Deman muet

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri saya ucapkan kepada semua pengikut iiumc. Saya merupakan salah seorang pembaca tegar di iiumc ini dan saya dapati kebanyakan pengikut laman ini terdiri dari pelajar universiti. Oleh itu, saya ingin berkongsi masalah yang saya hadapi menjelang muet test bagi pelajar PRA U yang akan berlangsung pada bulan julai ini.

Muet itulah peperiksaan yang digeruni oleh pelajar Pra-U selain daripada peperiksaan yang akan berlangsung pada setiap penggal. Peperiksaan muet ni bagi saya tak ada masalahnya sebenarnya tapi yang paper speaking tu agak mencabar sikit. Mahu tak mencabar, dekat setengah engkau dalam Dewan speaking aje kerjanya. Kalau dapat ahli kumpulan yang serasi tak apa lah jugak ni 3 orang perempuan aku seorang lelaki. Betapa janggalnya aku rasa tu tak boleh nak dipertikaikanlah.

Aku yang loner dalam kelas ni pun terpaksalah ajak kawan kawan group aku tu prepare awal sebelum exam sebab nak bagi serasi antara satu group. Namun apakan daya masa practice suara salah sorang dari group aku tu memang slow. Cuba kau bayangkan macam mana aku nak ambik main point dia kalau suara dia slow. Sorang lagi pula tak tahulah aku mungkin ada penyakit 'excuse me' kut nak interrupted je memanjang time discussion. Discussion tak sempat panas lagi kau dah nak interrupted.

Tak tahulah aku nak buat macam mana sekarang ni. Aku tengok group muet yang lain elok je sebab ada keserasian. Jika ada apa cadangan yang baik untuk membentuk keserasian antara group kami tolonglah beri cadangan kerana peperiksaan ni tak sampai dua minggu lagi

– budak blur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Ok je kot.aq pon mcm tu,1 laki 3 pompuan n aq jgk bdk pra u 2014 .Alhamdulillah dpt jgk bnd 4.jrak xde la jauh sngt.2 meja bdk skolah drapatkn je.xpyh risau lh bro.kau kna yakin dgn dri kau n kna jgak yakinkn geng muet kau utk support point kau.

  2. Eh? Group siap2 buat dah? Aku dulu group random je.

    Dalam speaking, memang kau kena dominate. Menyampuk. Tapi dengan manner. Buat macam kau dominant. Sebab masa singkat sangat kalau nak harap turn je. Buat buat bijak sikit.

    Kau hafal phrase phrase yg acah powrr sikit, macam “Sorry, I beg to disagree” , ” Yes, I agree to disagree”. Ayat ayat yg boleh guna utk argument.

    Last sekali, glhf!

  3. Aku penilai.aku tak kisah ko serasi atau tak,itu tak dikira dalam markah.yang penting content & maturity. Fluency tu of course la. Kita tak boleh ubah orang tapi kita boleh ubah diri sendiri. So adapt quickly dengan mates ko.klu dia suara perlahan,cakap je la pardon,could you please repeat. Kalau sorg tu suke interrupt,ko pandai2 la lead discussion tu balik ke point asal.

  4. Cakap je ‘sorry but could you please wait until i finish talking’ muahahahaha. Yang diam tu ko cakap ‘sorry but i can’t really hear/understand what’re you saying just now, could you please say it again’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *