Damage Beyond Repairs – https://iiumc.com/forumv2/
Assalamualaikum to all, and thank you admin sebab approve post aku ni
Aku just nk share sikit la pengalaman pahit dalam hidup aku. Maybe dalam kalangan yang baca ni mungkin ada jugak yang pernah mengalami hal yang sama. Aku ni seorang lelaki dengan karakter agak pemalu dan pendiam. Memang jenis anak mak. Aku jenis susah gila nak rapat dengan siapa siapa, terutama dengan perempuan. By the time aku abih SPM, aku still tak pernah couple dengan siapa siapa pun seumur hidup aku! Malu gila bak hang nk cakap dengan perempuan. Apatah lagi nk ucapkan kata “I Love You” kt mana mana perempuan.
Abih SPM, aku dapat tawaran scholarship. Aku pun sambung amik preparation program kt sebuah kolej swasta area KL. At that time aku ada la berkenan kt sorang awek ni. Sebut je la si A. Si A ni tak alim sangat. Tudung pakai, tapi rilek je dia kalo main bertepuk tampar dengan lelaki. Si A ngn aku ni 1 kelas kt kolej tu. Selalu study sama sama, keluar makan tengok wayang semua. Ktorg berkawan rapat sampai at one point tu dia tau kalo aku suka kt dia. Yet, dia takde luahkan apa apa pun kt aku. Dia buat rilek je. Ktorg still berkawan macam biasa. Tengah aku syok syok “bercinta” dengan dia tu, ada la sekor senior aku ni potong line. Mamat tu pegi ayat si A ni sampai si A ni cair. Jatuhlah si A ke pangkuan senior aku yang durjana tu. Nokharom. Melepaslah aku buat selama lamanya. Dorg siap declare lagi kt semua orang yang dorang couple. Even kawan kawan aku semua pelik apehal si A kapel ngn mamat tu.
Untuk menghilangkan duka lara kecewa hampa merana tu, aku further study kt oversea. Nasib baik ada scholarship. Hehe. Kira aku betul betul nak start over la ni. Bak kata Jarvis Tony Stark tu, “clean slate protocol”. Aku lanjutkan pengajian aku. Aku masuk kelas. Aku takde attach ngn sape sape, takde rapat ngn sape sape. Aku fokus je aku punya study.
Tapi haram betul. Susah betul nk kontrol hati aku ni. Ada satu hari di pertengahan semester pertama pengajian aku kt situ, aku terserempak dengan seorang perempuan melayu terakhir di lobby kampus. Lawa, ayu, tudung labuh tapi takde la labuh sangat. Sumpah aku terpana. Dan aku tak kenal perempuan tu sape, ye la aku kan baru je belajar kt situ. Aku pun start digging. Rupa rupanya dia senior aku, sebut je la Si N. And aku beranikan diri untuk contact si N nyatakan hasrat aku semua. At that time memang aku nekad gila. Lantaklah orang nak kata apa. And si N pun balas, “Let the time decides okay. Kalau dh jodoh tak kemana”. Aku tak anggap tu sebagai penolakan. Aku pun sabar je la dulu. Mungkin si N perlukan masa utk digest proposition aku tu dulu. Ye la gila apa tak kenal tetiba ajak kawin. Aku tunggu punya tunggu punya tunggu still belum dapat jawapan. Kalau terjumpa kt kampus si N buat buat sibuk atau tak nampak aku. Aku steady je la dulu kan. Sampai la suatu hari tu dekat setahun jugak setelah aku propose tu, si N nk jumpa aku. Aku dah berdebar debar gila. Kau tau tak apa jadi? si N bagi kad jemputan kawin dia kt aku!!! Dia nk kawin ngn orang lain dah. Nokharom. Aku duk tunggu jawapan dia dekat setahun kut. Sama je la dia gantung aku tak pakai tali. Haram jadah punya perempuan. Sampai hati dia buat aku macam tu. Nampak je bagus baik sopan pakai tudung labuh semua, tak sangka perangai setan macam tu. Kalau taknak tak sudi tak berkenan cakap je la awal awal.
Duka lara kecewa hampa merana menjengah kembali. Back to square one. Aku set otak aku utk fokus study je sampai abih belajar. Time passes. Cuti akhir semester ke 4, aku balik bercuti di Malaysia. Nak cakap takdirnya, aku terjumpa la balik dengan sorang awek yang aku pernah crush dulu. Sebut je la si T. Aku pernah 1 sekolah ngn dia. Makin lawa dia sekarang. Bertudung, pandai berfesyen, ala ala muslimah moden gituu. Aku pun ayat je la sikit. Nk ayat banyak memang aku tak reti la kan. Kitorang pun saling bertukar number phone whatsapp semua. Bla bla bla bla. Aku jadi berkenan plak kt dia. Aku pun macam biasa la, terus je la luahkan isi hati aku. Aku siap nak hantar mak ayah aku utk meminang lagi. Si T cakap dia belum bersedia, perlukan masa. OK. Aku bagi dia masa. Aku pun lanjutkan je la dengan rutin aku sebagai student. Fly lagi ke oversea. Lama jugak aku tak dapat berita dari dia. Kadang kadang aku whatsapp dia tanya kabar semua. And tiap kali aku mention pasal nk lamar dia tu, Si T pasti akan diam membisu. Conversation for sure akan berhenti kt situ. Setahun lebih kut aku tunggu. Last last aku terjumpa gambar kawin dia kt FB! Itu pun sebab ada mutual friend yang kena tagged. Allhurabbi. Hancur gila hati aku masa tu. Kecewa marah sedih. Sampai hati dia buat kt aku macam tu. Si T ni terlebih lebih lagi haram jadah berbanding Si N. At least Si N bagi dulu kad jemputan kawin dia kt aku. Ini tidak, si T pakai kawin senyap senyap macam tu je. Sekali lagi aku dihancurkan oleh “akhawat”. Nokharom
3 kali aku kena balun dalam hidup aku ni. Cukuplah. At that time aku mulai sedar yang aku dah tak percaya kt mana mana perempuan selain perempuan yang ada dalam family aku. And that’s why aku still bujang sampai sekarang, bujang terlajak. Aku dh takut nk jatuh cinta kt sape sape dh. Serik woi. Hancur remuk dah hati aku kena balun. Damage beyond repairs. Kepada Si A, N, dan T, terima kasih kerana telah menjadi sebagian dari kisah hidup aku.
Dah la, malas aku nak taip panjang panjang. Kang bercucuran pulak airmata jantan ni
– RB
Woa diaorang taknak berterus terang mula mula mungkin diaorang pun tal pasti kot positif le Allah dah tentukan jodoh kita dgn seseorang tu ..betulah si N tu ckp kalau dh jodoh tak kemana ..kalau jodoh africa pun ,nnti jumpa jugak insyaAllah punyaa