Untuk part I, (https://iiumc.com/crush-15-tahun/).
Salam semua, terima kasih atas setiap doa semoga berbalik pada kalian.. Nama suami saya bukan Wan ye.. itu adalah samaran hihi, bukan nama betul.. Dan cerita ini bukan novel atau cerpen, cerita adalah benar ye.
Bukan segala saya alami dalam hidup ni manis-manis sahaja, ada turun naik juga seperti hal family, kerjaya, dengan Wan pun ada dugaan juga bukan terus bahagia sahaja..
Ujian kenal hati budi lepas kahwin berbeza waktu berkawan baik berbelas tahun tapi alhamdulillah kami mampu bahagia dengan cara kami.
Ada yang kata, nanti dia akan cari dan suka orang lain.. cuba lah kita berbaik sangka pada kehidupan orang lain dan doa yang baik-baik, memang dunia sekarang ramai lelaki jahat dan penyondol tapi bukan bermakna tiada lelaki yang baik.
Wan ini lelaki yang jujur, waktu kami decide nak kahwin dia fikir dia mampu tak nak jadi suami dan ayah yang baik. Agak lama masa dia ambil untuk yakinkan diri, now cinta terbesar dia anak perempuan sulung kami.
Saya juga minta maaf tak dapat share fb or tiktok, saya cerita dalam ini sebab tak nak dikenali, hanya kami berdua yang tahu 100% cerita kami, kami berdua tak aktif sosial media, sibuk kerja dan family sahaja.
Berbalik pada kisah dulu, waktu saya jumpa Wan waktu belajar, dia baru lepas accident teruk, dia ada parut kekal dekat muka dan kulit dia tak secerah dahulu tapi masih hemsem dan manis.
Wan pun ada kekurangan tapi sebab parents dia bercerai dia sangat benci bab curang ini..
So saya yakin Wan tak akan ulang apa dia alami waktu ayah dia curang, minta maaf B kalau awak baca, huhu.
Saya boleh kata dia klon hisyam hamid kalau nak tahu muka dia cuma dia kurus sikit.. Dan Wan ada je bercinta waktu dia pindah sekolah cuma saya yang tak pernah bercinta langsung.
Saya kerap buat solat istikharah waktu perasaan kuat sangat pada Wan selepas jumpa semula di U, saya minta Allah jauhkan jika bukan jodoh sebab buang masa, tapi kalau dah jodoh lari mana bertemu jua.
Waktu dia lamar saya, dia just cakap, “Weyh *** jom kahwin” itu sahaja.. Then saya ingat dia main-main, tapi dia sampai jumpa family saya dan now inilah kami.
Waktu umur 5 tahun ini memang saya suka dia.. Ada sesetengah memori saya masih ingat dengan jelas, suka bukan bermakna gatal sebab saya sorok perasaan berbelas tahun, sebab saya ada perasaan malu yang tinggi.
Waktu darjah 2 saya ada kenangan kejar dia dengan pembaris panjang sebab dia tarik tudung saya, saya ingat jelas muka dia zaman sekolah rendah waktu dia naik basikal dan jeling pada saya.
Rupanya kaki buli sekolah rendah ini berkenan dengan kita ini, hihi..
Waktu kecil memang saya suka sebab dia hensem tapi bila besar saya nampak banyak kebaikkan dia.
Waktu sekolah menengah dia soft spoken, baik sangat, hormat wanita, bukan jenis lelaki gatal.
Saya pun dulu masa 5 tahun suka mandi hujan, main masak-masak, main lastik, congkak tanah, kotor sana sini tapi just suka tengok Wan, cuma sekarang dah besar saya faham saya describe dia hensem waktu itu.
Saya pun tak ada terkejar atau terhegeh pada Wan waktu suka dia, just tengok dan pendam sampai dia mula berkawan rapat dengan saya.. Then baru saya cuba rapat, tapi berbatas kita perempuan islam.
Saya harap terjawab sedikit persoalan kalian.. Terima kasih semua, moga yang baik-baik untuk kehidupan kalian.
– Ameena (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit