau ‘panaskan’ hubungan sepasang suami isteri (mak bapaku) dan ahli keluarga kami.

6 bulan mak aku disihir hari-hari dan pelbagai usaha serta rawatan telah kami cari. Kau fitnah bapaku pada keluarga kau hanya sebab kau malu dengan orang kampung.

Kau melakukan semua ini untuk menutup malumu kerana terpesongnya imaginasimu.

Begini rupanya orang susah dikampung seperti keluargamu yang bertopengkan kopiah? Membantumu untuk mengamalkan perbuatan syirik dan khurafat.

“Aku tak nak kau (Jari telunjuk tuju bapa pada bapaku), aku nak duit nya saja sebab itu aku buat dia jadi bodoh”, katanya jin.

Haihlah perempuan.

Sesungguhnya kau penuh dengan dendam dan hidup dalam dunia penuh ilusi serta khayalan. Tingginya angan-anganmu bernafsukan wang.

Kau perempuan bertopengkan tudung litup bagaikan wanita suci tetapi hilang maruah diri.

Maafkan aku kerana berkatakan sebegini, tetapi benar tak semua orang kampung baik seperti drama TV. Tidak semua perempuan yang zahirnya seperti perempuan Melayu terakhir itu, suci.

Semakin canggih dunia, semakin kuno generasi kita.

Dendam, dengki, nak cepat kaya dan bahagia semua pergi pawang.

Mana larinya iman kita? Mana tawakal, usaha, doa, qada’ qada, redha dan syukur kita kepada Allah yang Maha Esa?

Ya Allah, walaubagaimanapun terima kasih atas ujian yang kau menimpakan pada kami. Pelbagai hikmah dan terlalu besar pengajaran yang kau ajarkan kepada kami.

Sesungguhnya, aku memohon atas perlindungan terhadap mak, pak serta seluruh ahli keluarga kami daripada dianiaya oleh manusia dan jin.

Mungkin ada yang bertanya, kalau dah redha dengan ujian Allah, kenapa meluahkan?

Sebab, untuk dijadikan bukti yang kisah aku sama macam drama TV.

Sebab, untuk pengajaran anda semua supaya tidak menilai manusia melalui fizikalnya.

Sebab, untuk memberitahu perempuan di luar sana, janganlah mengganggu kebahagiaan orang lain.

Ini kisah 5 tahun lepas. Alhamdulillah semuanya baik selapas dia pergi jauh daripada hidup kami sehinggalah tahun ini, 2021.

Aku sangkakan dah tamat. Rupa-rupanya, ada lagi.

Setakat ini sahaja luahan aku. Aku dah tak mampu untuk sambung lagi sebab dah menggigil.

Aku harap, kalau ada dikalangan anda yang sebegini, aku merayu;

Bertaubatlah. Kembalilah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

– arima ialin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *