Aku pulang ke universiti untuk menjawab exam. Aku salam abah dan minta dia doakan aku tanpa berpaling langsung ke ibu. Namun, aku tak kuat. Aku datang salam juga. Aku rasakan ibu sambut dengan hangat namun aku sambil itu berkata, jangan doakan saya gagal walaupun saya tahu mak tak suka saya. Di saat ibu mahu peluk dan cium aku, aku tarik tangan dan pergi. Adik kata ibu menangis. Aku pun menangis. Tapi hati aku masih sakit. Mata aku masih merah dengan api kemarahan. Pertama kali aku buat ibu aku begini. Aku tahu ibu aku cuba berbaik dengan aku. Sebelum aku pulang, hampir 4 hari aku tak tegur dia dan langsung tak bercakap dengan dia. Wajah aku palingkan tiap kali dia cuba bercakap dengan aku.
Aku rasa berdosa. Empat hari aku menangis dan saat aku berbuat jahat pada ibu aku, aku rasa tak kuat. Tapi marah aku masih tidak hilang. Aku tahu aku memang berdosa kerana derhaka, tapi tiap kali aku teringat apa ibu aku buat, aku jadi marah.
Aku anak yang agak rapat dengan ibu aku. Sanggup ikat perut untuk duit tambang pulang tiap minggu meredah ratusan km dan kepenatan. Esaimen aku tolak tepi asalkan aku balik. Kenapa aku rajin balik sedangkan jarak rumah dengan u aku dekat 400 km dengan tambang dekat 100? Sebab aku nak bantu ibu. Aku tahu dia susah di rumah. Sambil buat kuih, cari duit untuk perbelanjaan rumah yang isinya ramai. begitu juga abah.
Aku bukan anak sulung malahan hampir bongsu. Hati aku sakit tiap kali ibu dan abah dilayan seperti bibik, basuh pinggan anak cucu yang dah kekenyang, jaga cucu, basuh kecing berak cucu sedangkan ada ibu ayah. Perbelanjaan rumah ibu tanggung sepenuhnya hasil meniaga
Bila aku balik, aku ambil tugas.sambil bantu ibu dapatkan sedikit pendapatan untuk diri dia dan perbelanjaan rumah. Ibu aku bukan muda, sudah lebih 60.
Nak tahu kenapa aku marah sangat sampai aku tegar derhaka pada ibu. Aku akui ibu selalu marah aku even aku selalu bantu dia namun bagi aku biasalah. aku jarang melawan ibu. Namun 1 hari tu, aku bagitahu ibu aku perancangan masa depan mengenai ingin meniaga. Tiba tiba seorang anak ibu kondem aku. Aku tak rapat dengan dia sbb aku rasa dia buli ibu abah di rumah. Aku melenting dan menyindir dia kerana bagi aku dia malas dan tak layak komdem orang walaupun sah punya anak. Rupanya ibu aku sentap dan ibu aku memarahi aku sebab backup dia. Kali ini ibu marah sangat. Bila ibu marah, aku menangis dan tya apa salah aku sampai ibu tiba tiba marah sangat. Macam macam ayat ibu keluar yang sangat buat aku kecil hati. Tapi aku akui.salah aku dan memeluk ibu meminta maaf. Ibu langsung tak pandang dan suruh aku pergi jauh dari dia. Aku tak pergi, aku buat buat tak faham sambil tolong ibu susun kuih. Aku tanya ibu kuihnya saya da susun, berapa ya semuanya. Ibu langsung tak pandang aku. Aku menagis, tanya ibu tanak cakap dengan saya ke? dua kali aku tanya sambil nangis. Aku siapkan kerja rumah sambil menangis bila ibu aku layan macam tu. Hati aku dr menyesal bertikam lidah dengan dengan anaknya sorang lagi sampai ibu kecil hati tiba tiba jadi marah sangat. Aku mula benci apa ibu buat dekat aku, sedangkan aku tak tahu salah aku apa. Aku tahu ibu aku marah sebab aku sindir dan aku bertikam lidah dengan anaknya itu.
Hati siapa tak marah bila ibu abah membuat semua kerja rumah, menjaga cucunya umpama bibik, basuh pinggan mereka, rumah bersepah, cari duit untuk banyak mulut makan, najis anak pun ibu abah bersihkan dia bersenang lenang tidur bangun makan bila dia mahu. Bagi aku di usia tua, anak anaknya harus bantu bukan bebankan. Sakit demam jauh sekali nak ditengok.
Aku akan sejuk tapi mengambil masa. Aku tahu aku anak derhaka tapi aku manusia biasa yang ada tahap kesabaran dan hati yang mudah terluka. Aku tak boleh lari. Aku takut hidup tak berkat, aku rasa bersalah kerana buat begini pada ibu. Tapi.bagilah aku masa untuk ubati hati sakit ini. Buat anak anak luar sana, jaga dan sayangi ibu anda. Janganlah jadi macam aku.
– No name
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aj
Q
No name ni brother ke sister?
sama lah nasib kita.. serius sama.. tapi saya version lelaki.
Anak ibu dan ayah, sedarah dan sedaging saya, kerap memperhambakan mereka. Di usia tua masih membanting tulang menanggung si dia. Hidup mahu senang, diulit kemewahan, sedangkan adik-beradiknya mengikat perut kelaparan, melewatkan bayaran yuran belajar dan asrama, serta terpaksa memerah keringat bekerja sambil belajar, walaupun sebagai kuli, penat, tapi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. PTPTN habis disalur ke rumah, bayar bil dan tanggungan adik-adik yang lain. Tapi apakan daya, dek takutkan si anak, dia si Tanggang, dia sahaja hampir seribu sebulan.
Tanggang dengan aku tak pernah erat sejak kecil. Ibu dia tengking, ayah dia hina, adik-adik seperti hamba melayan kerenah seharian, malah duit kami duit dia, harta kami harta dia. Tidak dilayan, adik derhaka katanya, semoga masuk Neraka. Habis tu engkau tu Tanggang? Tidak ke kau tu derhaka memperlakukan ibu-bapamu yang menatang engkau bagai minyak yang penuh, sebegitu rupa?
Layak ke kau hendak melabel kami sebagai derhaka?
Acap kali aku bersuara mempertahankan diri aku dari dihina dan dicaci dan dimaki oleh Tanggang. Aku dimarah ibu. Adik kena mengalah, diam sahaja, jangan buat dia marah! Bagaimana dengan harga diri, maruah aku yang tercalar sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan? Verbal and emotional abuse sejak kecil sehingga aku depression bertahun-tahun? Aku hampir bunuh diri dahulu. Tapi aku juga yang salah?
Dek kasihankan ibu dan ayah, aku cekalkan diri membantu mereka yang terdaya. PTPTN aku untuk mereka. Gaji kerja sambilan untuk mereka. Bila terluang, takde assignments, project, quiz, presentations, exams, dan duit poket cukup untuk membayar tambang LRT dan bas, aku pulang ke rumah. Hanya untuk salam dan cium tangan ibu dan ayah. Beri mereka rehat walaupun sebentar. Kemas rumah, betulkan perkakasan yang rosak (maklumlah orang susah, sering kali rosak, koyak, patah, etc), beli barang dapur, cuci yang mana patut, belikan buku dan peralatan untuk adik2 yang masih bersekolah, belikan keperluan rumah dan makanan yang termampu, bayarkan bil, dan pelbagai lagi aku buat. Ye, memang aku mengungkit bab ini, sebab aku rasa sangat tidak adil..
Tapi si Tanggang, menghina aku, memaki aku. Aku bukanlah tunggul, aku juga terasa sedih, malu dan marah. Bila aku bersuara melawan, dimarah ibu dan ayah.
Segera mereka mengarah aku meminta maaf, walau aku tak buat apa2 salah, walau aku yang dihina, walau aku lah mangsa.
Ibu paksa aku salam dan cium tangan si Tanggang, Dia? Tersenyum puas. Aku? Menangis kecewa, sedih, dan marah. Kalau tak buat? IBU TAKKAN MAAFKAN AKU SAMPAI BILA-BILA, dan akulah anak derhaka.
Aku tak faham, Tanggang buli ibu dan ayah, sehingga mereka takutkan anak sendiri..
Sakit hati aku.. Sedih, pilu, hiba, sebu.. Aku merajuk berpanjangan. Duit aku disiasiakan untuk dia? Untuk apa aku berpenat dan berlapar hanya untuk dia bergaya dan makan di restoran atau makanan ringan seperti McD, KFC yang aku sendiri sukar untuk sentuh walaupun setahun sekali? Aku sendiri berpakaian koyak dan lusuh, dijahit sendiri berkali-kali, 10 tahun berbaju sama. UNTUK APA?
ya.. aku masih bercakap dengan ibu dan ayah. Masih contact. Tapi aku dah lama tak balik. Aku tak mahu jumpa si Tanggang. Ibu dan ayah baik dalam telefon, rindu apa semua.
Tapi bila aku balik, ibu akan marah-marah, ayah akan menyalahkan aku kerana memutuskan hubungan silaturrahim antara keluarga, dan dosanya Neraka.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Ye, memang aku bersyukur masih mempunyai ibu-dan bapa, berkeluarga, tapi ditendang dan dihina?
Aku juga tak mau jadi derhaka, aku mahukan berkat kedua ibu-bapaku. Redha mereka adalah redha Allah..
tapi aku tersepit.. aku tak tau..
Tabah ye bang..
sedihnya ya Allah..xsangka betul2 wujud si tanggang ?
Semoga dipermudahkan urusan. Semoga awk tabah setabahnya. In shaa Allah..bc laa Al fatihah u awk sndri.ibu bapa.n si tanggang semoga dilembutkn hati..
i feel u
Kisah yg sama aku lalui
Akhir zaman ibu melahirkan tuan
?
:(
Zakey Shukery
Sabar ye. Moga Allah permudahkann segalanya. Kdg yg perit tu, ade hikmah yg besar dsbliknye..
Tabahlah saudara, semoga kamu sentiasa kuat dan bahagia..
ade certain mak bapak jd cmtu sbb anak sndiri guna sihir kt diorang
No name dan Junior Down dan smua anak2 yg tersepit begini, ingat ya Allah takkan sia2kan smua pngorbanan kamu. Klau dh buat baik tp ibu bapa marah juga, itu bkn anak derhaka. Ibu bapa pun manusia biasa…maafkan mereka. Ibu bapa sayang kamu tp syaitan kuat berusaha merosakkan ikatan kasih sayang ni
saudara kuat.. sebab tu saudara dapat dugaan dan ujian sebegini..
Sedih sungguh bila baca kisah2 begini…..masih terdapat lg …dlm msyarakat….
Kesimpulannya…marilah kita didik ahli kluarga kita dgn agama….
Dengan ilmu agamalah kita akan bertanggungajawab…pd Allah…diri sendiri….keluarga dan masyarakat…
Kadang2 mmg wujud ibu bapa yang macam… kite sbg anak of course x.nk jadi anak derhaka.. cara yang baik adlah jarakkan diri dr mereka… jgn bjumpa slalu…. biar mereka sedar ksalahan mereka… klu x.sedar lg.. mmg jnis x sdar diri la tu
Moga diberi kekuatan..
Akhir zmn …tuan mmg dilahirkan ibunya. Tabah n doa pd allah kuat2 bro..
Aishah Razak aku lalui ape y dia lalui..aku harap dia kuat
huhu sbar Zahir Dan Batin
No name ni brother ke sister?
sama lah nasib kita.. serius sama.. tapi saya version lelaki.
Anak ibu dan ayah, sedarah dan sedaging saya, kerap memperhambakan mereka. Di usia tua masih membanting tulang menanggung si dia. Hidup mahu senang, diulit kemewahan, sedangkan adik-beradiknya mengikat perut kelaparan, melewatkan bayaran yuran belajar dan asrama, serta terpaksa memerah keringat bekerja sambil belajar, walaupun sebagai kuli, penat, tapi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. PTPTN habis disalur ke rumah, bayar bil dan tanggungan adik-adik yang lain. Tapi apakan daya, dek takutkan si anak, dia si Tanggang, dia sahaja hampir seribu sebulan.
Tanggang dengan aku tak pernah erat sejak kecil. Ibu dia tengking, ayah dia hina, adik-adik seperti hamba melayan kerenah seharian, malah duit kami duit dia, harta kami harta dia. Tidak dilayan, adik derhaka katanya, semoga masuk Neraka. Habis tu engkau tu Tanggang? Tidak ke kau tu derhaka memperlakukan ibu-bapamu yang menatang engkau bagai minyak yang penuh, sebegitu rupa?
Layak ke kau hendak melabel kami sebagai derhaka?
Acap kali aku bersuara mempertahankan diri aku dari dihina dan dicaci dan dimaki oleh Tanggang. Aku dimarah ibu. Adik kena mengalah, diam sahaja, jangan buat dia marah! Bagaimana dengan harga diri, maruah aku yang tercalar sebagai seorang manusia yang mempunyai perasaan? Verbal and emotional abuse sejak kecil sehingga aku depression bertahun-tahun? Aku hampir bunuh diri dahulu. Tapi aku juga yang salah?
Dek kasihankan ibu dan ayah, aku cekalkan diri membantu mereka yang terdaya. PTPTN aku untuk mereka. Gaji kerja sambilan untuk mereka. Bila terluang, takde assignments, project, quiz, presentations, exams, dan duit poket cukup untuk membayar tambang LRT dan bas, aku pulang ke rumah. Hanya untuk salam dan cium tangan ibu dan ayah. Beri mereka rehat walaupun sebentar. Kemas rumah, betulkan perkakasan yang rosak (maklumlah orang susah, sering kali rosak, koyak, patah, etc), beli barang dapur, cuci yang mana patut, belikan buku dan peralatan untuk adik2 yang masih bersekolah, belikan keperluan rumah dan makanan yang termampu, bayarkan bil, dan pelbagai lagi aku buat. Ye, memang aku mengungkit bab ini, sebab aku rasa sangat tidak adil..
Tapi si Tanggang, menghina aku, memaki aku. Aku bukanlah tunggul, aku juga terasa sedih, malu dan marah. Bila aku bersuara melawan, dimarah ibu dan ayah.
Segera mereka mengarah aku meminta maaf, walau aku tak buat apa2 salah, walau aku yang dihina, walau aku lah mangsa.
Ibu paksa aku salam dan cium tangan si Tanggang, Dia? Tersenyum puas. Aku? Menangis kecewa, sedih, dan marah. Kalau tak buat? IBU TAKKAN MAAFKAN AKU SAMPAI BILA-BILA, dan akulah anak derhaka.
Aku tak faham, Tanggang buli ibu dan ayah, sehingga mereka takutkan anak sendiri..
Sakit hati aku.. Sedih, pilu, hiba, sebu.. Aku merajuk berpanjangan. Duit aku disiasiakan untuk dia? Untuk apa aku berpenat dan berlapar hanya untuk dia bergaya dan makan di restoran atau makanan ringan seperti McD, KFC yang aku sendiri sukar untuk sentuh walaupun setahun sekali? Aku sendiri berpakaian koyak dan lusuh, dijahit sendiri berkali-kali, 10 tahun berbaju sama. UNTUK APA?
ya.. aku masih bercakap dengan ibu dan ayah. Masih contact. Tapi aku dah lama tak balik. Aku tak mahu jumpa si Tanggang. Ibu dan ayah baik dalam telefon, rindu apa semua.
Tapi bila aku balik, ibu akan marah-marah, ayah akan menyalahkan aku kerana memutuskan hubungan silaturrahim antara keluarga, dan dosanya Neraka.
Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Ye, memang aku bersyukur masih mempunyai ibu-dan bapa, berkeluarga, tapi ditendang dan dihina?
Aku juga tak mau jadi derhaka, aku mahukan berkat kedua ibu-bapaku. Redha mereka adalah redha Allah..
tapi aku tersepit.. aku tak tau..
Mmg dlm setiap keluarga mesti ada sorg yg byk berkorban utk ibubapa, utk family. Sorg lg anak kesayangan yg hidup senang lenang dan menyusahkan mak bapak, kan.
Masa awal baca rasa mcm kesian kat mak confessor, x baik buat centu. Tp bila baca lama2, jadik dilemma, kalau sy pon xtau nak buat camna. Kita pon manusia, kita ni anak, ada rasa merajuk, terkilan. Tp dlm hati ni sayangnya pada mak allah je yg tau.
Semoga allah cepat sejukkan hati confessor dan pulihkan keadaan ameeeennnn
You’re not alone. Be patient. Good things come to those who patient.
Xfhm tang “rupanya ibu aku sentap dan ibu memarahi aku sebab backup dia.” Dia tu siapakah? Ank ibu nya sorg lg ke?
adik beradik dia myb abg atau kakak dia
Mak nye backup abg atau kakak nya yg kondem dia td
Dia tu merujuk kpd ibu confessor sendiri
kesiannn…i feel u confessor.. Allah mengetahui kepedihan hati kite bile melihat mak ayah diperlakukan begitu.bertabahlah.hati akan sejuk nanti.doakan yg baik2 utk ibu.n fyi… based on my experience..xyah le try utk ubah ibu tu..mmg sampai ke hjg nyawa dia, dia akn mcm tu gak.berkorban jiwa raga utk anak2. for sure anak yg sorang lg tu suke menceritakan kesusahan dia pd ibu ayah lantas mnyebabkan mereka rs kesian sgt kt dia.n for you, confirm ibu akan kata, u xpe, berpelajaran, x sama dgn yg satu lg, hidup susah.sampai bile2 pun ibu x kan terasa yg anak sorang lg tu just take advantage pd rs kasih syg seorg ibu n ayah.sabar lah..n buat apa yg termampu shj..ibu xkan dgr nasihat awak..so xyah le nasihat yg akhirnya akn mngecikkan hati ibu..sbb sbnrnya ibu tau semua itu, cume dia x mampu menolak krn rs kasihnya ibu.
Zakey Shukery
Setuju sgt..
Bukan anak derhaka.
Aku rasa family ni slalunye sama je. Yg byk berkorban tolong bagai tu la yg dikatakan derhaka, and yg senng lenng n menyusahkan lagi tula yg disayang. Xpe, bykkan bersabar k, doakan yg terbaik utk family, semua org diduga dgn cara tersendiri. Tp yakinlah, nanti ada cahaya dipenghujung jalan.
Setuju..tapi mgkn ada sbb yg kita xtau..
Jaga2. Jgn sbb marah,dendam ,sakit hati kita ,kita buat mcm tu. Nanti takut terlmbat. Cepat2 la berbaik. Selagi tak berbaik selagi tu la kita still rasa xtenteram.karang mnyesal tak berlagu dik
Aku faham ape kau rasa. Sabar beb.. kuatkan semngt. Ingat, kita hidup untuk redha Allah.
Baca bnde ni , buat aku teringat kata2 ceramah seseorang..
“Marah itu hanya dua minit. Selebihnya ego..”
tapi mmg ego yg mmbuatkan kita terus2 marah. Buktinya, kita dah rasa bersalah. Rasa nk minta maaf, tapi ego tulah penyebab kita kerap ingat semua yg tak baik melebihi yg baik dan mnyebabkan marah dtg balik.. mcm tu lah hidayah dan ego berputar ..
Aku pun ade ego. Dan ego tu lebih susah nk deal dari deal dgn marah..tips dia.. Buang ego dulu,bru marah hilang.
keep strong sis/bro..
I feel you :( and i’m sure ramai yg senasib :(
Dear confessor ( x tahu laki ke perempuan ),ibu dan ayah mmg sgt sensitif ttg anak2..apatah lg yg berada d rumah.melalui kaca mata confessor,mgkn adk brdk tu membebankan parent anda.tp dr sudut yg lain,anda perlu beruntung ada adk brdk tggl dgn ibu n ayah.sekurang2nya,bl ibu atau ayah sakit, msh ada org d rumah. Dl sy x fhm knp mak nmpk syg kat adk brdk yg tggl d sekelilingnya.tp skrg br sy fhm.bl mak sakit,org yg tggl berdekatan la plg byk berkorban.yg jauh, blh ambik cuti 2,3 hari je..yg dkt,setiap masa ulang alik ke hospital uris itu ini.apatah lg jika confessor seorg perempuan.bl dh kahwin,tentu lbh terbatas..sy x kata membebankan mak tu bagus.cuma,ni mgkn antara reason mak confessor back up adk brdk confessor tu..byk sbnrnya,dr aspek keselamatan contohnya..ada anak tggl bersama.ada cucu yg blh menghiburkan..x dinafikan,mmg adk brdk confessor perlu berubah.
Betul yg byk berkorban tular yg selalu dicakap derhaka , hati hanya utk menolong ringankan beban tp bila skali buat salah terus dilabel derhaka , ank tak guna hahah its okay dear i feel you . Semoga Allah cekalkan hati kita ameen
Sutuju.
I feel u. Dlu lbh kurang laa. Tp bla smbg bljr jauhhh keadaan mula brubah. Alhmdllh. Jgn smpn lma2 mrh tu. Mntq maaf kt ibu. Mcm mna nk hdp dlm rsa bsalah. K
Athirah Razak
Sdih bila bce cnfession ni..brtabahlah confessor..
Bagusnya yg comment.. semua bg nasihat, doa dan kata3 smgt. InshaAllah confessor. Hubngan dgn ibu jgn dbekukn lama2, mak kita msti ade sbb tu. Lgi satu yg sy prsn even kt mak sy sdri, klau mak tgh sgt pnt dan xlarat ayat dan gaya dia marah tu mcm bnci sgt2 kt kita.. Tpi realiti my mom love me. U adik yg lain tu, semoga dia cpt sedar. Ameenn
Ramai yg senasib mcm ni dik..bertabahla yer..mgkn ini adalah ujian utk anda sbb anda mampu..
dgn org tua kena buat baik lagi2 kalau mereka dah berumur, kita xde 2 3 set mak abah, ada 1 set je, kdg2 ada 1 je, cuba tenung dr jauh, tgk mak abah, dr dulu tubuh yg tegap segar,skrg dah londeh berusia, tp kena kerja lagi, xdigambar kesiannnya, rasa nk tatang2 mereka, xsanggup…badan da uzur, kadang2 sakit menyerang, ahh mcm gampang, jadi anak yg bekorban xpe, serap je semua, gembirakan, kta tah berapa lama ada mereka, hargai, luangkn masa, time ni duit da xde nilai, mak abah ada yg ni jer, jadilah wira yg tak didendang pn takpe, bekorban tuk mereka.
Safiuddin Mekah
tq.. boleh jdikan satu pengajaran?
jgn masa yg kau ambil untuk cool down tu mak ko pergi..sampai mati kau akn mnyesal..
I feel you.. same here but different story.. bukan nya kita sengaja nak derhaka.. tapi kita pun ada perasaan.. bila hati suda tak mampu nak tahan.. orang lain bole la cakap, hal kecik sebab mereka tak rasa.. tak semua orng hati sado..
Aku kakak kpda 2 adk prmpuan. Bljar jauh. Balik pun kdg 2 mggu skali. Stu hri tu aku trkejut dgn cara adk2 aku bercakap dgn ibu ayh aku. Budak remaja kn, Seolah mcm tiada hormat. Aku memarahi adk aku. Tapi aku pula yg kna marah balik dn kna tampar dgn ayh aku. Aku tawar hti. Aku merajuk dgn ayh hmpi sbulan tk bertegur n balik rumah. Tpi ayh pujuk aku balik. Wlaupun rasa derhaka sgt. Aku slalu doa supaya tuhan lembutkn hati aku balik. Kmudian aku mntk maaf dgn ayh smula sbb merajuk lma. Akhirnya kmi smua sperti biasa kembali. Alhamdulillah skrg kmi adk beradik dh jarang gaduh since masing2 dh matang dan mereka pun lebih tahu dah cara hormat ibu ayh sebaiknya
sudah2 laa…x elok marah lama2..amik fon, call mak tu mintak maaf…..mmg dlm ramai2 anak, mst ade sorg dua yg amik kesempatan kt mak n ayah…sy pn lalui situasi mcm awk, sy dpt rasa perasaan tu mcmna…rasa geram, marah…mmg x patut mak ayah kita dh tua2 dijadikan sbg pengasuh atau bibik…pttnye di hari tua, dorg ptt diberi kesempatan utk beribadah dgn tenang…
Dont do that to your mum. Nanti menyesal tak sudah
Radhiah Alias
haha..u know me..im tough ???
Megat Syaiful Izwan…mcm biasa dgr dan lihat atau lebih kurang?? Huuuuuu
Nabilah Nur Aziz
carik2 bulu ayam..
Amirul Raziqin Mierin Azhar
baca ni