Assalamualaikum dan hai semua. Berkenaan dengan tajuk, ini merupakan kali pertama saya menulis di sini. Saya tak pasti sama ada penulisan ini memberi makna kepada pembaca. Jadi anggap sahajalah ini coretan santai dari saya.
Saya Noona (sudah tentu bukan nama sebenar), berumur 36 tahun dan bekerja dalam sektor kerajaan. Penulisan ini adalah dari hati dan saya berharap sangat agar crush saya juga di kalangan pembaca page ini sebab baru2 ini saya dapat tahu yang kedua2 crush saya ni masih single.
Korang tau tak, saya rasa happy sangat. Saya tidak pasti sama ada mereka di kalangan pembaca di sini, dan kalau ya, saya tidak pasti jika mereka dapat meneka siapa saya.
Saya ada dua orang crush. Kedua2 nya saya minat sejak saya di bangku sekolah lagi. Ini bukan cinta monyet kan? Sebab cuma saya sahaja yang punya perasaan terhadap keduanya.
Dulu masa sekolah menengah, saya ni bukanlah kategori budak pandai. Hanya seorang pelajar pertengahan sahaja.
Markah setiap ujian pun cukup makan tapi bukanlah tercorot atau sering dapat markah teruk ya. Sekadar lulus la. Berkawan pun di kalangan budak pertengahan jugak. Tiada apa yang menarik pun kalau nk cerita pasal saya.
Crush saya yang pertama ini saya panggil Apek ya sebab muka dia macam cina. Mata sepet, kulit putih, kurus tinggi dan bercermin mata. Budak baik dan pendiam di mata saya. Dan dia jugak adalah pelajar contoh tau sebab selalu dapat nombor satu dalam kelas.
Tu yang saya suka walaupun saya tidak berapa pandai berbanding dia. Pendek kata dia macam budak nerd. Dia macam nerd pun saya tau sebab budak bijak kan. Tapi saya suka macam tu je la.
Jadi baru2 ni, semasa saya nak balik dari kerja saya sempat berborak dengan seorang kakak ni yang saya namakan Kak Milah.
Kitorang kerja satu jabatan tapi dia dari unit lain. Kami sembang pasal jodoh. Saya dah lupa topik apa yang diborak hari tu tapi yang pasti Kak Milah cakap kat saya macam ni
“Kau tak nak kat Apek ke Noona. Dia pun masih single jugak?” -Kak Milah
“Sape Apek kak? -Saya macam blur kat situ.
“Apek.. Kawan sekolah kau dulu tu.” -Kak Milah.
Laa, rupanya Apek crush saya yang dulu ni anak saudara Kak Milah. Apek sekarang kerja sebagai pensyarah lat salah satu Universiti kat semenanjung.
Saya cuma mintak Kak Milah sampaikan salam je kat Apek. Rasa happy sangat sebab dapat dengar khabar berita kawan sekolah lama kan. Cumanya saya rasa segan. Entah la korang. Jadi cerita Apek ni berhenti di sini ya.
Crush yang kedua ni pulak saya panggil Jaafar. Sebab baru2 ni saya ada stalk FB dia.
Tengok dari rupa paras tak banyak berubah sangat. Berkulit sawo matang, muka bulat dan rambut ikal. Mungkin dia agak chubby dah sekarang. Bila tengok macam rupa Jaafar Onn pun ada. Sebab tu saya nak panggil crush yang kedua ni Jaafar. Hehe.
Jaafar ni budak pandai jugak. Kami bertiga dan Apek adalah sekelas. Tapi Apek dan Jaafar adalah budak pandai. Apek tu pelajar contoh dah. Jaafar mungkin dalam Top 5 pelajar terbaik. Personaliti Jaafar ni lain sikit. Dia agak ekstrovert berbanding Apek yang introvert.
Jaafar ni mulut dia macam bertih jagung kalau dalam kelas. Suka bergurau menyakat kawan2, suka bercakap pasal politik, suka ketawa dan baik hati.
Dia ni mula2 berpindah ke sekolah saya semasa tingkatan 4. Hari pertama dia dalam kelas pun saya dah mula tertarik. Sebab dia comel di mata saya. Dia ni apa saja ayat yang keluar dari mulut dia semuanya kelakar bagi saya.
Tak pasti la sama ada saya ni jenis yang mudah terhibur ke atau apa. Entahlah. Setiap perlakuan dia semua nampak comel di mata saya ketika itu.
Sampaikan setiap kali dia nak balik, dari dia naik motor sampai la keluar lorong jalan pun saya akan tengok curi2 tau. Sampai begitu sekali saya tangkap cintan.
Ada masa bila kawan rapat saya tengah berborak pasal apa entah saya pun tak pasti sebab saya tak fokus. Fokus saya cuma Jaafar nak balik je masa tu. Haha. Naik motor pun comel. Aduhai.
Ssmasa tingkatan 6,Jaafar dapat tawaran ke tingkatan sains kat tempat lain. Saya dan kawan saya Anna (bukan nama sebenar) memohon untuk ke sekolah situ jugak walaupun pada hakikatnya keputusan SPM kami tidak layak pun untuk masuk ke sekolah itu.
Anna ni teringin nak ambik subjek sains katanya. Jadi dia pun pujuk saya untuk ikut dia. Dan kami pun buat rayuan untuk masuk ke sekolah tu. Akhirnya kami berdua berjaya.
Di sini lah perasaan saya kat Jaafar semakin kuat apabila saya dapat tau yang Jaafar ada memohon untuk masuk ke Maktab. Kami sama2 berada dalam kelas tingkatan sains masa tu. Dia bercerita dengan Anna yang dia sudah pun memohon.
Saya yang duduk sebelah Anna cuma jadi pendengar saja. Dalam hati dah rasa lain. Jaafar mungkin akan dapat masuk ke Maktab kali ni dan dia dah buat rayuan dah pun. Saya sedih tapi kagum dengan dia. Sebab dia kan budak pandai. Ada cita2 dan kuat semangat nak buat apa yang dia nak.
Nak tau tak, betapa saya sangat sukakan Jaafar ni bila saya hanya terdengar tapak kaki dia ketika berjalan pun saya boleh teka itu adalah dia. Bau minyak wangi dia dari jauh pun saya boleh hidu.
Kalau masuk waktu asar atau mahgrib, saya akan intai kat celah tingkap sebab nak tengok kelibat dia pergi surau.
Dulu saya tinggal serumah dengan Anna. Anna adik warden asrama. Jaafar pulak tinggal di asrama. Disebabkan flat warden bersbelahan dengan surau, jadi saya mudah tengok kelibat Jaafar kalau dia nak pergi ke surau.
Begitulah angau saya kat Jaafar ni. Orang lain mungkin tengok dia biasa saja. Tapi bagi saya dia ni menarik perhatian saya. Jaafar akhirnya berjaya mendapat tawaran ke Maktab. Dia happy giler bila cita2 dia hampir tercapai.
Saya pun happy jugak. Tapi masa yang sama, saya sedih. Saya takkan dapat tengok dia lagi lepas ni. Saya akan rindu nak tengok kelibat dia, rindu bau wangian dia kalu dia lalu di sebelah.
Anna selama ni tak tau yang saya ada simpan perasaan kat Jaafar. Benda ni kantoi bila saya menangis tersedu selepas habis solat,saya tak mampu tahan sedih bila Jaafar last day kat kelas hari tu. Sendu giler rasanya.
Tapi itulah kenangan. Saya menulis hari ini sebab saya dapat tau yang Apek dengan Jaafar masih single. Saya happy sangat. Saya tak tau macam mana nak mulakan perkenalan semula. Sebab saya ni gadis biasa saja. Ada rasa malu.
Mungkin kalau kedua2 nya antara pembaca di sini, saya berharap cerita ini sampai kepada mereka. Kalau bukan jodoh pun, saya masih ok. Semua orang dah ada kehidupan masing2. Dan mungkin jugak ada pilihan sendiri.
Maaflah andai cerita saya agak panjang sebab saya tak nak ada sambungan. Apa pendapat korang melalui cerita ni? Merapu ke? Atau sia2 ke? Terpulanglah. Sekurang2nya saya dah meluahkan rasa hati.
Terima kasih semua.
– Jelly (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
macam mana diorang tu nak notice kalau sis takguna nama diorang yang betul, walaupun diorang baca? tapi, harap harap sis dapatla jawapan hehe