Mid-life Crisis

Salam sahabat-sahabat yang baik hati lagi budiman semua.

Tujuan aku menulis confession ni untuk minta nasihat, pendapat dan pengalaman daripada pembaca semua untuk cara aku bangkit dan keluar dari penjara perasaan ini.

Nama aku Nonie, hujung 20an, bekerja dan menetap di bandaraya Kuala Lumpur, dan masih bujang.

Aku seorang extrovert dan aktif dalam kehidupan seharian. Hidup aku sangat ceria dan aku dapat rasa fulfilments dalam hari-hari aku. Indah dan bermakna.

Bermula awal tahun lepas, aku telah menukar tempat kerja baru, di syarikat yang mana aku bekerja sekarang. Aku rasa disini permulaan detik-detik terendah dalam hidup aku.

Aku seorang yang cemerlang dalam akademik dan pergaulan di kalangan average people. Kehadiran aku dirai dan disenangi. Aku rasa happy di tempat kerja mahupun dirumah (tinggal sendiri).

Tetapi sejak berpindah tempat kerja, aku rasa sangat tertekan dengan environment baru. Berada dalam kalangan high achievers, aku rasa tersisih dan terkebelakang.

Work performance dan social skills aku drop. Hari demi hari aku mula rasa insecure dengan diri aku. Dan rasa tu telah impact kehidupan seharian aku.

Aku mula aktif kan semula aktiviti-aktiviti seharian aku untuk aku distract dari fikir pasal kerja. Berperang dengan masalah ni sendirian sangat memenatkan aku dan akhirnya aku cuba meminta pertolongan kawan-kawan

.Aku seorang yang high empathy dan orang senang bercerita dengan aku. Tapi aku tak mudah untuk bercerita perihal aku pada orang. Jadi aku banyak memendam perasaan. Sampailah aku rasa, aku ready untuk seek help.

Aku betul-betul buntu dan aku kena try tanya pendapat orang. Aku mula open untuk bercerita kepada orang yang aku rapat dan percaya. Tapi rupanya benda tu menjerat aku lagi teruk.

Instead of encouragement, I got invalidation. From one problem have lead to series of problems now.

The fact is, I only need time n ears. Kosong rasa dunia. Tak tahu mana nak tuju. And betul la kata orang. At the end, you only have your own self. Time ni lah, manusia akan cari Allah untuk menyerah.

Aku ambil keputusan untuk menjarak dan berhijrah. Dan fasa ni tak mudah untuk aku.

I am totally alone and aku kena hadap banyak benda baru. Hidup sebagai perantau tak mudah. Kadang aku bersyukur even untuk dapat mendengar suara kanak2 tertawa.

Im getting better, alhamdulillah. Aku makin dekat dengan Allah. Instead of dengar lagu untuk healing, aku lebih banyak dengar zikir dan podcast. Tapi aku mudah trigger dengan trauma2 aku kat atas.

And when its happen, aku akan mula overthinking dan bermandi air mata.

And semalam benda tu trigger aku. Waktu solat terawih di surau, air mata aku tak berhenti mengalir even aku cuba untuk tahan.

Aku rasa aku dah redha, tapi ternyata tak mudah. Semua benda rasa tak kena. Aku sampai rasa tak kenal dengan diri aku sekarang.

Adakah aku dalam fasa mid life crisis? Kalau betul, macam mana aku nak keluar dalam crisis ni. Benda yang trigger aku akan tetap ada dan pekerjaan aku tetap kena teruskan.

Usai terawih, aku rasa kepenatan. Sampai bila aku nak rasa macam ni. Aku rasa bingung dan kosong. Live alone, work from home, small circle, work pressure and emotional unstable hit me a lot.

Untuk pengetahuan korang, aku dah join 6 kali counselling session in a year. Tapi aku rasa session tu more kepada short term untuk keluarkan diri aku dari pergelutan emosi seketika.

Macam2 aktiviti aku cuba. Hiking, marathon, muay thai, subuh macam jumaat, maulid dan qiam di masjid. Mostly lone ranger sebab takde geng.

Mungkin tak semua orang akan faham apa yang aku cuba sampaikan ini, tapi for single ladies yang living alone out there, please give me some advice.

Macam mana korang boleh jadi single ladies havoc yang berjaya and cope with loneliness? Apakah cara untuk aku lalui hari2 dengan happy dalam pergelutan emosi yang aku ada ni.

Aku tak sebut pasal jodoh. Aku serahkan semua Nya pada Allah. Aku cuma doakan supaya Allah kuatkan aku untuk berdamai dengan takdir yang Allah aturkan untuk aku.

– Nonie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Faham nonie, saya pun dulu begitu tapi sekarang alhamdulillah semakin menerima hakikat yang semakin hari semakin akan bersendirian. susah nak control perasaan kosong ni. Saya pun pergi gym buat aktiviti lain lain tapi bila balik rumah tu. Rasa kosong. Tenang tapi kosong. Sebab sunyi je rumah yang hanya ada saya seorang. Tapi saya ada kawan baik dan boyfriend dia. So saya beruntung tiap kali mereka keluar mereka akan ajak saya. Terutama lepak mamak, so saya akan sembang kadang nangis depan mereka. Nonie awak kena cari seseorang yang boleh awak percaya untuk jadikan kawan bercerita. Jangan biarkan terus terusan macam ni. Bahaya ok. Selain daripada berdoa. Kena ada seseorang juga. Kita Perempuan, memang sifatnya perlukan pendamping. take care ye.

  2. Nonie, jgn bersendirian. saya pernh rasa benda yg sama. sya x dpt luahkan pada org gg dekat sbb feedback dia lg buat sya rsa down & failure. org x faham ap yg kta lalui.dlm saya berjinak2 ke masjid & mula nak blaja agama sya mula berkawn dgn geng makcik2 dan ad 2-3 org seumur dgn saya. berkawan dgn mereka menjadikan sya x sdrian. kdg ad aktiviti mereka akan inform &ajak gerak skali. hidup sya x sunyi sgt. lgpun berkawan secara sederhana & dgn circle yg bru & positif akan bantu kta. colleague adalah colleague. colleague x semestinya perlu menjadi kwn kta.

  3. Bukan midlife crisis kut ni, lebih pd baru nk merasa turun naik hidup kut,,,hidup biasa larr ad turun naik dia, bkn hepy memanjang.

    • Salam sis, sis je yg tahu isu sis, i.e. what’s weighing you down, that thing that’s making your heart heavy. One thing that i can advice is for you to make peace with it & let it go. Dekatkan diri kepada agama tu dah bagus, alhamdulillah. But at the same time, you have to learn to let go. I’m a single lady in her mid 30s with mediocre everything haha so trust me my insecurities agak banyak. But in this one life that we’re lucky enough to live in, counting your blessings is the hardest thing one could ever learn (duhh I’m still learning & needing reminders). I hope you would count your blessings & berlapang dada, semoga contentment tu hadir dalam diri sis 💜

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *