Cur4ng Su4mi Pendosa

Salam.. Hi semua, aku seorang lelaki dan suami yang tak guna. Aku suka curang, even ex gf aku dulu, isteri aku sekarang dah banyak peluang dah untuk aku tapi at the end of the day aku selalu curang. Aku ni $3x add1ct.

Cerita aku lebih kurang ni – https://iiumc. com/aku-su4mi-yang-cur4ng/

Bro, kalau kau baca confession aku ni percaya la, kita punya story memang lebih kurang. Aku menitik air mata baca cerita kau sebab aku memang mengalami benda yang sama.

Wife aku cantik, baik, penyayang. Kami belum dikurniakan cahaya mata atas sebab masing masing ada perancangan. Belum terlalu cepat nak ada anak lagi.

Aku ni jenis bila buat aku tak fikir, korang takyah la nak suruh suruh aku solat 5 waktu, solat sunat. Aku bukan nak bangga, tapi alhamdulillah parents aku besarkan aku dengan ilmu agama, aku yang rosak sendiri, aku yang pilih macam ni.

Mungkin sebab aku kena ‘fix’ lagi cara aku solat, berzikir semua. Aku buat semua tuntutan agama, tapi aku ni jenis cepat kalah dengan perempuan.

Aku dulu dari zaman remaja, nak kata sekolah lelaki pun tak, selalu budak sekolah lelaki ni dia kalau nampak perempuan gatal dia lain macam.

Tapi aku ni sekolah SMK, tapi aku dari dulu memang kalau nampak perempuan cantik, memang aku kalah.

Aku dulu pernah cakap dengan diri aku, time umur 23, ni dah kena kahwin ni, duit dah ada time tu, tapi tu la, aku masih belum puas nak jumpa perempuan perempuan cantik.

Tapi masalahnya, aku kalau jumpa perempuan cantik aku mesti try apa jua cara untuk dapatkan diorang, contoh dapat keluar pun jadi la lepas tu ajak la ringan ringan.

Aku ni memang s3x add1ct and dah teruk sangat. Aku sampai ada account ‘Darkside’ untuk tempat aku puaskan nafsu aku.

Dekat situ jugak aku berjumpa dengan orang bermacam macam pattern yang aku cari ideologi sama dengan aku, dapat memuaskan nafsu serakah aku yang semakin menggila ni.

Aku time aku kahwin, aku ingat, aku dapat mengubah la diri aku dan keluar dari blackhole tu.

Tapi malangnya, aku rasa tak, sebulan je kahwin, aku terus nak on account tu, aku akan cari time yang free, tengok jadual isteri aku macam mana dan masuk ke IG, twitter untuk mencari dan melayan nafsu serakah aku ni.

Aku tak pernah jumpa sesiapa pun selepas aku dah serious dengan isteri aku sekarang, cuma nafsu s3x addict aku ni makin menjadi.

Aku just nak cakap, kepada sesiapa yang aku pernah dm di twitter, IG. Aku minta maaf sangat sangat, aku tengok balik message message aku sebenarnya, aku jijik dengan perangai aku sendiri, cakap benda yang bukan bukan.

Kepada yang di luar sana, block terus andai ada orang gila s3x macam aku ni, jangan bagi peluang langsung, jangan reply jangan interact.

Sebab kalau kau reply pun ada chances yang diorang akan buat atau hantar mesej secara berterusan. Macam bro yang confess tu, dia dalam tempoh 3 tahun, wife dia dah jumpa apa yang dia buat. Aku kurang dari tu,

So sekarang ni pun aku dalam proses timbang tara, nak meneruskan kehidupan berumah tangga atau tak.

Wife aku memang broken sangat sangat, dia memang dah tak tinggal sebumbung dengan aku, dia jijik tengok aku. Dia dah ada semua bukti, mungkin kalau aku tak boleh cari jalan penyelesaian,

Dia akan naik mahkamah syariah. Aku pun di tahap, kalau kami berbaik pun, dapat ke kasih sayang aku macam dulu?

Adakah dia akan hormat aku macam mana dia hormat aku sebelum dia dapat tahu aku ada sisi gelap aku? Aku sayang gila dekat isteri aku.

Lepas dia dapat tahu semua nya, aku pun dah delete semua accounts aku yang related dengan benda benda tak elok ni.

Aku berdoa setiap hari sebab aku masih sayangkan hubungan ni. Aku tak tau trauma dia macam mana. Aku dalam proses untuk pergi ke sesi kaunselling.

Kepada orang yang ada addiction macam aku, seek help, pergi la ke mana mana institusi sama ada berbayar atau yang disediakan untuk minta bantuan.

Sebab kalau kau tak buat, jatuh institusi keluarga kau. Hancur hidup. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Kalau nak buat tu, fikir dalam jangka masa panjang.

Aku ni kat tahap, kau nak buat apa pun macam tak guna dah. Nasi dah jadi bubur, aku harap tak jadi bubur kekal dan dapat la beras lagi untuk masak nasi baru.

Untuk isteri saya yang saya kasihi, saya minta maaf sangat sebab abaikan tanggungjawab saya, culas dan curang sebagai suami. You actually deserve better sayang…

Lastly, aku minta moga jodoh aku dan hubungan isteri aku ni dapat diperbaiki walaupun aku rasa dah tak guna.

– Keef (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *