Dari Bertunang, Last-last Jadi Kawan

Assalamualaikum. Terima Kasih admin sudi siarkan cerita saya. Saya harap anda semua dapat berikan pendapat dan elakkan dari komen-komen yang negatif. Nama aku AinNadia. Bekas pelajar IPTA di semenanjung Malaysia,sekarang sudah berkerja.

Sepertimana tajuk di atas, korang mesti dah tahu kisahnya. Straight to the point, siapa sahaja yang tidak mahu urusan perkahwinan mereka dipermudahkan setelah masing-masing telah bersedia untuk ke arah itu. kalau boleh, aku tidak mahu majlis yang gah meriah tetapi berhutang dan lari dari kemampuan dri, hantaran berpuluh ribu walaupun aku lulusan Degree,aku tak kisah dengan lulusan itu tapi tidak bagi mama aku. Tiada niat untuk membuka aib keluarga sendiri tapi, aku harap juga ibu bapa diluar sana dengar dan faham kehendak anak. Bagi mama, aku lulusan Degree, mestilah tinggi hantaran nya, kalau lelaki tu mahukan aku, dia mesti berusaha.

Kalau boleh, aku hanya mahukan kenduri kesyukuran yang serba simple, mini pelamin pun hanya untuk bergambar keluarga dan rakan terdekat sahaja. NO malam berinai, NO dulang-dulang hantaran, NO baju berhelai-helai untuk resepsi. Tidak perlu kita ikut seperti orang lain yang mana mereka mampu, tetapi tidak kita. Kita buat semampu kita sahaja. Jemputan pun sekadar termampu dan selebihnya cukup la sekadar menghebohkan di media sosial.

Tetapi tidak bagi mama aku, dia sebolehnya mahu mengadakan majlis kenduri yang dihadiri oleh orang ramai, dia mahu menjemput kenala-kenalan lamanya, saudara mara yang jauh yang lama tidak ketemu. Belum dijemput lagi kawan-kawan aku yang sejak dari tadika hingga ke universiti ini, termasuk guru-guru dan pensyarah. Mama kata, kalau kita tak jemput mereka, nanti mereka kata apa pula. Ya Allah mama, aku tak kisah sesiapa shaja yang mama mahu jemput, tetapi tengok la juga kemampuan kita. Apa salahnya kalau sekadar membuat majlis kesyukuran dan doa selamat. Adakah itu tidak berfaedah juga?

Pada tahun 2015, aku dan Amar telah membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga memandangkan kami telah lama berkawan. Keluarga Amar datang merisik dan aku terkejut hantaran yang telah ditetapkan oleh mama aku, RM 10K dan tempoh yang ditetapkan hanya 6 bulan. Sebelum itu, aku sudah berbincang dengan mama dan ayah untuk tidak meletakkan hantaran terlalu tinggi. Mereka seolah bersetuju apa yang diperbincangkan, tetapi tidak semasa hari kejadian. Demi sayang dan cita, kami berusaha untuk mengumpul duit bersama tanpa pengetahuan sesiapa. Siang malam kami bekerja, ikat perut. Tetapi satu hari Amar kemalangan, dan dia memerlukan duit untuk kos rawatannya. Kami terpaksa menggunakan sebahagian duit yang kami kumpul itu. Masa cuma tinggal sebulan lebih, dan duit untuk hantaran masih tidak cukup lebih dari 50%. Emak Amar tidak sanggup tengok anaknya sakit terlantar demi mencari dan kumpul duit untuk hantaran perkahwinan kami, dan meminta kami putuskan hubungan. Walaupun perit, tetapi kami terpaksa akur dengan kehendak keluarga masing-masing kerana kami tidak mahu menjadi anak derhaka.

Aku bawa diri dan sambung pengajian ke peringkat ijazah jauh dari keluarga dan orang-orang yang mengenali aku. Keluarga aku faham keadaan aku dan mereka mengizinkannya. 3tahun jauh dari keluarga, jarang pulang ke kampung dan hanya berhubung melalui media sosial sahaja. Jauh disudut hati aku, aku terasa hati dengan parents aku yang seolah-olah mahu menjual anak dengan meletakkan jumlah hantaran terlalu tiggi dan tidak bersesuaian dengan kedaan kami ketika itu. dan aku mengharapkan parents aku berubah.

Penghujung tahun 2016, aku yang ketika itu telah bekerja di Kuala Lumpur dengan pendapatan yang boleh dikataka mampu juga la untuk menyara diri sendiri. Aku dapat panggilan dari keluarga yang ada seorang lelaki anak kenalan ayah mahu merisik, memandangkan ketika itu aku masih lagi solo, dah move-on dengan Amar. Dia pon dah bertunang dengan orang lain.Aku ??Huhuu..

Back to the story, aku cuba untuk berkawan rapat dengan anak kenalan ayah itu, nama dia Kamal. OK je bagi aku, kami boleh satu kepala. Sepanjang tempoh perkenalan selama sebulan, Kamal menyatakan hasrat untuk manjadikan aku isterinya. Aku takut perkara lama berulang lagi, aku tidak mengharap apa-apa. Aku minta Kamal sendiri pergi berbincang dengan parents aku. Aku doa sangat-sangat parents aku jangan lah letak hantaran tinggi-tinggi lagi. Kamal hanya kerani di sebuah syarikat biasa.

Setelah seminggu berdiam diri selepas Kamal berjumpa dengan parents aku, dia jumpa aku semula dan minta untuk hanya menjadi seorang kawan sahaja. Dalam tenang, aku terima sahaja. Kenapa Kamal jadi macam tu?? Korang pun dah boleh agakkan. Yes, kali ni mama aku tetapkan hantaran sebanyak RM15K. What ????? makin up pulak tu ! Stress aku , nak kawen pon susah. Semua calon lari. Sedih hidup aku ni. Semua ni buatkan aku malas ak fikir pasal kahwin and buka hati untuk mana-mana lelaki. Wajarkah aku salahkan parents aku sendiri ??? Nauzubillah min zalik, aku taknak jadi anak derhaka.

Sorry kalau post ni terlalu panjang dan susunan ayat yang tak seberapa. Maklumlah dah lama tak mengarang. Ini kisah benar aku, terpulang kalau korang nak percaya atau tidak. Mohon pendapat kalian untuk masalah aku ni. Aku taknak jadi andartu, aku juga ingin mempunyai pasangan yang halal.. Bantu Aku..

– gadis Unggu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit