Dear niqabistastailista

Sekarang ni makin ramai yang berniqab. Alhamdulillah. Aku pun suka tgk perempuan berniqab. Pakaian kita ni sbrnnya identiti kita. Malu tak nak buat maksiat bila pakai tudung labuh/berniqab? Mesti lah malu. Sbb ada malu tu lah kira jaga aurat kita.

Tapi malangnya ada yang jadikan niqab sebagai trend. Sbb rasa cantik pakai niqab, terus pakai. Tapi akhlak kelaut. Aku banyak kenal perempuan yang pakai tudung bidang besar tapi perangai tak semenggah. Lagi teruk dari yg pakai biasa-biasa.

Bila masuk uni life ni kau akan kenal byk jenis manusia. Ada yang tutup aurat tapi tak solat. Ada yang tak bertudung rambut karat tapi solat. Ada yang tak bertudung tapi prejudis dgn perempuan yg pakai tudung 'eleh pakai tudung tapi geli-geli dgn boyfriend' padahal dia lebih kurang je. Aku byk berhadapan dgn manusia mcm ni.

Roommate aku, tudung besar tapi ex boyfriend lebih dari 10 siap bangga cerita kat orang lain. See? Sepatutnya pakaian kita tu mencegah kita dari kemungkaran tapi sebaliknya. Yang berniqab pulak selfie mcm-mcm gaya kemain lg upload kat media sosial. Berniqab utk tidak mahu perhatian bukan? Tapi sbnrnya attention seeker.

Jgn 100% salahkan lelaki bila jadi sesuatu yang tak elok. Lelaki mmg dicipta satu nafsu. Kita perempuan lah kena jaga diri. Betulkan niat kalau nak memakai pakaian Islam. Jgn tergedik-gedik mintak perhatian.

Kami tak marah anda berniqab tapi jaga lah hati. Jaga lah akhlak. Jaga lah nama Islam. Anda membawa nama agama yang syumul. Tapi anda sendiri mencalit tahi pada agama.

Pokok pangkalnya hati. Jaga hati, jaga iman. Jgn menunding jari bila ada yang menyalak salahkan niqabis. Kami tak marah keseluruhannya.

Akhir kata , "wanita yang bertudung tu tak semestinya baik tapi wanita yang baik semestinya bertudung". Fikir dan hadam.

– Gadis

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

23 Comments

  1. mesti ramai yang kecam confession mcm ni . mesti ! memang dah selalu hadap benda mcm ni kalau isu niqab , tudung besar , labuh dibangkit . okayy look . semua dah besar dan komen kita kena related dengan apa y si confessor bangkitkan . yup , saya setuju dengan confessor ni sbb sy pun tengok KEBANYAKKANnya macam ni . TAK SEMUA , SEGELINTIR . saya ulang , TAK SEMUA . HANYA SEGELINTIR . yaa , jangan salahkan tudung . tapi apa yang saya nak katakan , pakaian kena lha selari dengn perbuatan . malu itu suatu kewajipan buat muslimah . apa y penting , istiqomah dlm melakukan kebaikan . semoga kita sentiasa diberi petunjuk dari Ilahi . sekian :)

  2. asal niqab nak tunjuk mata colour.. asal niqab nak tunjuk post pegang bunga bagi kat suami.. melayu nie banyak sangat ikut ikutan ereb.. aku kenal keluarga yang warak dan muslimah pun depa xda obses dengan niqab.. yang penting tudung labuh tutupi dada.. akhlak jaga.. mulut jaga..

  3. pernah menegur niqabis yg keluar dgn lelaki sana sini, alasan nya kau bukan tuhan nak nilai aku dgn pemakaian. pakaian aku tak ada kena mengena dgn perangai aku

  4. Haha.. pastu ambik gambar fokus kat mata. You can find those on instagram. Thats how they show ‘islamic’ they are, pakai contact lens, pakai eye liner eye shadow bagai. Hanya memerhati.

  5. Tmbhan untk niqabis…fhami tuntutn niqab tu btul2 mcm confessor ni sbut…kdg2 perasan ada yg beriya brpurdah, berniqab tp handsock x pkai..sdgkn tngn itu lebih wajibb di tutup…stokin x pkai…sdgkn aurt yg sbrnar itu ketika solt…ap yg wjib d tutup wktu solt itulah aurt yg ditutup di luar…koreksi blik niat dn jgn ikut2 ..klau ad guru elok tnya guru…sbb rmai jgk dri klagn asatizah yg hebt2..tpi x mewajbkan istrinya purdah

  6. Kadang2 kesian dgn org yg pakai niqab yg mmg tujuan dia utk tutup kecantikan, elak maksiat dan semata-mata kerana Allah . Ramai org kecam niqabis because some of them wear niqab only for attention. Hm

  7. Paling menyampah dngan niqabis yg dok post gambar dlm instagram, bersepah pulak tu, dah tu nak tunjuk sangat mata tu pakai contact lens, caption ala2 islamic yg berjela tu. Menyampah den baco. Tujuan untuk melindungi diri dri pandangan umum tapi dah terbalik fungsinya untuk dijadikan sajian lelaki2 di luar sana. Tolong la wahai para niqabis untuk tajdid niat semula dlm pemakaian. Jangan jadi seperti nila setitik rosak susu sebelanga.

  8. Em.. betol tu.. buat yg nk pakai niqab pakai lah dgn tujuan nye yg betol.. bukan sbb trend atau nk cantik sje… pengalaman sy… sy geram tgk sis2 yg berniqab tp acah2 couple dlm library dgn bro… uish.. mengedik ngalahkan org yg pakai biase2 ni…ok2… korang nk kate dia dah kawen kot.. ok bnyk faktor yg nmpk mmg x kawen lg.. and pergaulan dok mcm acah2 jaga ikhtilat etc2… sbb kalau org begitu even dah kawen xkan buat mcm apa yg sy nmpk.. malu mereka tinggi dan tebal… jgn sebb kamu yg menjadi nila setitik habis rosaakan imej kwn2 kamu yg betol2 berniqab kerana Allah dan sgt menjaga dirinya luar dan dalam… for niqabis yg attention seekers… mohon terasa… sapa makan cili dia yg rasa pedas…

  9. Aku berniat nak pakai niqab. InsyaAllah oneday nnti bla apa yy aku lakukan ni da sempurna , aku jnji takkan buat ftnah pd agama aku. Aku sygkan Tuhan aku. Skrg pon skit2 da buang pic kt fb aku. Profile pic ni aku pakai pon sbb aku nk sntiasa ingt kt arwah atok aku. Doakan aku.

    Dan utk para niqabis yg acah2 hot, hentikanla. Siankan mereka yg btul2 nk pakai pakaian istri dan anak nabi ni kerna Allah. Hmm

  10. apa salahnya kalau diorang(niqabis) private ig diorang. pstu filter la followers. haa time tu nk post gamba pakai bulu mata sebesar penyapu, contact lens kaler hijo pun tak kisah. settle problem.

  11. Aku masuk sephora konon nk usha la brg makeup tp xreti plak..keluar balik pastu ada la kn niqabis yg dok guide kwn dia apa yg kn beli…mmg salute la…Semoga niqabis2 ni istiqamah la ye..akk nk pakai tp xkuat lg..moga akhlak akk ni bertmbh elok dl la..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *