Aku adalah seorang suami yg juga manusia biasa xlepas dari buat silap. Ada masa2 mood stabil, ada masa2 x. Tapi xpernah sekali angkat tangan pada isteri. Banyak perkara isteri aku main lepas ckp smpai melukakan hati ni. Tapi aku diamkan sebab aku yakin isteri aku xsengaja dan dia masih muda dan dia juga masih belajar untuk jadi isteri yg solehah.
Kerja2 rumah mcm basuh baju, jemur baju dan lipat baju kebanyakannya aku buat sendiri. Kdg2 isteri aku tlg. Tapi aku gemar buat sendiri dan aku biarkan isteri aku fokus pada jaga anak sahaja. Sebab aku faham penat seorang ibu berjaga malam untuk jaga anak dan menyusu anak.
Isteri aku mmg sensitif dan mudah merajuk. Sebab tu aku sentiasa minta maaf dan peluk dia walaupun aku xsalah tapi aku rela minta maaf sebab nak pujuk dia.
Dalam banyak hal mmg aku banyak mengalah dgn isteri aku. Sebab aku yakin ni caranya nk tundukkan ego aku. Dulu sblm kawin mungkin aku ego, tapi lps kawin banyak berubah. Aku jadi lebih penyabar, dan lebih rasional dlm buat keputusan.
Mungkin ada yg tertanya2 best ke kawin?Ye kawin mmg best tapi jgn fikir nk seronok je. Tanggungjawab kena fikir juga tambah2 seorang suami ni ketua keluarga. Kena banyak fikir sblm buat apa2. Bukan buat dlu baru fikir. Lps kawin juga suami kena banyak mengalah dgn isteri. Sebab suami kena faham yg dlm byk hal isteri akan lebih cenderung kpd ikut emosi berbanding fikir secara rasional sebab itu talak terletak pada si suami. Sebab aku faham yg isteri aku ni ibarat kertas yg nipis, kena jaga elok2 perasaan dia. Bagi aku seorang isteri ni selayaknya dilayan sebaik mungkin.
Ada masa2 aku rs kecewa dan sedih sebab isteri aku kuat merajuk. Tapi aku fikir positif, yg Allah sbnrnya nak uji aku. Ujian dlm rumah tangga ni banyak. Kena banyak bersabar.
Aku lebih hargai isteri aku lps dia bersalin anak pertama. Yela, aku fikir betapa tabahnya seorang isteri blh tahan sakit sebelum dan selepas bersalin. Dengan keluarga dia jauh. Akula jadi pakar motivasi nak bg isteri aku kuat semangat utk bersalin. Org perempuan ni perlukan kata2 semangat dari suami dia. Jgnlah abaikan isteri sbb dia mengomel sakit ke apa. Orang laki tak rs sakit mengandung dan bersalin.
Bagi sape2 nak kawin. Korang kena fikir pasal sume ni. Jgn sng2 kawin, lps kawin nk cerai sbb xngam ckit. Kepala bana dia. Kawin ni byk tanggungjawab. Kena fikir utk jangka masa pjg. Kalau rs xleh nak bg komitmen jgnla kawin lg. Suami lps kawin xleh dh nk buat gaya hidup bujang.
Apa aku xbuat lps kawin n jd bapa. Tukar pampers anak aku buat, basuh baju2 anak yg kotor pn aku buat. Nk mandikan anak aku tlg isteri aku mana patut. Time nk makan gilir2 la jg anak. Cara aku, aku suruh isteri aku mkn dlu sebab aku tau dia paling lapar sebab tenaga byk habis menyusukan anak. Aku xmenyusukan anak, blh lg tahan lapar utk sekejap.
Aku xla perfect tapi aku cuba utk jadi suami yg baik dan aku xkn sesekali lafazkan perkataan cerai atau kawin lagi. Bagi aku cukupla isteri aku sorg sahaja. Cukuplah dia jadi peneman aku di syurga nanti. Kalau nak ikut nafsu mmg xkn pernah puas. Ada saja benda yg xckp dan xkena. Kenala lawan nafsu tu. Biasa lelaki kalau lps kawin mesti ada yg jd liar ckit. Para isteri kena pandai kontrol n layan suami. Jg baik2 jgn bg suami pandang kearah pmpuan lain. Pakai cantik2 utk suami korang je. Jgn time dok rumah korang jd nenek kebayan, keluar rumah korang jadi model plak.
Okla aku nak citer tu je. Ada masa mungkin aku sambung utk part 2. Korang yg suka nak kondem org tu simpanlah rs nk kondem tu dlm poket korang. Korang pun banyak lagi benda nak kena belajar. Belajar dari pengalaman org lain pun ilmu untuk korang jugak.
– Bro Termenung