Cur4ng: Lel4ki atau Per3mpuan

Hai semua. Nama saya Daisy. Berumur dalam lingkungan 30an. Tak pernah berkahwin.

Pengalaman saya dalam bercinta ni tak pernah indah. Selalu ditemukan dengan lelaki-lelaki yang tak berguna tapi bukan pasal ni sangat yang saya nak cerita.

Lelaki ni sinonim dengan cur4ngkan? Buka medsos tak habis dengan cerita curang kaum lelaki ni.

Tapi bukan pasal itu juga saya nak ceritakan. Saya nak cerita pasal kecur4ngan orang perempuan berdasarkan pengalaman orang terdekat saya, lelaki mahupun perempuan.

Cerita 1

Kawan saya, lelaki. Orang yang baik, anak yang baik dan bertanggungjawab. Kerja cuma sebagai sales assistant tapi sangat rajin.

Bertunang dan dalam tempoh beberapa hari lagi nak kahwin, kantoi tunangnya berhubungan dengan anggota uniform siap check-in lagi. Kawan saya bagai nak gila, bertahun menyepi dan memencilkan diri.

Cerita 2

Per3mpuan umur sebaya saya. Kenal dengan seorang lelaki, goodlooking and ada kerja yang stabil. Sama-sama tersasar jugak laa.

Bila si lelaki sudah serious nak halalkan hubungan, si perempuan ni tak ready, masih tak puas nak enjoy, clubbing etc.

Akhirnya bunting entah anak sape. Memang tak laa lelaki tu nak tanggung. Dah bertahun kes tu, si lelaki dah bahagia kahwin ada 2 orang anak dan si perempuan ni masih di level yang sama.

Cerita 3

A wife, husband kerja outstation, selalu keluar negara. Makan pakai semua cukup, hidup mewah. Kerana husband ni kurang waktu, si isteri curang dengan orang yang tak jauh dari rumah mereka.

After divorce, diorang kahwin. Oleh kerana hidup dah tak semewah dulu, si isteri curang lagi.

Cerita 4

A single dad, kematian isteri. Kenal dengan seorang perempuan, anak dara. Semuanya baik dan perempuan ni have a good relationship with anak-anak dia.

Tapi ada sesuatu yang disorokkan, si perempuan ni still tak move on dari ex. Dalam diam berhubungan dan merancang nak kahwin dengan ex nya.

One day diorang break, anak-anak keep asking where’s mummy. Kesian kat anak yang mengharap belaian seorang ibu.

Cerita 5

Kawan perempuan saya. Always post kat socmed pasal Narcissistic (tuju kt ex). She was a sweet good woman.

Memang dia mangsa ex dia but she moved on. Dia ada someone new, not so perfect tapi better, good, semua sanggup buat.

While dia canang pasal narcissistic, she become one of them and abuse partner baru dia. Apa yang ex dia buat kat dia dulu, dia buat kat partner baru dia, pada akhirnya dia ada lelaki lain dibelakang partner dia.

Cerita 6

Cerita saya sendiri, 7 tahun lepas. Saya kenal seorang lelaki yang tidaklah tersangat bagus, tapi dia sangat menyayangi saya. Tak pernah sekali abaikan saya. Saya berani cakap yang dia sanggup bergadai nyawa demi saya.

Dia ajak saya kahwin tapi saya keberatan kerana terlalu fikirkan masa depan, masalah, keluarga, kawan-kawan. Saya mula kenal lelaki lain, diam-diam chatting, on call.

Dia pun dapat hidu perbuatan saya dan mula buat hal, tanpa fikirkan apa yang dia korbankan untuk saya, saya mula rasa bosan dan tawar hati pada masa sama saya still berhubungan dengan lelaki lain.

Berkali dia cuba pertahankan hubungan ni, tapi saya tak bagi ruang sebab saya dah hanyut dengan janji lelaki lain.

Akhirnya dia pergi, hilang, semua number dan medsos dia hilang. Saya cuba cari tapi tak dapat, dia dah pindah jauh.

Selepas kes itu, saya tak pernah jumpa dah lelaki yang baik. Semuanya bermasalah, buaya. Mungkin balasan saya sebab pernah curang sekali.

Kadang-kadang saya cemburu dengan orang terdekat saya, dipertemukan dengan lelaki yang baik tapi diorang mainkan lelaki camtu pulak.

Apa yang saya boleh simpulkan kat sini, curang ni dah jadi macam benda biasa. Betul, curang itu pilihan tapi apa sebabnya?

Bagi saya ada dua jenis curang. Satu, curang yang masih lagi memilih pasangan yang ada. Biasa curang macam ni sekejap je, tak disimpan. Lelaki ramai yang buat camni.

Yang kedua, curang yang dah tawar hati dengan pasangan. Ini yang paling teruklaa. Dah tawar hati tapi masih bersama dan pada masa yang sama berhubungan dengan orang lain.

Pesanan saya, lelaki ni boleh jadi sejahat manusia. Mereka boleh buat masalah pada perempuan dan lepas tangan dan tiada siapa akan persoalkan.

Kita yang perempuan tak boleh jadi jahat sangat sebab akhirnya kita yang menanggung sendiri and orang lagi ramai judge perempuan dari lelaki.

Kalau ex husband or ex bf korang still ada, still baik dengan korang, family korang, bersyukur laa sebab diorang boleh jadi setan sejahatnya.

Last sekali pesanan saya, kembalilah pada Agama.

– Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *