Persekitaran Kerja Dikelilingi Lel4ki

Hi Assalamulaikum semua.

Aku adalah wanita yang bekerjaya. Bekerja sebagai seorang pekerja teknikal di salah sebuah syarikat yang agak terkenal di negara kita. Dan aku dah berkahwin dan ada anak.

Persekitaran kerja aku memang dikelilingi ramai kaum lelaki. Benda ni memang tak dapat nak lari sebab kos yang aku ambil masa belajar dulu, memang dimonopoli oleh kaum lelaki.

Jadi, pergaulan aku memang dengan lelaki jela. Tak kisah la dekat office atau dekat site.

Aku dah berkhidmat lebih 10 tahun. So, aku nak share sikit pengalaman aku kerja dengan kaum lelaki ni.

Untuk makluman semua, atas tuntutan kerja, kadang- kadang aku akan ditugaskan bertugas diluar kawasan. So, aku memang akan berhubung dengan staff dari site negeri lain.

Kerja aku ni memang wajib call orang2 di site. Sekali call memang berjam-jam lamanya.

Kadang-kadang sampai berpuluh jam lamanya. Dan pernah sampai berhari-hari. Sebab semua ni bergantung pada sesuatu projek tu.

Dan aku pendekkan cerita, setiap kali aku call staff2 dekat site, majoriti memang nampak professional sangat.

Jenis kuat kerja dan jarang balik rumah sebab tiap satu projek tu kadang2 kena stayback sampai berminggu-minggu mahupun berbulan.

Dan macam biasalah, diorang ni jarang jumpa perempuan.

Jadi, bila aku yang call atau turun site, memang ramai la yang akan mengorat dan bagi ayat manis secara personally walaupun muka aku macam lepat pisang.

Sampai ke hari ini, aku masih terfikir, adakah sebab fizikal (chubby) aku.

Atau mungkin suara aku yang agak manja sikit. Atau mungkin juga sebab karakter diri aku yang agak peramah. Aku sampai sekarang tak de jawapan tu.

Paling aku tak tahan, diorang ni bukan yang muda je buat perangai macam tu. Yang tua pun sama naik.

Aku ni, kalau tak layan diorang baik-baik, sekejap je jadi bahan cerita sampai la kepihak pengurusan.

Aku pernah kena report ye. Diorang report aku garang dan tak jaga hubungan yang baik dengan diorang sampai effect markah prestasi aku. Siap boss comment, tolong jaga hubungan yang baik dengan orang-orang di site.

Nak lantang bersuara, aku bukan orang yang macam tu. Jadi, aku redha je. Kalau aku tak sabar, mana mungkin aku boleh bekerja sampai lebih 10 tahun. Betul tak?

So, back kepada cerita jantan-jantan tak guna ni, mula-mula kerja dulu, aku naif. Orang menggatal pun aku tak sedar. Sebab aku ni boleh dikatakan agak lurus.

Tapi bila aku dah kahwin, suami aku selalu la bagitahu dan terangkan ciri-ciri jantan keparat ni.

Makin hari aku kerja, makin extreme pulak tindak tanduk diorang ni. Ada yang tahap sampai cuba nak ajak one night stay. Alasan diorang kesunyian.

Eh… banyaklah diorang punya kesunyian. Kalau kesunyian, tak perlu nak flirt rakan sekerja. Nak-nak pula, diorang tahu je aku ni isteri orang. Kat luar sana berlambak ye. Tabur duit je, confirm dapat.

Tapi diorang akan bagi alasan, nak yang satu tempat kerja. Supaya tak senang kantoi. Yela, nak save nombor telefon pun, mesti la letak nama company kan. So, susah sikit la nak kantoi kat situ.

So, para isteri kat luar sana, minta jasa baik anda semua untuk awasi tindak tanduk husband korang. Tak kisah lah, check handphone ke, sesekali buat ad hoc pergi tempat kerja diorang ke atau upah spy ke.

Terus terang, Aku rimas sangat. Tapi, kalau aku kena gam, mesti aku kena hantar kat ceruk-ceruk mana ntah.

Nak berhenti pun bukan pilihan yang baik. Sebab komitmen aku tinggi. Dan suami aku hanyalah pembantu awam.

Company yang aku kerja pun bukan company yang biasa-biasa. Company yang agak gah la juga. Jadi, aku bertahan la selagi boleh.

Aku sentisa berdoa agar Allah jaga aku, hati aku dan juga hati mereka semua.

Korang tolong doakan aku ye agar sentiasa dilindungi dari segala kemaksiatan serta sebarang gangguan anasir yang tidak baik.

– Bunga dalam taman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *