Aku juga pernah alami apa yang Anissyafs lalui. Cuma, pengalaman aku adalah ketika menuntut di luar negara. Aku kononnya bersifat terbuka dalam memilih housemate yang akhirnya mengakibatkan diri dibelenggu. Aku telah mengambil keputusan terburu-buru dengan bersetuju untuk tinggal sekali walhal belum mengenali mereka (Cuma kenal dkt fb je). Bagi aku, asalkan mereka melayu Islam maka mereka ini tidaklah akan seteruk manapun jika hendak dibandingkan dengan orang kafir.
Dalam rumah tersebut asalnya ada kami berenam dan ada lima bilik. Hari pertama di rumah, dah rasa tak sedap hati dah. Tengah duduk dalam bilik tiba-tiba dengar suara lelaki dalam rumah. Takde warning, takde apa.. nasib baik tak keluar dengan pakaian tak proper. Awal2 ok lagi lah cuba berfikiran positif biarkan, sebab ingatkan yang budak laki tu hanya hantar barang2 groceries dekat rumah girlfriend dia. Hari-hari seterusnya dengar lagi suara laki dekat bilik gf dia. Ok, cuba bersabar lagi sebab gf tu dduk dengan housemate perempuan lagi seorang. Lelaki tu duduk dalam bilik tu, dari pagi sampai ke petang, sampailah ke malam sampai ke pagi. Aku nak keluar bilik pergi tandas or dapur ke dah rasa takut-takut dah. Hati dah menyirap panas dah ni tapi cuba tenangkan diri sbb fikir kalau mereka nak buat maksiat pun, mereka tu bertiga walaupun kadang2 duduk berdua jugak. Astaghfirullah.
Tiba-tiba, salah seorang dari housemate kami terpaksa balik ke Malaysia.Aku dah gelabah dah. Nanti bilik tu kosong, mesti yg gf ni nak bilik sorang sbb kami semua dapat bilik sorang. Meaning, berdualah diorang siang malam. Kami cuba jugak cari pengganti, advertise sana sni sebab nak kurangkn kos. Yang geramnya, ada kakak Egypt yang nak masuk bilik tu tapi terpaksa lah kami tolak sebab dua orang ni tak setuju kata orang luar ni pengotorlah, tak bayar duit sewalah dan mcm2 lagi alasan. Housemate aku lagi dua orang ni pulak mcm lalang, malas nak bersuara so end up yang si gf ni pun dapatlah bilik sorang.
Hampir setiap hari laki tu akan datang rumah kami dduk dalam bilik gf dia. Yang sakit hatinya lagi, bilik tu bersebelahan dengan bilik aku. Macam2 dah ada dalam fikiran aku. Aku cuba bersangka baik tapi yelah, kalau dduk berduaan mcm tu dlm bilik bertutup dan lampu bertutup mestilah ada hadnya. Kawan aku kata, Iron man je kot yang dpt bertahan tak buat apa2. Nauzubillah.
Aku pun pergi mengadu dkt housemate lg sorang merangkap besfren gf tu yang aku mmg tak selesa lelaki tu keluar masuk rumah. Yg sakit hatinya, besfriend dia tu pergi marah aku balik, cakap ak ni busy body. Katanya, dah duduk overseas patutnya fikiran terbuka, let people have their own space. Pastu dia ckp, bukannya laki tu merayau satu rumah pun, dia dduk dalam bilik je, so kalau aku nak keluar bogel pun takde masalah. Amboiii.. habis tu laki tu tak pergi tandas kencing? Tak keluar rumah? Dia ckp lagi dgn penuh riak, dia dah sekolah agama 5 tahun, tau mana haram halal.. so jgn nak sibuklah. Aku pun konfius, kalau dah tau halal haram.. kenapa pulak dia ok kawan dia tu dduk berduaan dgn lelaki dekat dlm bilik mcm tu? Aku balaslah balik, Habis tu, kenapa dekat Malaysia kalau dduk khalwat macam ni, Jais datang? Pastu dia reply, tu Malaysia. Ni bukan Malaysia, setiap orang ada space masing2. Astaghfirullah..
Aku terpaksa bertahan duduk dalam rumah tu sebab yang tak selesanya aku sorang. Yang lain semuanya ok.
Bagi aku, lelaki ni dayus dan tak tahu malu. Datang rumah anak-anak dara tanpa rasa malu. Yang ironicnya, budak laki tu belajar universiti sama dulu, UIA. Course sama tapi senior atas dan aku memang confirm dyorang tak kahwin lagi. Aku pun konfius, macam manalah dekat UIA dah cukup terjaga dah asrama laki dan perempuan jauh berbatu, bila pergi luar negara boleh duduk bersedudukan macam tu?
Aku hanya mampu bertahan satu semester je duduk dekat rumah tu. Walaupun terpaksa bayar lebih untuk keluar, aku terpaksa sebab tidak sanggup lagi bersubahat dengan maksiat. Alhamdulillah, semester kedua aku dikurniakan housemates yang sangat baik hati. Asyik ajak solat berjemaah dan tidak lengang dari mendengari ayat-ayat Al-Quran dari bibir2 mereka. Berbual dengan lelaki dekat luar pun tunduk2 apatah lagi nak ajak datang ke rumah.
Aku sudahpun tamat pengajian dan Alhamdulillah, pasangan tersebut sudah pun berkahwin awl thn ini. Mujur tiada apa-apa2 yang berlaku dan didoakan mereka menginsafi dan bahagia melayari bahtera perkahwinan. Buat Anissyafs dan siapa2 yang pernah lalui apa yang aku rasai, bertabahlah. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang benar.
– yang mengalami
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Melayu kot. Don’t expect more.
Its not culture shock! Its a pride dear! Proud of yah!