Bismillah.
Assalamualaikum admin. Andai post ini di approve, terima kasih sy ucapkan.
Ada beberapa perkara yg saya rasa nak kongsi tentang realiti pelajar sekolah dimalaysia terutamanya melayu. Sedih sebenarnya bila tengok. Maaf nak kata, melayu makin hanyut. Hanyut dalam zon selesa dek ditanamkan dlm fikiran, melayu ada kelebihan dr segi scholarship dan penerimaan ke universiti. Alahai dik, zaman sekarang hidup makin susah. Semua org berlumba lumba nak jadi yg terbaik, tp malangnya majoriti pelajar melayu masih hanyut. Malas. Masih hanyut dengan cinta. Masih mahukan org utk beri privilege. Tapi usaha mana ? Nan hado! Kalau ditanya, masing masing cita2 tinggi nak jadi doctor, engineer, arkitek… tapi tepuk dada, tanya mana usaha? Itu bab usaha.
Bab agama, pelajar sekarang ramai yang hanyut. Hanyut dan lemas dalam cinta. Dik, sekarang waktu utk awk belajar. Bukan utk bercinta. Tlg lah tahu priority awak. Mulanya hanya sms, lepas tu on the phone, jumpa dating dan seterusnya macam2 boleh jadi. Kenapa lah dibazirkan energy utk buat benda yg tak beefaedah mcm tu? Lebih baik belajar, bukan? Solat pula, makin ramai yg tidak cakna. Bhg ini, tak tahu nak salah kan siapa. Sekolah? Cikgu? Ibubapa? Kami di sekolah , mmg ajar anak2 solat. Tapi bila dirumah? Wallahualam.. samada di praktikkan atau tidak. Kami cikgu sedaya upaya mengajar dan mengajak anak tuan puan utk solat 5 waktu, berjemaah. Kiranya tak dibuat, dikira sbg melanggar peraturan. Bila kami denda, kami pula yg diserang. Salah kah kami ajar benda yg elok/wajib kpd anak tuan puan? Dimomokkan dgn saman malu kerana menghukum anaknya sebab tak solat. Allah! Ibubapa apa mcm ni? Kita kena sama2 berganding bahu ajar anak kita solat, ingat Allah. Sanggup ke tuan puan tengok anak2 makin hanyut? Pernah kami tangkap pelajar lelaki dgn perempuan, mula nya ws shj sbg kawan, kemudian bersayang, dan lepas tu mula cakap benda benda tak elok dlm ws. Bila kami panggil ibubapanya ke sekolah utk bincangkan hal ini… kami dimarah dan diherdik supaya jgn masuk campur urusan anaknya. Hanya kerana tak mahu anak stress. Kami yg dengar ni lagi bertambah stress! Katanya kiranya anak nya tahu yang ibubapanya tahu, pihal ibubapa tak kan teragak2 utk saman malu terhadap kami.
Baru2 ini , pihak sekolah ada mengadakan hari akademik (pertemuan antara guru dan ibubapa bagi pelajar lemah). Respon yg sy dapat “kenapa anak sy lemah? Cikgu tak reti ajar lah saya rasa”. “Lama lg ke cikgu? Sy byk kerja lain”. Allah. Nampak sgt betapa tak ambil endah tentanh pelajaran anak2. Hm
Disiplin pelajar juga makin merosot sejak akhir2 ni. Mungkin faktor stress , dah nak dekat exam, makin banyak salahlaku yg dibuat. Nak senaraikan setiap satu, tak mampu sy. Tapi cukup untuk sy katakan, kesalahan mereka buat dikala ini adalah kerana kurangnya pantauan dr ibubapa di rumah. Rata2 pelajar yg melakukan salahlaku, dah mula buat perkara tersebut sejak dari rumah. Alasan yg mereka beri bila kita lakukan siasatan, “tiada org dirumah”, “ibubapa terlampau busy”, “kami mmg tak solat dirumah”, “sepupu sy ajar sy ringan2 dirumah”, “belajar dr video yg ayah download dalam laptop” dan sebagainya. Allah. Sedih dengar.
Wahai ibubapa yang sy hormati, tlg lah. Ye benar, kerjaya itu penting utk hidup yang selesa. Tapi Luangkan masa bersama anak. Selidik apa aktiviti masa lapanh anak2. Check dengan siapa mereka berkawan. Letakkan lah limit dalam kebebasan anak2. Jgn jd hamba pd anak2. Didiklah mereka. Dengan agama. Dgn kasih sayang. Rotanlah bila perlu. Jgn terlampau sayangkan anak hingga percaya mereka seratus peratus. Let there be some doubts. Anak pasti akan berkelakuan baik depan ibubapa, blkg ? Wallahualam.
Semoga kita dapat ambil iktibar dan lakukan terbaik. Moga Allah redha dgn setiap usaha kita utk didik anak2 kita.
– Guru Buntu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit