Dear man

Lelaki memang macam tu. Nampak perempuan cantik je, solehah je, terus nak jadikan isteri. Dia tak investigate pon sama ada perempuan tu pengotor ke pemarah ke pencarut ke.

Tapi tu bukan isu utama. Fine kalau si wanita cantik solehah idaman lelaki malaya tu pengotor ke apa, sebab benda tu boleh betulkan. Ini tidak , isteri tak kemas rumah , mula lah nak marah . Mulalah nak bangkitkan hal hantaran. . Mulalah chatting dengan perempuan lain. . Pastu mulalah canang kat kawan laki lain pasal "tak sangka isteri dia yang nampak bersih dan solehah tu rupanya pengotor dan pemalas "

Sebab yang aku perasan , lelaki cepat tertipu dan wanita memang pandai menipu. Aku tahu sebab aku perempuan . Aku perhati je kawan kawan perempuan aku gedik gedik lemah lembut depan lelaki pastu belakang ,hmmm tuhan je tahu .

Perempuan tua bangka macam mana pon, dia masih macam kanak kanak. Kau kene ajar dia perlahan lahan.Sabar. Tegur la secara manja . tegur secara berhikmah . Kalau tak tahu, pergi search kat google , atau Tanyalah ustazah. Tu ha, rancangan semanis kurma , rajin2 kan tengok.

Ini tak, layan bola, main game , lepak dengan kawan , main fb pegi chatting ngan perempuan lain. Nak main game ke layan bola ke boleh, tapi jangan sampai rumahtangga tak terurus.

Perkahwinan ni,its a teamwork. Kau sebagai lelaki, memang kau kene jadi ketua.

Zaman sekarang, penceraian dah jadi terlalu biasa.

oh ya, isu tak kemas rumah memang boleh menyebabkan penceraian. ye, nampak remeh tapi tu hakikatnya.

Dan tahu tak kenapa penceraian sering berlaku ? Sebab kita niat berkahwin kerana nafsu, bukan kerana Allah.

Maaf sebab terkasar bahasa. Bukan apa. da penat tengok lelaki jenis macam ni , solehah dengan lawa sikit je bergetar tulang rusuk.

Kepada perempuan … sebelum kahwin tu, berterus terangla dengan tunang kalau ada ape2 keburukan. Kalau malas nak kemas rumah tu rajin rajinkanlah .

Kalau suami isteri kerja, balek dua2 penat, usahakanlah untuk sama2 kemas waktu weekend. Kan sweet gitu kemas rumah sama sama.

– PerempuanYangEmo

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *