Coretan Si Skizofrenia III (Final)

Untuk part I, (https://iiumc.com/coretan-si-skizofrenia/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/coretan-si-skizofrenia-ii/).

So, hari hari terfikir bila aku nak mati. Berulang ulang kali dan aku selalu rasa orang sekeliling aku nak tinggalkan aku. Menangis2 aku sebab fikir mak bapak aku nak tinggal aku (nangis macam budak kecik tu,siap meraung lagi)

Tapi family aku memang totally support dan sangat memahami. Diorang cakap slow slow saja dengan aku. Belikan aku motor lagi, sebab aku kata jauh jalan g kelas padahal lek lek je. Lecturer2 yang rapat dengan aku banyak call aku, mesej aku tanya khabar. Kawan kawan aku ramai tak putus putus bagi semangat. (Time ni aku dah duduk rumah)

Aku jugak rasa takut sangat bila bunyi ketuk pintu. Takut orang datang bunuh aku. Kalau ada orang ketuk pintu, boleh menggigil takut. Ntah. Sebab aku rasa tak aman duduk dunia ni. Ramai orang jahat

Dalam berbulan juga aku begini. Taknak makan, taknak mandi, taknak buat apa apa melainkan menangis sebab rasa dah nak mati. Aku rasa useless ,rasa sangatlah bodoh, rasa kenapa Allah tak matikan aku cepat2

Aku cuba juga untuk jadi aku yang ceria balik, ya , aku cuba! Tapi hari hari aku bangun pagi , aku rasa useless. Perasaan tu wajib ada sampai ke esok pagi balik. Tapi aku dh boleh tidur dah time ni Alhamdulillah.

Time tu dah nak habis sem. Dalam dua tingga minggu nak final exam tapi aku duk fikir esaimen aku berlambak tak siap, summary aku tak buat lagi ,presentation aku macam mana. Aku nangis2 cakap kat ayah. Ayah aku yang banyak tolong buat kerja aku. Tolong bacakan apa semua sebab aku dah tak boleh faham dan hadam. Walhal time tu family dah fikir yang nak extend sem tapi masih berbelah bagi. Yalah. Banyak kerja aku tak buat.

Aku sejenis yang bukanlah orang kata free rider. Kalau dalam grup, biasanya aku agak aktif bagi idea and so on so aku menangis minta maaf dekat member esaimen aku aku minta maaf sebab tak buat kerja bla bla tapi masa yang sama aku tengah usaha juga cari bahan dan maklumat untuk kasi kat diorang. Padahal diorang dah maklum yang aku dah sakit. Tapi itulah. Perasaan amanah tu masih kuat untuk aku.

So,kami putuskan untuk extend sem di saat akhir. Yuran? Burn gitu aje. Sedih kan hmm. Aku kesian bapak aku tanggungan ramai sebab kami tak minta apa apa pinjaman. Sebab tu aku kena buktikan yang aku nak berjaya dan dekan. Tak sangka sampai kecundang.

Hampir dua bulan aku berubat rata rata sampai beratus ratus km ,kami redah. Naknya tengok aku sembuh. Hospital pun aku pergi. So both la aku dapat rawatan. Dan akhirnya berkat doa mak ayah aku yang diorang sembahyang hajat tak tinggal dan minta doa dari semua, aku dah beransur pulih. Nampak perubahan positif dekat aku.

Sebelum ni aku stress dengan macam macam. Aku taknak sambung belajar. Nak quit , terus aku semangat nak sambung belajar balik. Alhamdulillah

Antara pesanan mak ayah aku, belajar jangan mengharapkan kita nak dekan. Rilek rilek je. Enjoy belajar, yang penting dapat ilmu sebarkan ilmu yang dapat dimanfaatkan dengan orang lain. Dulu dulu ibu ayah takdelah dekan pun. Cukup2 makan aje. Tapi at last grad juga. Family aku jenis tak kesah aku dapat apapun. Asal aku sihat. Boleh belajar balik.

Start pada tu aku dah kata kat diri sendiri. Ok bunga! Allah nak kasi ,kasi. Dan andai Allah kata bukan untuk aku, banyak lagi rezeki yang lain Allah nak kasi.

So lepas cuti sem habis tu , aku sambung belajar balik. Macam biasa. Aku dapat kawan baru lagi sebab semua kawan kawan aku dah naik sem. Pada awalnya aku agak sedih sebab hmm ya lah. Tapi takpe. Aku cuba cari hikmah.

Aku buat kawan baru dan kebetulan sem tu agak sikit je kemasukan. So kami rapat semua. Aku mula rasa bahagia. Yang dulunya aku selalu rasa nak dekan. Sekarang dah takde langsung.

Aku just kata, buat yang terbaik dulu. Dan Allah bagi lah nanti insha Allah swt.

Oh ya, macam mana dengan member lama aku yang aku gaduh tu? Alhamdulillah kami tersangatlah rapat. Sepanjang satu sem tu, tak pernah gaduh dan makin rapat dari hari ke hari. Nak cari titik keserasian ambil masa, bukan terus kita buang bila tak jumpa. Aku sayang sangat beliau.

Untuk awak, (kalau awak baca ni), terima kasih tau sebab jaga saya, selalu tanya saya kalau saya join program ni, stress ke tak, tolong bantu saya buat esaimen, jadi sahabat dunia akhirat saya ya!

Ok ,bila time exam, macam biasa , aku akan make sure aku takkan stress so aku akan study awal awal

So, aku jumpa member member study aku yang baru. Yalah. Sem baru kawan baru heheh. Alhamdulillah kami sangatlah bahagia time study walhal esok pagi exam. Hehe. Sangatlah bahagia.

Alhamdulillah time exam okey. So bila cuti sem ni , result keluar. Alhamdulillah aku dapat dekan. Bukan setakat dekan. Aku dapat semua A. Alhamdulillah

Aku menangis terus sujud syukur, banyak rezeki Allah swt kasi kat aku. Aku harap aku boleh handle stress aku pada masa depan aameen, doakan

Oh ya, aku ni orang kata budak pandai. Tapi aku tak percaya dekat diri aku. Aku jenis yang lemah keyakinan kat diri sendiri. Yalah. Dulu2 orang mengata aku gemuk, macam pinguin berjalan, buncit. So tiap kali nak present ,aku malu. Pastu time belajar aku rasa aku tak pandai sebab ramai lagi orang pandai pada aku. Ya. Tetap aku tak nafi

Tapi macam manapun kita kena redha dan bersyukur. Kan dalam quran Allah swt kata bila kita syukur, Allah akan tambahkan lagi niimat.

So alhamdulillah, happy ending story kan? Hehehe tapi aku tau, perjalanan untuk aku hidup masih panjang. Lecturer aku jugak pernah kata, macam “mana nanti awak stress dengan suami, dengan anak2?” Persoalan tu agak dalam tapi yaa.

Setiap manusia ada jatuh bangun dia kan? So aku berharap suatu hari nanti aku dapat jodoh yang baik2, penyejuk mata ,dan dapat bertahan dengan penyakit aku ni. Aku cuba jadi yang baik, anak solehah, kawan yang baik, anak didik dengar kata. Mana mungkin Allah swt nak zalim kan?

Aku nak bebanyak terima kasih dekat family aku sebab support aku,kawan kawan aku terutamanya member yang pernah gaduh. Terima kasih banyak2 ye awak sebab selalu concern sampai sekarang. Sayang semua

So here, kongsikan sikit apa perlu buat bila seseorang individu ada mental illness macam aku.

1) Jika kau sendiri.

– Bila dah dapat tanda kau tak boleh cope stress, tolong, aku merayu, serahkan diri kau dekat doktor atau kaunselor. Mereka tahu apa perlu buat. Buang jauh jauh stigma yang kau fikir kalau aku jumpa, mesti orang kata aku gila. No! Nasihat aku pergi jumpa.

– Tolong jauhkan diri sementara dari rakan rakan yang negatif /media sosial yang berlebihan, media sosial kan tempat segala orang tunjuk kebahagiaan dan kekayaan dan segala jenis macam yang boleh buat kita down, so saranan aku, jangan unless kau ok with it.

– Buat apa yang kau rasa kau suka dan bahagia bila kau buat benda tu, seperti aku, aku suka ke pantai, so, parents aku bawak hampir tiap hari ke pantai. Ada yang lain, suka berjogging dan sebagainya, buat apa yang kau suka. Keluar dari kepompong stress kau.

– Bila doktor kata kau kena makan ubat, tolong jangan tinggal even kau dah sembuh. Kalau tak nak makan juga, jangan terus tinggal. Slow slow (tapi saranan aku jangan tinggal) bahaya.

2) Untuk family dan rakan rakan.

– Aku sarankan buat korang yang ada family atau kawan-kawan begini, tolong buat research sikit pasal mental ilness ni. Kalau ada talk pasal ni, pergi, dan jangan mudah membuat penilaian dekat orang.

– Tolong dan tolong sentiasa untuk bersama mereka lebih lebih lagi waktu sakit. Apa yang kami nak cuma dorongan dan semangat dari kalian. Mungkin korang bosan dan serabut tapi aku minta tolong, apa yang kami inginkan hanyalah semangat yang tak putus asa walau sebenarnya kami putus asa dengan diri sendiri.

– Aku merayu juga supaya jangan cakap yang negatif dekat mereka yang tengah ada mental illness ni. Lagi bertambah rasa tak berguna dekat diri sendiri.

Akhir kalam, Allah swt yang bagi sakit, Allah swt yang bagi sihat. Percayalah tiada siapa dalam dunia ni yang Allah swt tidak diuji. Ingat, setiap ujian berbeza dan Allah swt tau kita mampu kendalikannya. Aku cuma nak pesan, seberat apa pun ujian, itu tanda Allah swt nak kita berbahagia selamanya di syurga. Moga pembaca sekalian akan dikurniakan syurga paling tinggi atas kebaikan kalian.

Salam sayang,

– Bunga yang sentiasa mekar dan tidak akan pernah layu lagi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *