Assalamualaikum. Aku Kismis Buruk, seorang perempuan yang berlesung pipit umur aku tahun ni dah masuk 30, tapi orang selalu salah sangka yang aku ni budak sekolah padahal aku tinggi 165cm, bukannya nampak terbantut. Ntahlah.
Sedikit tentang diri aku, aku anak bongsu & yatim piatu sejak berumur 15 tahun. Aku dijaga baik dan dimewahkan oleh 6 orang abangku. Cara pertuturanku, pakaianku dengan siapa aku berkawan abang-abang aku yang tentukan.
Nak pergi mana-mana pun abang aku ikut sekali, punyalah abang-abangku overprotective sampaikan diorang bawak aku ke tempat kerja diorang sekali & kadang dipaksa ikut outstation. Ya abang aku semuanya berkerjaya, kami jugak meneruskan legasi yang arwah ayah tinggalkan.
Dipendekkan cerita semasa aku berumur 24 tahun, Aku ada kenal seorang lelaki pendiam orangnya yang sekarang dah jadi suami aku (Joko).
Awal perkenalan dahulu, Joko hanyalah perkerja kilang dalam estate. Memang nampak tidak sekufu. Tapi abang-abangku terima dia seadanya. Sikit pun tak persoalkan perkerjaannya, malahan diorang selalu pesan kat aku percayakan rezeki Allah yang maha luas.
Alhamdulillah, dalam beberapa bulan tempoh perkenalan, Joko diterima masuk dalam badan beruniform. Joko dah janji kat abang-abang aku selepas dia tamat latihan, dia akan hantar rombongan meminang.
Ya usai sahaja tamat latihan, datanglah rombongan keluarganya. Setahun tempoh pertunangan, selepas tu maka diijab kabulkanlah kami dengan girangnya.
Selepas berkahwin aku hanyalah fulltime suri rumah. Kami dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang comel, ada lesung pipit macam aku dan rambut keriting macam Mak mentua aku.
4 tahun di alam perkahwinan sangatlah membahagiakan aku, biarpun ada mulut yang kata aku ni nampak macam adik Joko, nampak macam budak lama-lama aku pun dah lali. Tapi siapa sangka ditahun ke-5 perkahwinan, kami diuji dengan hebatnya.
Yaa, suami aku curang. Curang dengan rakan sepejabatnya yang berstatus isteri orang, isteri orang yang jauh lebih tua dari umur aku & Joko.
Aku dapat tahu Joko curang melalui pengakuan isteri orang tersebut, dia dah mengaku terlanjur dengan Joko sampai 2 kali semasa ketiadaan suaminya di rumah, terkejut masa tu Allah sahaja yang tahu.
Rasa tak percaya, sebab depan aku Joko laa yang paling mithali serba serbi semuanya. Tertanya sendiri bila masa Joko buat benda terkutuk tu, sedangkan selama ni nak pergi memana aku dan anak mesti dia angkut sekali.
Ke sebab dia sakit hati orang cakap aku ni nampak macam budak pastu dia pergi cari perempuan tua pulak? Sakit hati aku bila fikirkan.
Apa aku buat selepas tahu? Aku tenang, aku tak mengamuk macam orang gila. Aku cari bukti, aku cari sampai dapat. Lepas tu aku buat report polis, aku report kat Jabatan Integriti dan aku bagitahu kat ketua jabatan pasal kelakuan mereka berdua.
Aku jugak bawa Joko sekali untuk jumpa perempuan tu dan suaminya. Yaa, pertemuan empat mata, didepan mata aku perempuan tu ditalakkan. Joko hanya diam membisu, syukur sahaja dia tidak dibunuh masa tu.
Aku dan suami perempuan tu masih boleh kawal tahap kewarasan dan kat situ jugak aku bagi semua bukti kat suami dia termasuk semua report yang aku dah buat.
Masa tu jugak dapat respon dari ketua jabatan yang mereka telah dipindahkan cawangan. Aku masih tak puashati masa tu. Walaupun dah tukar cawangan, tapi mereka masih duduk dalam negeri yang sama buat aku jadi overthinking.
Aku bagitau abang-abang aku pasal semua benda yang dah jadi, aku nak tuntut cerai kat Joko. Abang aku pun datang kat rumah Joko dengan cara baik siap minta izin nak bawak aku dan anak untuk tempoh bertenang.
Memang semuanya terkejut, abang-abang aku menangis semahunya semua peluk cium aku dan anak aku. Mereka minta aku bertenang, jangan buat keputusan terburu-buru.
Mereka kata fikirkan nasib anak macam mana bila dah cerai nanti, sebab ya anak aku perempuan memang rapat dengan Joko buka mata je ayat pertama keluar dari mulut “mana daddy?”. Sehari je aku kat rumah abang aku, Joko dah datang untuk ambil aku dan anak semula.
Joko jumpa semua abang-abang aku, dia melutut minta maaf sambil menangis. Aku taktau apa benda lagi dia cakap dengan abang aku masa tu. Abang aku pun dengan rela hati suruh aku ikut balik kepangkuan Joko, siap pesan maafkan Joko dan bagi peluang terakhir.
Aku ikut cakap abang aku, aku bagi peluang kat Joko tapi bukan atas kerelaanku melainkan fikir pasal anak kami yang masih kecil yang sangat memerlukan sosok seorang ayah.
Tapi ntah kenapa satu malam tu, Joko ajak aku ke ruangan kosong tiba-tiba Joko datang melutut dan cium kaki aku. Dia buat pengakuan, yang sebelum berkahwin dengan aku pun dia pernah langgan GRO sebab terikut kawan.
Masa curang dengan rakan sepejabatnya tu pun, dia sempat berkenalan lagi dengan seorang perempuan yang juga berstatus isteri orang yang konon katanya hanya berhubung melalu whatsapp tak lebih daripada itu. Ya sekali lagi, isteri orang tu pun sangatlah tua.
Allahu rabbi. Tak sangka, aku yang dijaga baik oleh abang ku selama ni tapi akhirnya dapat lelaki yang macam Joko. Entah macam mana, aku hilang kawalan masa tu aku keluarkan jurus Muay Thai aku yang abang aku pernah ajar dulu.
Aku dah berdosa besar sebab dah berkasar dengan suami sendiri, tapi dalam masa yang sama aku rasa puas sebab segala kesakitan dalam hati aku macam bebas.
Joko langsung tak membalas sebab dia tahu salahnya lagi besar, dalam masa yang sama dia terkejut aku boleh buat semua tu. Sedangkan sebelum ni akulah si kismis buruk yang paling lemah lembut, tak pernah melawan apa yang dia cakap hanya menurut semua katanya.
Sekarang hari-hari aku berlalu begitu saja.. Tiada bahagia, tiada lagi cinta. Hanya pandangan kosong tanpa rasa. Aku hanya bertahan atas dasar tanggungjawab untuk anak aku. Seboleh-bolehnya kami sembunyikan segala hal negative daripada anak kami.
Kami juga dah buat saringan kesihatan, Alhamdulillah keputusan negative. Tapi aku masih dihantui rasa takut. Joko pun hampir tiap hari menangis sampai ke tahap kemurungan, Joko juga bawa aku jumpa pakar kaunseling sebab keadaan mental kami benar-benar tenat.
Joko pun semakin rajin ikut majlis ilmu. Tapi itu tak mengubah rasa kepercayaanku yang sudah hilang. Itu hanya Satu kebaikan untuk dia sendiri.
Joko kata kat aku, yang dia menyesal, lepas apa yang jadi barulah dia nampak yang selama ni dia tak hargai apa yang dia dah ada. Joko masih lagi taknak lepaskan aku, dia kata bagi dia peluang terakhir untuk pulihkan segala yang dia dah rosakkan.
Joko kata Mungkin ini balasan Allah pada dia, “Bayangkan kalau semua ni tak terjadi, mungkin abang masih lagi seronok dalam kemaksiatan.
Abang insan hina, tapi Allah bagi kesempatan untuk abang bertaubat, abang terpilih sebab Allah masih sayangkan abang, tak akan abang sia-siakan lagi peluang terakhir yang diberi. Biarlah abang mati sebagai suami sayang satu-satunya”. Ntahlah.
Betulkah curang tak boleh diubati? Betulkah orang hanya berhenti curang jika dah jadi miskin, cacat & mati??
Doakan aku kuat. Aku tak minta banyak, aku harap Allah lapangkan fikiran dan hati aku. Aku minta Allah hilangkan segala kekusutan yang ada dalam hatiku.
Sungguh, rasanya seperti aku menunggu. Tapi tak tahu menunggu apa. Dalam masa yang sama aku cuma bersiap siaga mengumpul semua kekuatan untuk tinggalkan semua sakit.
– Kismis Buruk (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allah uji sbb Allah tahu sis mampu.. terus kuat ye🙂
Salam sis.
Kisah kita hampir serupa. Bezanya suami curang tidak sampai tahap ke katil. Namun sakitnya tetap ada. Saya dapat tahu pun sebab skandal tu yang mesej saya. Cara saya confront suami sama macam puan. Tenang. Saya juga mintak dilepaskan tapi dia taknak. Memang dia menangis di lutut saya. Meluahkan kekesalannya.
Sekarang saya sekadar jalankan tanggungjawab seadanya. Bertahan demi anak-anak. Rasa cinta dah mati. Saya sedang mengumpul kekuatan untuk pergi.
berlapang dada dan maafkanlah suami awak tu, walaupun apapun dia tetap suami awak, jgn la sampai berkasar, bagi dia peluang yg terakhir….
Kalau perempuan curang dan berzina, terus kena talak. So, kenapa perlu terima Joko lagi??? Tak geli ke masih bersuamikan penzina, pernah langgan GRO pulak tu.
Assalamualaikum sis kismis buruk. Suami saya macam suami sis pernah langgan GRO sebelum kami berkahwin. itupun saya minta dia jujur,, tapi itu hanya sekali, tapi sejauh mana sekali atau pun banyak kali tu saya tak pasti. cuma saya mampu cakap itu masa silam dia asalkan dia tak buat lagi dan saya teruskan perkahwinan. Pada awalnya saya sentiasa mengunkit masa silam dia setiap kali gaduh. Tapi sejak saya berdoa dekatkan diri pada Allah, saya minta Allah lapangkan hati saya dan tak bercakap hal2 suami yang lepas, makin lama makin kurang rasa sakit hati tu, memang insecure, hari2 check phone walaupun dah 4 tahun kahwin, tapi saya sentiasa doa semoga suami saya sayangkan saya sorang sahaja dan jadi suami yang solehah. Walaupun suami saya tak pernah bimbing saya kerana dia tahu dia bukan lelaki yg baik pada asalnya tapi apa yang saya cakap dia sentiasa dengar. saya takde ditempat sis tapi percaya la dekatkan diri dengan Allah, pasti Allah mudahkan segala urusan sis.