Salam Syawal. Thanks pada admin yg approve(kalau). Haritu abang ada baca 'Dari lelaki untuk lelaki'. Camtu kot tajuknya. Abang nak share story abang yang agak lebih kurang la.
Alkisahnya, abang ada akak-akak n adik-adik. Semua perempuan. Abang sorang jantan dalam rumah. Perangai pulak lebih jantan dari jantan. Haha. Waktu dulu, abang macam laki lain la, tangan lembut je. Sebab tak buat keje rumah. Haha. Abang just tolong buang sampah dengan beli barang je kat kedai dekat rumah tu. Akak-akak abang pun xde mintak tolong ape2. Kalau mintak, abang buat je.
Tapi bile dah lama macam tu, abang jadi terbiasa, abang memang set, keje rumah keje pompuan. Bile dah besar sikit, akak2 abang masing2 dah ade yang masuk u, ade yang dah keje, xde la yang duduk rumah. Tinggal la abang dengan adik2. Adik abang ade 2. Sorang kecik lagi time tu. So yang pengganti akak2 abang tu, adik abang sorang tu je. Die la yg tolong mak abang itu ini. Abang, still macam dulu. X tolong buat keje rumah ape pun. Sampai la satu hari, adik abang ni meletup lepas dengar abang cakap, 'sapu ni keje perempuan je'. Haha. Mulut puaka kan? Tapi tu dulu. Adik abang ni punye la die lame pendam kot kepenatan die, n tahap kesabaran die agak tipis berbanding mak abang, so die meletup dulu. Haha. Die membebel2 sambil nangis2 la, depan abang n ayah abang, mak abang time tu sokong adik 100%. Abang pun senyap je la, dah die nangis n dapat sayap kanan, mak abang.
Lepas pada tu, abang tolong la sikit2. Adik abang pulak arah abang, kalah mak n akak2 abang. Diorang pun x pernah suruh itu ini kat abang. Haha. Tapi, thanks to that, abang dah jadi paham, macam mane penat buat keje rumah.
Guys, wahai lelaki sekalian.. Ni abang nak ajar. Kalau korang tulis huruf A kat buku. Susah x? X kan? Tapi cube kalau korang kene tulis A tu dari pagi sampai malam. Susah x? Susahhhh. Bende mudah, tapi jadi susah. Macam tu jugak buat keje rumah. Nampak mudah. Tapi cube buat keje tu x berhenti dari pagi sampai malam. Meh abang list skit. Dari pagi, ni keje mak engkorang tau, sipakan baju suami, siapkan sarapan, siapkan anak pegi skolah, abeh sarapan, basuh pinggan mangkuk, cawan n periuk masak tadi. Abeh sarapan, basuh baju, sidai baju, sapu rumah, buang sampah, kemas bilik anak bujang macam korang. Lepas tu siapkan pulak makan tengah hari. Ok, abang malas nak taip dah lepas tengah hari punye. Taip pun malas, ape lagi kalau buat.
Lagi haru kalau orang2 kat rumah tu sikit pun x hargai kepenatan diorang. Lagi dikomen masak x sedap. Bukan nak puji ke, cakap terima kasih basuhkan baju ke, cium peluk wife tu sbb dah siapkan sarapan ke.
Alhamdulillah, berkat tangisan syahdu adik abang, abang jadi lelaki sejati. KahKah. Abang dah x lembik macam dulu. Abang dah x macam lelaki meLAYU yang mengharapkan perempuan untuk siapkan makan, berak, kencing, tidur.Abang dah reti menghargai pengorbanan mak abang. Abang dah reti gosok baju sendiri. And now abang pun dah kawin, ade anak. Baju2 kat rumah, abang yang setelkan. Basuh, sidai, gosok (cume time lipat tu, slow sket, hehe). Anak berak? Abang x tunggu wife abang siap masak then suruh die basuh, abang setelkan terus anak abang. Kadang abang tolong masak same. Kalau 2-2 malas, kitorang makan luar. Kadang abang sapu rumah. Pendek kate keje rumah abang buat same2 dengan wife. Balik rumah mak , abang ajak makan luar, bagi mak abang rehat. Abang bukan nak puji diri sendiri, tapi abang bersyukur. Abang dah x lembik macam dulu.
So, nasihat abang buat lelaki kat luar sana, stop jadi lembik. Allah kurniakan kudrat lelaki lagi kuat dari perempuan. Sepatutnya kite yang banyak kerja dari diorang. Kalau korang dok melingkor je depan tv, tu kufur nikmat kesihatan namenye. Dan at least and lastly, hargai orang disekeliling korang. Yang dah berpenat lelah nak sipkan makan, basuh toilet bagi bersih. Buka mata korang dan fikir, kalau xde diorang ni, mmg korang akan hidup dalam sampah. Ok, dah. Abang sakit perut. chow dlu.
– Abang Andak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Untung sapa jadi isteri / ibu / mertua Andak. Alhamdulillah.
Barakallahufik
“Dapat sayap kanan mak” hahah . Abg nih comel lah bila ckp .
penampor kan maksud dia?? haha
Bukan lah . Dpt pelindungan mak dia .
ok2 fahamm.. tadi baca laju sangat..
Yeahhh. Hidup abang andak!!!
Muhammad Nasrul
Caya lah Abam Peah. eh Abg Andak.
nasib baik abg dah kawen. kalau tak, nak masok melamar. hahahaha gurau²
terbaik abang andak
Mak aih. Untungla dapat adik beradik macam ni. Ada yang dah nangis nagis depan dia pon buat tak reti lagi. Sungguhla sakit ati. Dapat laki memang pegang kuat la takkan lepas
Ahmad Nuqman
Berkenan pulak ke abang andak.. Kohkoh!!
Muazzam Baharin learn from others :)
bertuah badan….
Mohd Saufi
Win abang ni sama cam laki saya sama naik wat keje uma.. Ntah2 dia lg bnyak kot dr saya hihi terbaikk la bang
Pernah meletup sekali tapi depan mak abah je. Sebab time tu y lain kerja.
Sharil Fazlee
Pak Ngah Sani
Pernah meletup banyak kali but still takda apa yg berubah pun
Mohamad Hidayat
Ada tak sesiapa yg berfikiran mcm abg andak ni? Kalau ada minta reply komen ni, nak ajak kawin
Mirae Idorae xmenarik lgsng