Hari ni tanggal 5 Syawal seawal pagi lagi aku telah terima kiriman whatsapp dari si dia. Panjang lebar bait-bait ayatnya. Setelah beberapa kali dia buat solat istikharah, akhirnya dia buat keputusan untuk “pause” relationship kami. Selama mana? Sehinggalah takdir merungkaikan satu persatu hala tuju hubungan ini.
Sebelum tu biar aku perkenalkan serba sedikit tentang si dia. Dia adalah seorang mualaf. Agama asalnya Hindu. Dia telah memeluk Islam sejak 6 tahun lalu. Memeluk Islam dengan kerelaan hatinya. Tiada paksaan dari sesiapa pun. Dia nekad untuk revert setelah diberi hidayah dari Allah tentang siapakah tuhan yang menciptakan dirinya dan isi alam ini. Hanya dia seorang dalam ahli keluarganya yang memeluk Islam. Sehingga ke hari ini hanya ibu bapa dan adik beradiknya saja yang tahu. Not even his cousins or auntie and uncles.
Dia ada ramai kawan melayu dan keluarga angkat melayu. Dia dah terbiasa dengan kehidupan masyarakat melayu. Masakan melayu bagilah apa pun semua dia telan. Kalau dengar dia bercakap tanpa lihat dirinya, memang ingatkan orang melayu yang cakap. Fasih tutur katanya.
Perkenalan kami berdua bermula setahun yang lalu. Dan perkenalan kami teramatlah pantas. Entahlah. Macam mimpi pun ada. Dia hadir betul2 pada ketika aku berdoa agar Allah pertemukan aku dengan jodohku. Akhir bulan 4 tahun lepas kami berkenalan. Akhir bulan 5 pula kami bertemu buat pertama kalinya. Selang 2 minggu aku perkenalkan si dia dengan rakan sekerja & adik beradikku. Akhir bulan 6 aku bawa dia ke rumah bertemu dengan ibu abahku buat pertama kali.
Alhamdulillah tiada halangan dari keluargaku. My extended family pun tahu mengenai kami. Cousins, pakcik makcik. They expect us to get married. Kalau ikutkan plan asal, lepas raya ni dia akan datang ke rumah berjumpa dengan ibu abahku untuk bincangkan mengenai plan pertunangan & perkahwinan kami.
Namun, langit tak selalunya cerah. Semalam dia sampaikan hasrat hatinya untuk berkahwin kepada ibu ayahnya dan hasratnya itu ditolak mentah2. Atas alasan dia masih belum menamatkan pengajian (PJJ). Bila dia akan tamatkan pengajian? Mungkin ketika usiaku menjangkau 30. Sebenarnya ibu ayah dia tiada masalah jika dia mahu berkahwin, TAPI bukan sekarang. Kalau berdegil jugak, uruslah sendiri semuanya, tak usah datang jenguk mak ayah. Islam punya konsep kalau nak kaya, nikahlah. Tapi non-muslim punya konsep, kaya dulu baru kahwin.
Untuk pengetahuan semua, dia belum lagi perkenalkan aku dengan keluarganya. Tapi parent dia dah expect dia akan kahwin dengan melayu. Oleh kerana dia tak sanggup membelakangkan keluarganya dan dia sedar betapa restu orang tua itu penting, maka dia buat keputusan untuk pause relationship kami. Dia mahu bawa diri ke negara jiran. Bekerja di sana and start new life sambil dekatkan diri kepada Allah. Dulu masa dia mula2 convert pun dia bawa diri ke Singapura setelah dia dibuang keluarga. Dua tahun kemudian dia pulang semula ke pangkuan keluarga. And now he will do the same. Dia perlukan masa dan akan teruskan berbakti dan dahulukan keluarga. Soal jodoh, dia serahkan pada Allah untuk menentukan.
Benda ni aku tak ceritakan lagi kepada family aku. And I don't know how to tell. Cinta kami masih ada, masih utuh. Namun inilah dugaan kami. Aku pun masih dalam proses untuk terima apa yang sedang berlaku dan akan berlaku. Kami akan bertemu esok untuk kembalikan semula hak milik masing2. Kecuali cincin. Cincin yang dia beri padaku dia minta aku simpan.
Aku hormat keputusan dia dan mungkin aku juga perlu perbaiki diri. Dia berpesan, if one day I found a better life, a better person, just move on. Dia nak lihat aku bahagia. Dugaan ni amat berat bagiku. Berat kerana aku tak tahu apa kesudahan kami dan selama mana kami akan gantung hubungan ini. Setiap kali aku bersendiri air mataku mengalir.
Berat untuk aku lepaskan dia. Jujur aku katakan, dia lain. Semua ciri2 seorang suami yang ku cari ada pada dirinya. Dia ibarat ilustrasi realiti dari setiap bait-bait doaku tentang sang suami yang ku dambakan. Allah makbulkan doaku dan hadirkan dia. Namun, kami harus hadapi realiti yang terbentang di hadapan kami. Sukar untukku lalui hari2 mendatang. Aku pohon agar Allah kuatkan aku. Kuatkan kami berdua. Semoga apa jua takdir yang telah tertulis adalah yang terbaik buat kami. Kami berserah. Demi sebuah restu.
– miss sonatina
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
hayati….
Im speechless..sy doakan hubungan kalian akn berakhir dgn sebuah ikatan perkahwinan suatu hari nnt..in shaa Allah
Macam hayati dan zainuddin versi moden pulak
Be strong sister, ada kalanya sang lelaki perlu merantau untuk mencari rezeki. At least you have made a good choice. Now you just have to wait till the right time to bind the bond. Kekal setia, bukan senang nak jumpa orang baik2. Insyallah akan bertemu jua kamu berdua di jenjang pelamin.
Suka baca penulisan ni. Teratur dan kemas ayat2 dia.
Jelas awak menaip dgn tertib.
Bgtau fmly, explain baik2.
Ambillah masa yg ada skrg utk lebih dekat dgn Allah. In sha Allah andai ada jodoh antara kalian, sejauh mana pun dia pegi, pasti akan kembali.
Berdoalah.
Tapi andai tiada jodoh antara kalian, usahlah bermusuh mahupun berdendam.
Moga semuanya dipermudahkan utk awk & dia.
Gd luck confessor.
Mcm bca novel.
Teruskan berdoa.
I feel you sis. Sedang bersabar jua. Semoga kuat. Klu nak borak2, meh la pm. Boleh share2.
بارك الله فيك
Saya Reez awak mesti suka penulisan mcm ni kan
suka wak, ada perenggan.. hiks
Syazwani Izzati Ridzuwan awt rasa mcm pnulisan dia sgt sayu
Sedih bila dia tulis, bait2 ilustrsi realiti sang suami.
InsyaAllah jika dia mmg jodoh sis, Allah akan tautkan kembali sis dan dia pd masa yg tepat dlm situasi yg terbaik.. Mgkin skrg sis rasa dah sedia nak kahwin tp mgkin Allah nak sis tangguh dulu utk sis belajar sesuatu yg sgt pntg iaitu setia dan sabar.. Dan siapa tahu walau mungkin sis rasa dia lelaki yg plg tepat, tp rupanya ada lelaki lain yg lbh baik utk sis
Expect everything from Allah, what you deserve will come from Him :-)
Sedih baca kisah ni. Saya faham rasa itu. Sedikit sebanyak dalam dilema sama ada mahu terus menunggu dia ataupun move on sahaja. Teruskan berdoa kepada Allah ahar diberi PETUNJUK dan KEKUATAN untuk hari hari mendatang. Buat lah solat istikharah and hayati doa istikharah itu sendiri. Memang susah nak hadapi hal sebegini, cuma masa dapat mengubati insyaAllah.
Confession ni mungkin semalam or kelmarin submission nye kan. So “esok” tu dah terjadi. Maka, sis tlg sambung scene pemulangan segala pemberian masing2 tu. Hehe. Mcm best pulak. Anyway semoga jodoh itu milik awak. Insyallah
I feel you…xpa, baca Quran byk2
Haz-eem Za-cks
.
Bterus terang pd famili lbh baik..tp cara si dia tu agak matang dan lbh berakhlak sbnrnya..masih memikirkan ttg kasih syg dan hormat pd mak ayah dia..berbanding para lelaki yg mudah ajak kawen lari bila ade poblem sebegini.bertabahla dik..kalo ade jodoh xkemana jua..kita hadapla apa jua yg telah Allah tetapkan k..kita kan hamba…huhuhu
Cuma sy nak ckp sebelum awk menginjak ke dunia perkahwinan, dalami dulu fiqh, hadis, alquran dan tauhid. Awk bertanggungjawab besar membimbing dia. Sy tahu susah tp boleh sekiranya awk ajak dia dan awk bersama2 dalami. Masalah mcm ni membuatkan manusia cepat beremosi dan salahkan masing2 dlm suami dan isteri. Awk dan dia da cukup baik. Cuma awk kena ajar dia mcm mana nak dia sosial dgn keluarga awk. Bahaya awk sebab nanti dia juga bakal kepada anak awk. Semoga nasihat sy membantu awk
Susah juga sis. Sebab famili dia nak hold lepas belajar. Banyakkan doa sis..
sama macam saya rasa, kami pon sedang pause dulu xtahu sampai bila.. rasa mcm xsanggup dia dibuang keluarga, lebih baik kami berdua menyerah kalah.. jasa dan bakti pd ibubapa walau beza agama xkan pernah tamat sbb mereka yg membesarkan dia sampai berjaya
farahhh whyy aku xtahuu ? kne follow up cerita mu ni ?
Imaan Syaqiereen
semoga sis kuat..cerita lbh kurng sama je..yg pnting jgn bhenti bdoa..Allah tau ape yg tbaik utk kite..
Cantik ayatnya.. tersusun.
Bertabahlah yan..
Sempat lg reply eh hahah
Hahaha ?