date

Assalamualaikum warga iium confeasion.
Sy bukan student Uia tetapi gemar baca confession2 di page ni.
Sy nak tanya pendapat kalian. Pertama skali saya nak mohon maaf jika confession sy ni akan menyinggung perasaan mana2 pihak sebab melibatkan topic early marriage dan setahu sy memang pelajar Uia terkenal dgn kawin awal… Maaf ye

Sy tertanya-tanya, mengapa pasangan yang mendirikan rumah tangga pada usia muda memilih utk melangsungkan majlis mereka pada waktu2 genting dalam semester… Bukan kah waktu cuti semester lebih sesuai dipilih? Apabila sy bertanya mengapa, jawapan yg diberikan adalah atas sebab keluarga, family mentua .. Sy merasakan hal ni sgt tak wajar..

Sy sedang mengikuti program masters dan ramai antara rakan sy yg kawin awal sewaktu degree.. tetapi majlis mereka spt akad nikah dan kenduri dilangsung pada tarikh yang kurang sesuai . mcm baru2 ni, rakan sy (masters) kenduri..dia perlu pulang ke kampung utk majlis tersebut. Dia sudah menyatakan tarikh itu tak sesuai sebab kami ada test yang jawapannya perlu disubmit dalam tempoh 72 jam. Lama dia berbincang dengan family mentua berkenaan tarikh tu.. Kalau boleh, biarlah selepas test tersebut..thesis kami pula perlu dihantar 2 minggu selepas test ini. Dia pula sibuk dengan kenduri kahwin.. Dan sehari sebelum tempoh 72 jam tersebut tamat, rakan sy sudah pulang ke kampung kerana tarikh kenduri (sambut menantu) sudah pun ditetapkan. Nak pujuk family utk tukar tarikh pun sia2 shj.. Sy diberitahu tarikh tersebut merupakan pilihan atuk dan nenek sebelah mentuanya. Curious sungguh sy, takkan la tak boleh nak bertolak ansur langsung… Bukan senang nak sambung masters. Sikit shj lagi utk tamat pengajian, commitment besar yg lain datang sehingga terpaksa berkorban masa ..Ya, mencepatkan hal yg baik itu perlu, but not at the expense of something else?

Sy kasihan dengan rakan2 yg berkahwin dalam waktu semester mcm ni.. Semua hal perlu diselesaikan dalam masa yg singkat…everything needs to settle at the same time. Sy sebagai rakan yg melihat pun terasa tekanannya. Seorang lagi rakan pun begitu, 3 minggu sebelum hantar thesis, dia bernikah. Semua persiapan dilakukan ala kadar hanya disebabkan masa yg begitu suntuk.

Persoalan sy, mengapa tidak boleh tggu sehingga pasangan selesai pengajian ataupun waktu cuti semester? Apa yg sy lihat rakan2 sy tu hanya tinggal 2,3 minggu sahaja saki baki pengajian dari tarikh pernikahan\ wedding reception mereka..dan jika mereka melangsungkan majlis selepas tamat pengajian, bukankah lebih mudah? Persiapan perkahwinan pun tidaklah buat spt ala kadar shj kerana waktu yg singkat.. Pada pendapat sy, kalau kenduri dilangsung pada tarikh luar waktu pengajian akan lebih teratur, bride \ groom boleh beri commitment penuh utk majlis mereka.tak perlu nak rushing.. Tapi sayang, apa yg sy lihat melalui pengalaman2 rakan satu fakulti ramai yang terpaksa abaikan assignments, even tests sebab tarikh perkahwinan dibuat dlam waktu semester..nak2 lagi assignment melibatkan teamwork (degree).

Sy faham hal yang baik seperti ini perlu dipercepatkan. Tetapi tolong lah jika pasangan anda masih dalam pengajian, tunggu lah sehingga pengajiannya tamat dahulu.kasihan sy tengok mereka2 ni..mengadu stress dan tertekan abt wedding preparation dengan rakan2 tapi tak berupaya utk mengubah apa2 kerana campur tangan orang tua..kadang2 ada yang pasangan sendiri yg mendesak…jika tak boleh sangat, pilih lah tarikh cuti semester…
Be considerate. Jika kita mudahkan kerja orang lain, Allah akan mudahkan kerja kita. Harap confession sy ini tidak keterlaluan..

– selendang purple

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *