Syadid Dalam Isu Pelamin

Assalamualaikum semua.

Untuk pengenalan, aku ni dulu waktu majlis perkahwinan, menetapkan untuk tiada pelamin di majlis perkahwinanku (belah lelaki dan belah perempuan).

Ada beberapa sebab kenapa pada waktu itu, aku syadid/tegas dalam isu ini;

1. Pembaziran.

Waktu itu, isu Palestin yang dijajah amat dekat dengan aku. Siap waktu tu, aku jadi AJK yang kehulu-kehilir kutip derma, siap bawa ulama Palestin yang buta kerana lamanya berada dalam tahanan untuk berceramah di masjid2.

Aku juga pernah jadi pilot darat untuk bawa Imam Palestin untuk jadi imam tarawih sambil pungut derma. Jadi, aku berpendapat pelamin adalah suatu pembaziran dan perbelnjaan itu lebih perlu disumbang kepada Palestin.

2. Unsur2 non-Islami.

Kebiasaannya, sewaktu duduk di atas pelamin akan ada bertepung tawar dan menabur beras kunyit. Untuk perkara ini, ramai orang dah jelas dari segi hukumnya.

3. Fobia.

Aku ni peminat filem Aziz M. Osman. Antara scene yang aku paling tak boleh lupa ialah scene pelamin musnah dalam filem Gila-Gila Pengantin.

Walau tak de la tahap tengok pelamin terus takut, tapi aku macam ada feeling pelamin akan runtuh waktu aku duduk kat kerusi atas pelamin.huhu

Isu No.1 yang besar, yang No.2 boleh je ditiadakan unsur2 non-Islami dan No.3 pula lebih kepada mengada-ada.

Masalah berbangkit apabila tahun hadapan, adik aku akan mengadakan majlis perkahwinan dan merancang ada pelamin.

Untuk aku, aku berlapang dada dalam perkara ini kerana walau adik-beradik dibesarkan dengan tata kelola Islami, pemahaman tentang sesuatu isu tentulah berbeza.

Dalam bab pelamin, aku yakin bahawa aku perlu syadid kerana ianya pembaziran di saat ada umat Islam yang masih dijajah di Palestin tapi bagi adik aku, dia mungkin berpendapat berbeza.

Aku ambil contoh isu solat berjemaah di masjid. Ada orang yang dia mewajibkan dirinya solat di masjid kerana dia berpendapat itulah tuntutan Islam, tapi ada orang berpendapat tidak.

Tahap syadid orang yang mewajibkan dirinya bersolat di masjid itu sampai meninggalkan tetamu yang bertandang.

Walaupun ramai yang mengecam tuan rumah itu, pada aku, dia tidak salah kerana dia bertindak mengikut kefahaman Islamnya.

Begitu juga aku yang syadid dalam isu pelamin perlu ditiadakan semasa majlis perkahwinan.

Yang permasalahkan isu pelamin di majlis perkahwinan adik aku ialah isteri aku. Dia tak boleh terima kenapa waktu aku (dan dia) tak boleh ada pelamin dan waktu adik aku boleh pulak?

Secara umunya, dah masuk setahun aku cuba jelaskan kat isteri aku bahawasanya;

1. Urusan syadid dalam sesuatu perkara dalam pada individu.

Aku yang mempunyai keyakinan bahawa pelamin ialah pembaziran terpakai untuk diri aku sahaja.

Untuk adik aku, aku hanya boleh menasihati sahaja kerana memaksakan kefahaman aku kepada orang lain adalah Big No; aku tak suka kena paksa dan orang lain tak boleh paksa aku.

2. Walau rakan-rakan dan ahli keluarga aku diberi didikan Islam, kefahaman tentang pelamin sewaktu majlis perkahwinan adalah berbeza-beza.

Aku boleh terima kerana perkara ini dari sudut hukum, ada banyak pendapat.

Nak dijadikan cerita, Masulah Negeri gerakan islam yang aku ikut, pi buat majlis perkahwinan besar-besaran dan siap ada pelamin kat hotel 5 star.

Kaw-kaw aku kena bahan. Siap dia cakap “Ehhh, Palestin dah dimerdekakan ke?” “Perigi untuk Rohingya dah cukup?” “Warga Kemboja semua dah dapat makan danging ea?”

Aku hanya mampu merenung sambal memikirkan bahawa betapa beratnya untuk syadid di akhir zaman. Lagi2 bila orang lain punya hal, aku yang kena.

Khulasahnya, doakan aku dapat tukar kerja ke luar negara.

Dulu2, aku pernah gak terfikir macam confessor yang keluarga dia berebut harta tu, supaya pejabat wedding planner atau pelamin tu runtuh sebelum majlis, senang aku tak payah gaduh dan buang masa bincang benda yang bukan salah aku.

Tapi, bila fikir balik, apa salah pihak wedding planner?..

Jadi, aku tukar doa supaya permhonan aku untuk tukar tempat kerja ke luar negara termakbul.

Harapnya, kalau aku dah duduk luar negara, waktu majlis perkahwinan adik aku, aku boleh ada alasan tak terlibat dan tak boleh balik.

Sesungguhnya syadid itu berat. Beruntunglah mereka yang kekal.

– Syafiq Hakim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *