Dean List hoiiii
Assalamualaikum.
Dean list.
Penting sangat ke dean list tu?
Okay maybe penting kot bagi sesetengah org kan.
Kalau selalu dean list, mungkin bole dpt 1st class degree n xpayah nayar kan ptptn.
Dan banyak lagi la sebab kenapa ramai student terkejar2 dean list ni.
Aku bukan lah seseorang yang tergila2 or taksub sgt nak dpt dean list ni.
Tapi Alhamdulillah sepanjang belajar degree ni, ada la dapat dean list bbrp kali.
Xde la hebat sgt smpai setiap sem dpt dean list.
Pada aku ini semua rezeki.
Dan aku bersyukur sgt2 sbb Allah kurniakan nikmat otak dan akal yg mcm ni.
Aku nak la jugak bagi tips sket2 kalau nak dean list ni.
1. Study smart bukan study hard.
Bagi aku, kau kene study smart.
Aku prnah nasihat dekat kawan aku yg study hard tapi result xmemuaskan hati dia.
Aku cakap, kau kene study smart.
Dengan suara yg tinggi dia tanya 'STUDY SMART TU CAMNE????!!!'
Uishh marah gila dia kat aku masa tu.
Ok.
Study smart ni bagi aku cenggini.
Kau kene tahu jenis study yg macamne yang sesuai dgn kau.
Kalau kau sesuai study malam sbb tenang je, study malam.
Siang2 tu study gak tapi santai2 je.
Lepastu kan ada jenis org auditory, kinestetik, visual and lg 1 xigt apa tah tu kan?
Haaa tgk yg mana satu paling sesuai.
Macam aku, aku tahu aku jenis auditory, so aku kne banyak mendengar.
Kalau kat klas tu aku kene fokus.
Selain tu, aku pon jenis buat nota2 sendiri kaler2.
So buat la mind map ke nota kecik ke apa kan.
Haaa kau plak kene la cari cara kau sndri.
2. Fokus dalam kelas
Aku xtahu la bole apply pada semua ke x.
Tapi bagi aku, fokus dlm klas Tu penting.
Kalau aku xdtg klas, perghh mmg sukar aku nak skor o paham chapter tu.
Dengar baik2 apa lecturer cakap.
Ada lecturer tu nota yaaa adooo je.
Banyak apa yg dia cakap tu yg kene take note.
3. Banyakkan membaca.
Haaaa yg ni aku lemah sket.
Bab2 bukak buku teks m, buku tebal2 tu, pendek cerita benda2 yg melibatkan further reading tu hanyalah bedtime story aku.
Asal bukak je tido.
Asal tido je bukak.
Tapi mmg xdpt dinafikan, kau kene la cari ilmu sendiri.
Takkan nak harap lecturer spoon feed je kan.
Haaa ni tips utk aku sekali.
3. Jangan aim tinggi.
Yang ni pon aku xtau la bole pakai x.
Tapi frankly speaking, aku xpernah aim high.
Lepas exam, aku ada feeling uishh susah exam tadi.
Bole ke dpt B+ or A-??
Carry mark pon rendah.
Tapi bila kluar result, time tu la aku bersyukur sbb selalunya aku dapat melebihi target aku.
Baru lah konsep bersyukur tu ada.
Aku takut kalau aim tinggi2 tapi xdpt apa yg dsangka, aku takut konsep bersyukur dan menyalahkan qada' dan qadar tu timbul.
3. Study sebab Allah (cliche) bukan sbb CGPA or exam.
Aku sampai sekarang masih tertanya2 camne nak tanamkan niat sentiasa belajar kerana Allah.
Tapi, aku guna konsep study, usaha, jawab exam semampu mungkin dan redha dgn apa yg aku jawab dlm exam tu.
Tapi sebelum redha, kenelah setimpal dgn usahanya.
Jangan la redha je tp study tak.
4. Jangan 24 jam study non-stop.
Serius aku katakan kau jangan study memanjang.
Hidup kau kalau dgunakan utk study je, xberbaloi dan kau yang rugi.
Kau kene la seimbangkan dengan benda lain utk hilangkan stress sket.
Macam aku, aku suka join program, main candy crush, tgk movie dan tido.
Tak kesa la kau nak melukis ke, beriadah ke, main sukan ke, tapi buat sesuatu sebagai selingan.
Jangan terperap je dlm bilik.
Bak kata ayah aku, otak xberkembang.
Boleh 24 jam study tapi nanti kau akan grad hanya penuh ilmu didada tapi social skill hampeh.
Join program skali skala bagi asah skill2 yg ada.
5. Jaga hubungan dgn Allah
Okay.
Ni yg paling paling paling penting.
Jaga hubungan dgn Allah.
Jaga solat diawal waktu.
Solat lambat mungkin menyebabkan DL pon lambat nak dpt.
Tambah2 la amalan2 sunat.
Doa banyak2.
Aku amalkan doa dlm sujud trakhir.
Antara masa doa yg mujarab.
Doakan juga buat kawan2 yg lain.
Minta doa drpd ibubapa yg penting.
Jaga hati mereka.
Okla macam da panjang je membebel.
Aku harap ada la yang bermanfaat.
Yang pasti CGPA bukan segala2nya.
Kalau dapat, Alhamdulillah.
Kalau xdpt, cuba lagi.
Jangan Malas.
Jangan beralasan.
Maaf salah silap
– Kak Long Kawasan