Mungkin Yang Terakhir

Ceritanya bemula bila aku mula suka kat seorang mamat ni, katakan nama dia, A.

Awal-awal tu aku hanya minat biasa je, sekadar suka yang mengagumi gitu. Tapi makin lama, rasa makin suka pulak.

Aku mula follow A di IG dulu. Itu orang kata first move kan hehehe. Betapa gembiranya aku bila si A followback aku.

Lepastu aku hanya buat biasa, dia tengok story aku, aku tengok story dia, walaupun dia sangat jarang update story.

Lepastu, aku cari no. fon dia, melalui kawan aku yang jugak kenal A ni. Dan disini lah aku mula cuba chat dia. Mulakan dengan Assalamualaikum HAHA. Cringe pulak bila ingat balik.

Satu fakta tentang aku, aku tak pernah chat crush aku. Dia yang pertama. Entahlah aku tiba-tiba jadi berani bila dengan A.

Boleh kata setiap hari kami chat. Kebiasaannya aku lah yang akan mulakan chat.

Perbualan kami hanyalah soalan -soalan basic untuk aku kenal dia dengan lebih lagi. Makanan, lagu, movie kegemaran, semua aku tanya. Dan semua dia jawab!

Dia jawab bukan sepatah-sepatah, itu aku sangat bersyukur. Malah dia banyak cerita tentang dia jugak. Dan yang paling penting, dia curious jugak tentang aku.

Dan lepas tu kami mula bersembang topik-topik random, yang macam sembang santai macam tu. Takde dah soalan-soalan basic macam sebelum ni haha.

Hubungan kami ni, aku rasa boleh label sebagai teman tapi mesra. Aku suka dia, dan dia pulak? Aku tak pasti apa yang dia rasa hmm.

Aku dapat tahu dia anak sulung dari 5 orang adik beradik, which is memang type aku. Sebab aku anak bongsu yang manja lah jugak hehe, jadi aku sangat perlukan lelaki yang boleh lead aku, yang matured gitu.

Aku suka yang style bapak-bapak macam tu, tak terlalu ikut trend. Dan yang paling penting, sedap mata memandang.

Sekarang ni, sebabkan dia pun macam suka aku (aku tak pasti), tapi dia still tak cakap apa-apa pun pada aku.

Dia malu ke? Ke dia tak suka aku kacau dia? Soalan-soalan tu selalu sangat ada dalam kepala aku.

Aku cerita dekat kakak-kakak dan adik aku tentang A. Nampak tak betapa sukanya aku dekat dia.

Kakak aku pun cakap dia nampak baik, dari apa yang aku cerita tentang perbualan antara aku dan A. Adik aku pun dah suka dengan dia, dengan cara A layan aku.

Tapi lepas fikir balik, aku rasa better aku pun diam je, tak perlu confess yang sebenarnya aku suka dia.

Sebab aku lebih rela chat dengan dia sebagai kawan, daripada nanti aku jadi stranger sebab dia awkward dengan aku hanya sebabkan aku confess.

Kepada A, ketahuilah bahawa awak crush pertama yang saya beranikan diri untuk chat awak, untuk cari awak, untuk kenal awak dengan lebih dalam. Dan mungkin jugak awak akan jadi yang terakhir.

Dan bila memikirkan itu, saya jadi sangat sedih. Moga yang baik-baik saja buat kita berdua. Saya sayang awak.

– Keisha (bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *