Try sekali confess di sini…
Assalamualaikum wb selamat hari raya aidilfitri .. ok direct kepada point.. aku ni lelaki, baru habis belajar degree., al ceritanya sepanjang bulan puasa dan menjadi penganggur ni. Bila pergi majlis or jumpa member dan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik mesti akan tanya.. kerja mana sekarang? Buat apa sekarang?
Secara jujurnya aku jawablah.. duduk rumah memasak dan lain2 je,, jujurnya aku jawab dengan selamba dan aku tidak rasa terhina pun.. tapi macam biasa mesti kawan2 dan pak cik seolah macam memperli,, takkan duduk rumah je? Biar betul? Kerja la .."takkan nak masak je?" Dengan senyuman selamba aku hanya bkh berkata daa hati… Je!!.. tidak mengapa kalian janganlah salahkan lelaki kerana mereka tidak faham.
Aku jawab la balik… itu pun tidak sempat dan sudah terlalu sibuk, tetapi tidak mengapa sebab aku faham kenapa mereka mengatakn seolah dudk rumah tidur makan dan rehat-rehat sebab kerja memasak je..
Jadi aku nak ceritakn disini sedikit perkongsian sepanjang aku menjadi suri rumah ni.. jangan ingat senang dan tidak penat.. aku nak cerita satu2 dari bangun tidur..
Tidur biasa bulan puasa pukul 12… pukul 3 dh nk kene bangun.. mandi minum air qiyam.. pukul 4 nk kene masuk dapur masak…or prepare sahur.. tidur 3 jam je babe…. pastu basunh pinggang mangkuk,, jemur kain,,basuh puyuk dan kuali tengok2 jam ada la pukul 9 or 8.30… bulan puasa nak kene mengaji weh… sambung mengaji plak…
Pukul 10 pagi selepas sembahyang dhuha…nak kene pergi ke kedai.. biasanya kalau ke kedai ni.. dalam 2 jam or lebih.. pukul 12 or pukul 1 tenghari balik.. lepas zohor je…terus duduk dapur… yang mana kene siang kita siang…
Biasa kalau beli ikan.. ayam or daging.. semua sudah disusun mengikut nak masak apa dan apa… biasanya dari selepas zohor dalam 3.30 baru siap semua… sayur nak kene basuh, sehelai2… ayam nak kene cucu seketul2.. dan semua lah…
Pastu sambung masak lagi sampailah dekat berbuka.. tgk la berpa jam kerja… tdr 3 jam sehari.. means seolh bergerak 21 jam kot..
Mesti yg laki fikir hek eleh.. duk dapur je pun.. bukan pergi mana… aku faham sebab aku laki.. kawan2 aku pun lelaki jugk… kebanyakn lelaki tidak tahu.. memasak ni susah jugak.. kecuali kalau hari2 nak makan ikan goreng je.. haha.. aku ni takdala power sangat.. tetapi.. boleh la nak masak apa tu… sebut je nak makan apa aku akn buat.. ikan merah, ikan siakap, sup tulang, sup kaki, segala jenis gulai.. dan mee or kue teow.. or kuih2 traditional tu blh la sikit2.. bukan nak bangga tapi cuma nak bagitau bila kita memasak yang betul2 punya masak.. dengan menu yang berbeza, buat betul2 sedap cukup rasa,, akan rasa la penat dan susah tu..
Belum masuk bab nak balancekn khasiat, nak matchingkan nasi, lauk dan sayur.. dan jugak deman.. bayangkan kalau yang tu nak makan masin, yang tu tak boleh masin, yang tu nak pedas dan yang tu tak nak pedas… baru dari segi rasa nak kene asingkan.. kene pulak ikut demand.. mak nak makan apa.. adik nak makan apa.. kalau raya lagila pening.. biasa kalau aku memang tak tidur malam la masak.. deman semua orang nak kene penuhi.. masa ni baru la kalian tahu betapa penatnya memasak… n jadi suri rumah…
Try la wahai lelaki,, memasak yang terbaik, menu yang terbaik dan kompleks, memenuhi citaras semua, demand semua, sebagaimana ibu atau mak kalian cuba penuhi permintaan kalian…
cubalah kalian faham.. cubalah try.. solat 20 raklat terawih pun dah komplain.. penat.. baru sejam lebih berdiri.. tu pun ada duduk rukuk.. itu pun dah rasa penat.. sedangkan solat adalah rehat…
Berterima kasihlah pada mereka.. kalau isteri or mak kalian masak.. ucaplah terima kasih.. or picit2 sikit… hargai mereka.. sebab tu kebanyakan perempuan akan merajuk kalau masak tapi laki tak makan.. sakit hati … sebab memang penat.. aku rasa tak perlu hurai panjang dah sebab dah ramai yang huraikan.. aku menambah je ni..
Dan janganlah sangka semua lelaki pemalas.. duduk je main game… ada ramai lagi lelaki di luar sana yang duduk dapur … aku bukan kata rajin.. tapi aku dudk dapur pun sebab tak nak tengok mak aku penat je.. sama2 la ye duduk dapur.. ok bai.. selamat raya maaf zahir dan batin..
– Qais
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
This!
Salutee..terima kasih atas perkongsian :)
Thorbaik
Ajar aku masak plis…huhu
Boleh buat laki nih..haha
Syabbbasss
terbaik
Calon sura rumah yang terbaik. Hehe.
Asyraf Anah
Jadikan ia sebgai sumber pendapatan. Jual nasi lemak bungkus hantar kedai2 makan. Buat kuih muih, jual. In shaa Allah. Dr usaha kecil2an akan berkembang jd perusahaan besar. Aamiin.
nak buat menantu la .. pm tepi ( ore klate kan… basuh puyuk tu ) hehe
Kelate ke ganu tu. Huhu
Kelate ke ganu tu? Huhu
Ore pata timo tu kot… klate or ganu kot.. haha.. saja Nak bg kenai2 ngan anak sedara.. big hepi fameli
Wuish husband material ni
Pm tepi bang wkwkwk
Hahaha sah2 org pantai timur.. “basuh puyuk”,……”ayam nak kena cucur seketul2″
Cucur ni basuh ayam tu bawah air yg mengalir . Bukan cucuq udang ka apa.haha yg ni perbuatan bukan mknn
Jirus air..haha
Bgus2
Pm puyuk…sy pong puyuk gok, hehe
I nk jd bini u boleh?
Good job..
ada org backup…plg xske bila org kta mereput kat rumah
Sura rumah mantopss
Good job,Saudara..teladan nya baik..^_^
Basuh puyuk hahaha. Sohih pantai timur ni. Khadijah Che Hassan Hurin Ain
Serius win
Dream man
Aku kerja,balij kerja masak la.takde yang mustahil.nak dgn taknak je
pm sape lelaki nii .. mmg tbaik kot ..hahah
Kalau situasi cmtu sy lebih suka sembang buat terukk, merendah2kn diri sy depan dia tahap ekstrim sambil2 sy menokok nambah siap tolong puji pujian melambung kat anak dia yg dia dok bngga2kn tuu. sampai tahap mkcik tu pn dh tktau nk ckp apa lg dh n senyap. Berkesann kat mkcik2 kg sy. Kg kome idokk lerr teman tahuu. Haha
Satu je aku nak cakap qais, memang terbaikk
Ececece
Rajin kea ni. Contohilah beliau Nik Ahmad Mustaqim ?
X baca pun…wakakaka :-p
Ceh. ?
Kannn… i feel u.. ayat standard manusia2.. alaaa dok umh bkn hape pon.. hahahaha.. sabor jeklaaa.. ikot ko lah nk ckp hape pon…
Shrmzdb jgk qais :)
So true..bt keje umah ni 24 jam x benti..time raya lg la..rehat time tdo je..lps bgn tdo automatik bt semua keje smpai la tgh malam..huhuhu..
Wujud jugak..
Norzaifa Nizamudin
Stuju sgt