Couple??

Assalamualaikum sahabat-sahabat iiumc..

Apa khabar iman kalian today??? tengok tajuk tu,korang rasa benda apa aku nak cerita? opkoslaa pasal couple kan? ada yang pernah tanya,dosa ke tak erk kita couple? best ke tak couple? apa rasanya couple ni ye? sweet sour?bitter?

For sure,setiap benda yang indah tu semuanya nampak manis.Tapi,dalam setiap kemanisan pasti ada kepahitan..Tak faham? Contohnya macam cekelat..cekelat tu maniskan?tapi,kalau hari-hari kita makan satu kontena cekelat,apa kesannya 2 hari kemudian? tentunya kita akan dapat kencing manis..begitulah juga dengan couple.Masa bercinta,semuanya indah..Kentut pun bau perfume.Cuba kalau dah gaduh,silap-silap kucing dia pun kita boleh bencikan? Lain pula rasanya bila cinta lepas nikah.Bila nikah kerana Allah,cinta tu makin hari makin rasa menggebu.Setiap hari rasa teruja nak jumpa si cinta hati.Bila ada salah faham sikit pun,masing-masing akan kembali kepada Allah.InsyaAllah,moga kita semua dikurniakan cinta yang indah ini.

Ok,kembali ke point yang sebenar-benarnya. Sebenarnya aku nak cakap,untuk korang yang tak pernah couple tu…aku mohon sangat tolonglah jangan terus me'neraka'kan si couple.Even hina si couple tu pun plisss oh plisss laaa jangan..Kenapa aku cakap gitu? Meh sini aku nak share cerita aku..

Actually,aku tak pernah couple pun.Kawan dengan lelaki pun tak..Cuma dulu,bila aku nampak sahabat aku kawan dengan lelaki..aku cakap "boleh ye kawan dengan lelaki?'.Aku tak cakap pun depan-depan kawan aku tu.Aku cuma bisik sorang-sorang diri je..Tak sangka,Allah tu benar-benar nak uji aku.Entah macamana,aku boleh tersesat dalam dunia YM.Rasanya orang yang seusia aku,mesti tahu YM tu apakan? Dalam YM tu,aku kenal dengan macam-macam orang. Kawan lelaki makin bertambah.Nampak tak? Dulu kutuk sangat orang ada kawan lelaki,sekali aku ni yang berduyun-duyun kawan lelaki.

Sampai satu masa tu,aku tersangkut dengan sorang mamat ni.Aku kawan rapat dengan dia.Semua cerita kitaorang share sama-sama..Tapi,kitaorang tak pernah declare apa-apa..Waktu tu,aku rasa aku dah hanyut dalam cinta manusia even kami tak pernah berjumpa.Cinta Allah aku lupakan..Dan selepas setahun kami kenal,Allah uji hubungan kami.Si dia tinggalkan aku terkapai-kapai sendirian..Menangis tu jangan cakaplaa.Rasa macam tak boleh nak hidup bila tanpa dia.Serius,bila ingat balik rasa macam bodoh je aku time tu..

Honestly,time sendirian tu..baru aku sedar.Hanya Allah yang paling setia dengan aku.Tak pernah melukakan.Tak pernah meninggalkan.Cuma Allah yang paling baik dengan aku.Aku tahu,aku dah banyak kecewakan Allah.Aku ketepikan Allah.Dan saat Allah datang menguji,baru aku sedar segala salah silap aku..Baru timbul rasa bersalah sebab aku pernah pertikaikan 'salah' yang orang buat.Sedangkan sepatutnya time tu aku hadir menasihati sahabat aku.Bukan hanya mengata di belakang.Sepatutnya juga aku bantu sahabat aku dekati Allah bukan dekati ajnabi.Ya Allah,berdosanya aku…

Dan untuk adik-adik/sahabat-sahabat yang bercouple..
Bercinta tu tak salah.Sebab ianya adalah fitrah.Semua orang nakkan kasih sayang.Merasa dicinta dan mencintai.Merasa ada orang sudi ambil berat.Cuma,sudi tak kalian halalkan hubungan tu dengan nikah? Kalau ada rasa minat kat seseorang kan,simpan dulu rasa suka tu dan luah laa dekat Allah.Allah yang pegang hati manusia dan Allah jua pasti boleh buat si dia suka kat kita.Tapi,janganlaa bila si dia dah suka kita tu..kita ajak dia couple,dating sampai melting.Janganlaaa k?

Sebelum tu,izinkan aku share sesuatu untuk korang.Jangan jadikan ia sebagai alat untuk menghukum,tetapi jadikanlah ia sebagai alat untuk kita kembali mendekat kepada Tuhan.InsyaAllah..

"Hati yang paling jauh dengan Allah adalah hati orang yang bercinta.
Semakin dia ingat orang yang dia cintai,semakin dia jauh dari Allah"
……
"Aku dapati di dalam bercinta (sebelum nikah),
terdapat banyak dosa besar di dalamnya "
(Imam Al-Ghazali)

Dan yang terakhirnya,buat yang masih sendiri,yang masih single-mingle,yang masih setia menanti si pendamping diri..Nah aku hadiahkan sejambak 'cinta' dari Allah.

"Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karuniaNya kepadamu sehingga engkau menjadi puas".
(Surah Ad-Dhuha: 5)

Jom sama-sama menangis dalam memenangi cinta Allah..^_^
InsyaAllah.

– cik cinta

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Tahniah , anda berjaya mengenal diri sendiri , kalau manusia dah faham kenapa dia masih bernafas , kenapa Allah swt terbitkan matahari di timur , dan tenggelamkan di barat , kenapa Allah hantar hujan dan panas , semuanya menunjukkan kepada diri kita hanyalah hamba …jom jadi hambanya yang terbaik .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *