Untuk part I, (https://iiumc.com/curang-yang-berpanjangan/).
Salam readers! Im back. With new updates. Sebelum ini aku ada share pasal suami aku nikah tanpa kebenaran. Yeah aku dipoligamkan tanpa rela. Nanti korang baca lah Season 1! Haha.. Ni season II.
Ok aku dah go through perbicaraan. So aku nak sharekan prosesnya buat yang senasib dan berusaha untuk mempertahankan hak walau hati disakiti.
First bila kita terima afidavit dari sang suami tu, simpan, baca. Walau hati macam nak pecah. Kau bacalah kenyataan itu. Cara dorang pergi bernikah. Siap ada gambar ya.
Then dari situ korang kene sediakan afidavit jawapan. Sebab ada aku terangkan masa season I.
Aku tuntut hak. Hak yang isteri pertama boleh tuntut ; harta sepencarian, nafkah diri kau, nafkah anak, untuk bulanan anda untuk tahunan.
Buat research sila jangan malas tau. Kau list out kan semua yang patut. Jangan tinggal seinci pun.
Sepatutnya afidavit jawapan ni kau kene jawab setiap perenggan yang dikarang suami tu dalam afidavit yang kau terima.
Tapi kalau pening macam mana? Tak tahu nak buat.. Ha tang ni memang aku hadapi masalah. Sebab aku confuse. Aku nak balas dengan borang mana satu.
Bila pergi tanya kaunter pun dia bagi info tak betul. Jadi untuk mudah aku upah lawyer.
Ada beza tau. Upah lawyer untuk mewakili diri fight untuk kes and upah lawyer untuk buatkan dokumen. Jadi part ini kene pandai survey.
One tips, cari yang paling dekat dengan area kau. Second tip lawyer yang lebih experience cas lebih tinggi (jika salah betulkan). Aku kene kurang dari RM500.
Nanti kene jumpa lawyer cerita dengan jelas nyata dan terang. Sila kongsikan juga berapa spesifik amount untuk tuntutan yang aku senaraikan di atas tu.
Sila kemukan sekali attachments means if ada resit untuk perbelanjaan yang kau terima dari suami, transaction belanja yang kau buat atau apa apa yang dikatakan sebagai bukti.
Afidavit dari sang suami tu juga perlu ye. Disebabkan aku tak nak beban ambil cuti banyak maka aku surat lawyer tu settlekan hantarkan sekali ke mahkamah.
Maka aku dicas tambahan RM50. Ouh ye masa awal – awal tu part cerita dengan lawyer and minta pandangan, itu dikira konsultasi ye.. Aku kene bawah RM100.
Ok kita sambung.. Settle lawyer hantar ke mahkamah dia akan sharekan salinan. Jadi kene sediakan 3 salinan. Untuk mahkamah, untuk sang suami dan untuk simpanan kau la.
Kemudian, suami kau pun kene la balas afidavit jawapan korang. Ni suami, kene balas dengan borang apa pulak? Aku tak nak bagitau.
Pandai la laki yang sibuk nak berkahwin dua even dah tau tak mampu tu cari sendiri. Nukilan ni khas untuk mangsa.
On the day, memang kene masuk court. Masa tu Allah je tahu. Nervous. Of course.
Btw, ic jangan lupa bawa ye. Memang kene serahkan pada pegawai polis/pegawai yang bertugas untuk dipanggil giliran. Eh kenapa ada giliran, sebab bukan kau je mangsa. Ada banyak kes juga.
Diorang tampal senarai kes di pintu sebelum masok dewan mahkamah untuk yang perlu dibicarakan pada hari tersebut. Sila datang mengikut masa yang ditetapkan ya.
So kita akan dengar juga ke kes orang lain? Ye betul. Orang pun akan dengar juga kes kita? Ye tepat.
So bila pegawai bacakan number kes dan sebut nama, silalah masuk ke kandang.
Masa ni korang kene tenang ya, sebab apa. Penyondol ada! Of coursela dia kene datang. Dia tu dikira sebagai pemohon 2 tau.
So laki kau akan duduk bersama penyondol. Masa ni aku rasa macam tak de rasa. Tak tahu apa nak rasa.
Memang korang akan duduk sorang unless ko hire lawyer.
Hakim akan tanya dulu laki kau apa tujuan hari ini? Then dia akn tanya bini ke berapa. Masa prosiding ni kau jangan buat sinetron. Ingat, martabat kau tinggi.
Kau wanita ada class, bukan macam perempuan sana! kekal tenang ya.
Sebab lepas ni turn kau pulak. Hakim akan tanya suami tu berapa gaji, apa komitmen, berapa bagi nafkah ko anak-anak. Dia akan soal siasat.
Next your turn! Maka jawab sahajala dengan hati yang tenang mengikut perancangan. Means? Apa yang kau dah list kan sebagai tuntutan tadi.
Tapi hakim hanya akan fokus nafkah yang utama je.. Dekat sini aku macam tak puas hati sikit. Mungkin sebab hati aku sakit. Sebab aku nak buktikan kat situ memang dia tak mampu.
Tapi hakim memang berlaki adil. Aku minta lebih tapi hakim pertikai juga tu semua dah masok dalam yang tadi. Banyak kali juga dia asik sebut ni yang main sahaja.
Tapi if ada belanja lain yang tak termasuk kategori tu nanti kau minta je la. Sebab dia akan tanya laki kau boleh ke?
Ouh ye bagi next tips. Kami bersetuju bersama dengan amaun yang aku tuntut. Jadi bila aku raise up, hakim tanya so suami aku memang cakap ok. Sebab itu yang dah kami deal.
Aku tak nak panjang cerita. Kalau kau minta luar dari kemampuan dia pun tak guna. Lagi panjang sakit hati kau. So better persetujuaan bersama.
Mesti ada yang confuse, berapa nak minta ni? Ingat pada ekonomi laki kau dan make sure make sense juga.
Settle part kau. Hakim akan record ye segala perbelanjaan dan persetujuaan ini. Next turn penyondol. Nanti hakim akan tanya juga laki kau berapa nak bagi penyondol. Ok next?
Part ni best! untuk isteri pertama yang tersakiti, part kita dah habis ya.. Penyondol dan suami kau tu, panjanggg lagi perjalanan nak sahkan pernikahan.
Padan muka. Kau ingat senang. Next sebutan kes bicara pasal nikah tu next pulak baru dapat keputusan. So tunggulah. Yang sebutan kes tu kau tak perlu datang. Yang keputusan terpulang..
Jadi, aku harap aku membantu mereka yang tersekat ni. Macam mana nak move setelah dipoligamikan tanpa rela.
Aku tak menentang poligami, tapi bila kau ikut jalan belakang dan dah terang terang kau tak mampu maka ko memang tak layak. Moga Allah bantulah hidup kau.
Menyakiti hati insan yang bergelar isteri yang bertarung nyawa lahirkan anak kau, then kau buat waktu bini kau berpantang aku rasa itu teramat zalim.
Penyondol pun tahu kalau ikut jalan betul tak kan berjaya, tapi masih memilih jalan ini. Moga Allah beri pengajaran terhebat!
Doakan aku. Allah tunjukkan jalan yang baik. Aku hanya nak tenang. Aku dah tahu jalan apa harus aku pilih. Mohon doakan aku readers. Ini yang terbaik. Moga Allah lindungi anda semua.
Ujian mendewaskan kita, ujian tanda Allah sayang. Terima kasih juga buat netizen yang bagi komen² positif. Moga syurga buat kita smua. Jumpa di alam sana. Insya-Allah :)
– Nisa’ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit